Soal Jawab: Bolehkah Suami Isteri Mandi Junub Bersama?

2



Soalan: As salamulaikum...minta maaf saya ingin bertanya, bolehkah suami dan isteri mandi bersama selepas berjimak?..saya tak tau pasal nih, suami saya kata tak boleh sebab nak sucikan diri dan nanti mandi hadas tu tak sah sebab bersentuhan...mohon pendapat.....terima kasih...


Jawapan oleh:

Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada puan yang bertanya.

Pertama kita perlu melihat syarat sah mandi wajib atau mandi junub ialah niat dan meratakan air keseluruh badan. Tidak disyaratkan tiada bersentuhan dengan orang lain. Maka jelas bersentuhan ketika mandi junub bukanlah satu larangan syara’. Bahkan Rasulullah juga bersentuhan dengan isterinya ketika mandi bersama.

Sayugia diketahui bahawa mandi-manda bersama suami isteri adalah merupakan amalan Rasulullah bersama isteri-isterinya ‘Aisyah R.A dan Ummu Salamah R.A. Tidak terhenti kepada mandi biasa, bahkan mereka pernah mandi junub bersama.

Terdapat berbagai riwayat berkaitan peristiwa ini.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud :

"Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)

Hadis ini menunjukkan bagaimana indahnya kehidupan Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;

"Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Sahih Muslim : 482)

Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti lain yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah menceritakan, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah mesranya Rasulullah SAW.

Selain itu, sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurau senda, dan berseronok. Rasulullah saw sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-senda. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW (Sunan An-Nasai : 239).

Diharap persolan puan telah terjawab. WALLAHU ‘A’LAM.
Sumber: IKRAM


www.panduansuamisteri.blogspot.com


www.vixgooriginal.com @ www.richberries.biz

APA ITU HARTA SEPENCARIAN?

2


APA ITU HARTA SEPENCARIAN?

Berdasarkan seksyen 2 Enakmen undang-undang keluarga islam (negeri Selangor) 2003 menyatakan :"“harta sepencarian” ertinya harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak"

BAGAIMANAKAH PENENTUAN KADAR PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN?

Penentuan mengenai kadar pembahagian Harta Sepencarian telah dinyatakan di bawah peruntukkan Seksyen 122 Enakmen yang sama iaitu :-

(1) Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

(2) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), Mahkamah hendaklah mengambil perhatian tentang—

(a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperolehi aset-aset itu;

(b) apa-apa hutang yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka;

(c) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,
dan, tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah membuat pembahagian yang sama banyak.

(3) Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat perintah perceraian, memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu dibahagi antara mereka atau supaya aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu.

(4) Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (3), Mahkamah hendaklah memberi perhatian kepada—

(a) takat sumbangan-sumbangan yang telah dibuat oleh pihak yang tidak memperolehi aset itu, kepada kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga;

(b) keperluan-keperluan anak-anak yang belum dewasa dari perkahwinan itu, jika ada,
dan tertakluk kepada pertimbangan-pertimbangan itu, Mahkamah boleh membahagikan aset-aset itu atau hasil jualan itu mengikut apa-apa kadar yang difikirkannya munasabah, tetapi, walau bagaimana pun, pihak yang telah memperoleh aset-aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.

(5) Bagi maksud seksyen ini, rujukan-rujukan mengenai aset yang diperoleh dalam masa perkahwinan termasuklah aset-aset yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu oleh pihak yang satu lagi itu atau dengan usaha bersama mereka.

Konsep 7P untuk Suami

4
                                                    Konsep 7P untuk Suami 

Konsep rumahtangga yang sangat mudah dan membantu rumahtangga bahagia. Amalkan selalu.



1. Perhatian : Beri Perhatian kepada Isteri dan Anak Sepenuhnya.

 
2. Puji: Beri Pujian sepatutnya kepada Isteri dan Anak.

 
3. Peluk Selalu: Peluk Isteri dan Anak kalau tak tahu berkata.

 
4. Pujuk Sentiasa: Pujuk jangan suruh untuk dapatkan sesuatu.

 
5. Penghargaan: Memberikan Hadiah dan penghargaan jika perlu.

 
6. Periksa: Sentiasa Periksa untuk tahu apa sebabnya bukan main tuduh sahaja.

 
7. Perhiaskan Diri: Keluarga yg bahagia harus mempunyai kecantikan luar dan dalam yg akan membanggakan keluarga anda dan rumah anda.



www.panduansuamisteri.blogspot.com

BAYI DAN ANTIBIOTIK

1
BAYI DAN ANTIBIOTIK




Atas sebab itulah (lali pada antibiotik) , kita para doktor sangat menitikberatkan mengenai antibiotik. Kita akan memulakan rawatan antibiotik HANYA apabila dirasakan perlu, dan kita sering menegaskan bahawa rawatan antibiotik mestilah DIHABISKAN bagi mengelakkan terjadinya masalah resistant ini.

Oleh itu janganlah hairan bila anak anda dibawa ke klinik, doktor sekadar memberi ubat demam/batuk tetapi tidak antibiotik. Kebanyakan kes kanak-kanak demam, tidak perlukan antibiotik pun. Kalau boleh kita takmau menyebabkan anak anda terdedah dengan antibiotik awal-awal. Tetapi bila keadaan anak teruk, demam sangat panas, tak mahu makan/minum, paru-paru ada bunyi atau nampak tanda jangkitan di X-Ray, maka mesti kena dapatkan rawatan antibiotik.

Ada juga ibubapa yang bila pergi klinik A, diberi antibiotik, baru makan tiga hari demam tak kebah, dah pergi ke klinik B dan diberi antibiotik lain pula. Perbuatan sebegini, sangat-sangat menyumbang ke arah terjadinya resistant antibiotik. Kita khuatir bakteria resistant ini boleh menjadi dormant dalam badan anak, dan kelak apabila dia membesar/dewasa, ia boleh menjadi opportunis menyebabkan jangkitan yang semakin sukar dirawat.

Nukilan Dr Mohd Syamirulah Rahim


 www.mummyceria.blogspot.com

Kisah Rumahtangga: Suami menganggur! Isteri Bekerja

3
CUBA tanya bakal pengantin perempuan, waima wanita atau remaja perempuan yang sedang dibuai cinta monyet sekali pun, adakah mereka mahu bersanding dengan lelaki tanpa kerja, atau dalam bahasa kasarnya, penganggur.

Percayalah jawapan 'tidak' lebih banyak di bibir mereka atau paling tidak dalam bahasa rocknya... 'OMG'... Hanya mereka yang sevel saja akan kata "aku akan terima akadnya, aku sedia sehidup semati dengannya..."

Begitulah, istilah menganggur sangat ditakuti mereka yang sudah tamat belajar, apatah lagi yang baligh dan ada hati mahu kahwin. Bagaimana mahu menyediakan mahar jika poket kosong, itu belum dikira hantaran serba satu yang diminta pihak perempuan.

Kalau kocek kempis, usahkan puteri raja, nak berangan seperti Mat Jenin pun belum tentu dapat. Namun, dalam kita menidakkan pertanyaan, pengangguran masih berlaku dalam masyarakat hari ini, sama ada yang belum kahwin atau sudah berkahwin.

Kesan ini lebih terasa kepada golongan lelaki. Ada yang kena pecat kerja, ada yang tahun ke tahun asyik mencari kerja tak dapat-dapat - konon tak sesuai dengan jiwa dan paling sadis ada yang tak suka bekerja, dia lebih suka melepak dan menghabiskan beras mak bapaknya @ yang sudah kahwin menghabiskan harta isteri.

Mentang-mentanglah isteri dia kaya! Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan kadar pengangguran merekodkan peratusan sebanyak 3.3 peratus pada Oktober 2013, meningkat 0.2 peratus berbanding 3.1 peratus pada bulan sebelumnya.

Ini disebabkan peningkatan penduduk menganggur seramai 19,100 orang kepada 462,300 orang dan pada masa sama kesan daripada bilangan penduduk bekerja yang berkurang seramai 98,500 orang kepada 13.70 juta orang.

Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan kadar pengangguran lebih tinggi sebanyak 0.1 mata peratus daripada 3.2 peratus pada Oktober 2012. Paparan ini satu daripada kajian oleh mereka yang arif.

Kita kena terima hakikat itu, namun bukanlah noktah kepada usaha mencari pekerjaan. Bagi sang isteri yang bersuamikan penganggur, cuba ajak bincang, dan suami pula jangan culas, jangan ambil kesempatan.

Tetapi bagi suami yang terpaksa menganggur kerana masalah kesihatan, di sinilah perlunya peranan isteri. Percayalah taat setia anda menjanjikan syurga firdausi. Redalah memikul tanggungjawab, akan ada bahagia di hujungnya nanti.

Bagaimanapun jika ada yang sangsi, suami buat derk, tak reti-reti nak cari kerja, siang malam baring tidur, bangun tahu makan je, bolehlah buat sesuatu... Opss... ini bukan saranan jahat...


PENGAKUAN 1: Tuntut cerai jika berlarutan
Saya kahwin agak lewat, ketika usia 33 tahun. Ya lah rupa pun tak ada, badan saiz XL, jadi apabila ada orang kenen-kenen dan berhajat, saya terima seadanya. Saya sendiri baharu dapat kerja tetap ketika itu.

Sebelumnya, kerja promoter sebuah syarikat telco. Walaupun tidak tetap, saya dapat hidup mewah kerana rajin buat jualan. Dek kejutan wang yang melimpah ruah, saya jadi lupa, kerap shopping dan sikap paling buruk apabila terlebih berbelanja dengan kad kredit.

Saya diisytihar muflis, terpaksa berhenti kerja - hidup menganggur sehinggalah dapat kerja baharu tersebut. Pendapatan taklah semewah kerja lama. Dengan gaji 'ciput' itu saya tamatkan zaman bujang.

Ketika dilamar saya sudah tahu bakal suami bukan orang senang dan berpelajaran. Dia hanya pemandu kontena sebuah syarikat pembekal besi. Dengan gajinya lebih kurang RM3,000 sebulan termasuk elaun, perkahwinan kami awalnya sangat bahagia, sehinggalah saya terpaksa berhenti kerja ibu saya sakit di kampung dan saya diharapkan oleh adik-beradik untuk jaga ibu, kononnya saya baru berkeluarga, belum ada tanggungan besar.

Saya ambil tanggungjawab tersebut dan tinggalkan suami di Kuala Lumpur, balik ke Perak jaga ibu, sekali-sekala suami balik atau saya yang turun ke Kuala Lumpur. Sejak itu jugalah saya bergantung pendapatan sepenuhnya daripada suami.

Pada awalnya semua berjalan lancar, suami beri duit setiap bulan, walaupun tak banyak - RM600, bagi saya itu sudah memadai dan memahami pekerjaan suami. Namun, makin lama kiriman berkurangan, malah ada ketika tertangguh.

Suami juga jarang balik. Lama-kelamaan, kiriman sudah tiada langsung. Saya cuba bertanya suami, dia beritahu syarikat ada masalah, tak ada barang nak dihantar, tak adalah duit. Saya mula bimbang keadaan ini dan cadangkan suami balik ke kampung, buat kerja-kerja kampung.

Suami setuju, dia berhenti kerja dan balik ke Perak. Namun sejak balik hingga sekarang, suami menganggur di rumah, bukan tak ada kerja kerana ibu saya ada kebun getah yang jika diusahakan boleh dapat hasil lebih kurang sama gaji memandu kontena. Saya sendiri sejak berhenti kerja ada buat bisnes kecil-kecilan jual nasi lemak.

Masalahnya suami mula tunjuk sikap malas kerja, dia beri alasan mahu rehat dulu. Sekarang saya seorang usahakan jualan nasi lemak, dia hanya makan tidur. Saya risau juga, apa kata adik-beradik yang lain, tapi suami buat tak faham.

Pernah saya nyatakan untuk berpisah jika dia tak mahu cari kerja, dia janji akan cari kerja sebab tak pandai buat kerja kampung. Sehingga sekarang saya masih menanti janji dia untuk cari kerja, saya nekad jika masih berlarutan, permintaan cerai kali kedua akan saya buat. - Masayu,35, Parit Buntar


PENGAKUAN 2: Suami terlantar empat tahun


Aku anggap ini dugaan hidup yang Tuhan tetapkan untuk aku dan anak-anak. Namun aku percaya suatu hari nanti, suami akan pulih dan dapat menjalankan tanggungjawabnya semula.

Aku tidak menyesali nasib, jauh sekali menidakkan takdir. Sudah tersurat suamiku diserang glaukoma akut menyebabkan matanya semakin sukar untuk melihat dan terpaksa berhenti kerja sejak 2009. Sejak itu jugalah aku ambil alih tanggungjawab suami bekerja menyara lima anak kami.

Gajiku bukanlah besar sangat, tapi bolehlah untuk menampung persekolahan anak-anak kami, namun dalam masa sama aku mengharapkan pendapatan sampingan sebagai bekal masa depan kami. Jadi, aku berniaga online menjual pakaian. Alhamdulillah rezeki ada di situ.

Aku tidak salahkan suami kerana tidak bekerja. Dengan sakit yang dia alami dan perlukan rawatan bulanan, dia kini sudah pasrah, berbanding ketika awal diserang glaukoma dulu. Dia berasa malu kerana perlu serah tugas keluarga kepada ku. Namun aku yakinkan dia, yang aku boleh galas tugas itu.

Setiap pagi sebelum ke tempat kerja aku menyuapkan suami makan, hantar anak ke sekolah dan nurseri dan bergegas ke tempat kerja. Kalau ikutkan aku mahu berhenti kerja tumpu sepenuhnya kepada niaga online tapi bimbang duit tidak cukup untuk tampung perubatan suami.

Aku harap rutin ini akan berubah suatu hari nanti, namun bukanlah aku menyesali nasib diri. Selagi terdaya aku akan setia di sisi suami. Kepada isteri-isteri di luar sana, jika anda diuji sepertiku, percayalah khidmat bakti anda kepada suami adalah lorong rezeki yang tak terduga Tuhan beri. - Masturiah,45, Bandar Baru Uda, Johor [sinarharian]