Showing posts with label Punca Penceraian. Show all posts

Jatuh Talak Tiga Kerana Wifi

0


SELALU disebut orang, wanita lebih setia berbanding lelaki. Betulkah? Sama seperti dalam banyak hal yang lain, walaupun mungkin benar wanita lebih setia dalam percintaan tetapi pastinya bukan seratus peratus. Cuma daripada pemerhatian rambang, wanita sering dianggap lebih setia.

Tengoklah pada kawan-kawan kita, saudara mara kita, berapa ramai wanita yang terus hidup sendiri, tidak cari pengganti selepas kematian suami. Tidak. Saya tidaklah sampai mengatakan mereka yang berkahwin lagi itu sebagai tidak setia. Itu soal jodoh dan juga ada sebab-sebab yang lain.

Islam dan budaya kita pun tidak menghalang sesiapa juga untuk berkahwin kali kedua, ketiga atau ke berapa sekalipun setelah habis tempoh iddahnya. Ini sekadar perbandingan mudah dalam konteks setia cinta antara lelaki dengan wanita.

Dan kita lihatlah pula bagaimana lelaki yang berhadapan situasi serupa. Berapa ramai yang kekal hidup menyendiri selepas kematian isteri atas alasan tidak sanggup untuk menduakan si dia yang sudah pergi dan hati menolak kehadiran orang baru untuk bergelar pengganti.

Banyak yang saya jumpa untuk tempoh seminggu atau dua tiga minggu pertama, sedih hibanya tidak terkata. Lepas sebulan, akan disebut-sebut, kawan-kawan di surau , di pejabat sudah bertanya, “bila nak cari pengganti?”

Beberapa hari kemudian, keluarlah status baru: “hidup mesti diteruskan ...” Masuk bulan kedua, bukan setakat status Facebook, status diri pun sudah baharu, ‘kalau dah jodoh ...!’

Itulah yang kita biasa perhatikan walaupun bukanlah maknanya semua lelaki demikian. Pada zaman dahulu, dicipta orang perumpamaan untuk menggambarkan mereka yang cepat bertemu jodoh baharu selepas kematian pasangan iaitu ‘tanah kubur masih lagi merah ...’

Itu zaman dahulu. Zaman sekarang lain pula. Seiring dengan perkembangan teknologi, diciptakan pula perumpamaan baharu. Untuk menggambarkan betapa wanita lebih setia berbanding lelaki, hati mereka diumpamakan seperti wifi. Wifi seperti yang kita tahu hanya boleh diakses oleh yang memiliki kata laluan atau password sahaja.

Ini khusus kepada yang diiktiraf sebagai pasangan sahaja, sama ada suami atau kekasih yang sejati.

Manakala hati lelaki pula, kononnya diumpamakan dengan aplikasi ‘bluetooth’. ‘Bluetooth’ seperti yang kita tahu apabila berdekatan, akan ‘connect’ sebaliknya tatkala berjauhan, ia akan ‘try to search a new device’ atau cuba mencari pasangan baharu.

Betulkah begitu? Seperti yang saya nyatakan di atas tadi, penilaian terhadap hal-hal yang semacam ini tidak akan ada yang seratus peratus betul atau seratus peratus sama. Ianya adalah pada diri masing-masing. Sendiri tanya, sendiri juga yang kena jawab!

Ada pun berkaitan dengan wifi, satu lagi kisah yang walaupun bunyinya sekadar olok-olokan tetapi elok juga dijadikan peringatan.

Dikisahkan daripada seorang peguam yang menyampaikan cerita ini kepada saya bahawa seorang suami yang panas baran menerima SMS daripada bekas jirannya yang baru berpindah.

Dalam SMS itu, pemuda bekas jirannya itu meminta maaf kerana katanya selama mereka tinggal berdekatan, dia sudah beberapa kali curi guna 'wife' lelaki itu.

“Saya minta maaf sebab saya tahu saya berdosa kepada tuan kerana guna ‘wife’ tuan tanpa kebenaran,” demikian pengakuan pemuda berkenaan.

Lelaki itu pula yang tanpa usul periksa balik ke rumah terus mengamuk lalu menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus.

Tidak lama kemudian, dia terima satu lagi SMS daripada bekas jirannya itu: “Minta maaf tuan, bukan wife tapi wifi. Salah ejaan.”


Ya, cerita ini mungkin sekadar rekaan walaupun ada juga komen rakan-rakan yang mengaku pernah dengar cerita yang hampir sama atau seumpamanya bahawa hal yang seperti itu pernah berlaku secara realiti. Apa pun bagi saya, ia baik untuk kita jadikan peringatan.

Orang yang panas baran mudah hilang pertimbangan dan dalam keadaan hilang pertimbangan apa-apa yang tidak logik, tidak munasabah pun boleh berlaku tatkala kerasukan. Jadi waspadalah.

Berdoa pada ALLAH minta perlindungan daripada hasutan syaitan pada setiap masa kita. Jangan sampai nasi jadi bubur apa lagi yang berkaitan dengan talak.


www.panduankeluargabahagia.blogspot.com

Punca Penceraian: Reunion Memusnahkan Rumah Tangga Kami

1

Tidak semua pertemuan semula (reunion) menggembirakan. Ada juga yang membawa derita dan memutuskan ikatan perkahwinan. Namun jika itu takdir Allah, apa lagi yang mampu dilakukan, terimalah dengan reda dan mohon Allah beri petunjuk agar hidup lebih bermakna.

Tidak dinafikan reunion menjadi fenomena pada masa ini. Di mana-mana sahaja orang bercakap tentang reunion, tidak kiralah sama ada dengan kawan sekolah, jiran, universiti atau pejabat.

Memang ada baiknya reunion, sekurang-kurangnya ia dapat menemukan rakan-rakan yang sudah berpuluh-puluh tahun tidak ditemui dan mengeratkan silaturahim. Tetapi reunion juga boleh memusnahkan sebuah perhubungan.

Inilah kisah yang saya paparkan minggu ini, kisah reunion yang meninggalkan titik hitam dalam hidup Nora (bukan nama sebenar) dan pasangannya Nasri (bukan nama sebenar).

Mahu tidak mahu Nora terpaksa menerima kenyataan yang suaminya kini telah kembali kepada bekas kekasih lamanya setelah menghadiri majlis reunion bekas pelajar universiti tempat mereka belajar.

Ingin tahu lebih lanjut, ikuti kisah Nora.

"Saya telah bernikah dengan Nasri sejak lapan tahun lalu setelah setahun bercinta. Pertemuan semasa menghadiri satu seminar anjuran tempat kerja menemukan saya dan dia. Kami dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

"Saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan suami penjawat awam. Sepanjang lapan tahun, tidak ada masalah yang berlaku dalam hubungan kami. Nasri seorang suami yang baik dan penyayang.

"Setiap tahun, kami selalu melancong ke luar negara dan juga menghabiskan masa bercuti dalam negara bila ada kelapangan. Pendek kata keharmonian rumah tangga kami sangat menyerlah.

"Sehinggalah hujung tahun lalu, kebahagiaan itu tergugat apabila suami bertemu semua dengan bekas kekasihnya pada zaman universiti dahulu. Ini semua gara-gara reunion rakan universiti yang dihadirinya.

"Saya tak kisah suami mahu ke majlis itu sebab saya percaya dengan kesetiaannya. Sebelum ini, saya tidak pernah cemburu atau buruk sangka dengan suami, sebab tahu dia ikhlas dalam perhubungan kami.

"Selesai majlis itu, saya nampak perubahan dalam dirinya. Tingkah laku, tutur kata dan sikapnya jauh berbeza berbanding sebelum ini. Dia tidak berenggang dengan telefon bimbitnya. Setiap saat, telefon bimbit ada dalam genggamannya terutama pada waktu malam.

"Di rumah pun sama, dia tidak pernah letak telefon. Ke mana sahaja pergi mesti dipegangnya telefon. Kalau anak kami nak pinjam main game, dia akan marah-marah. Sebelum ini, suami tidak pernah meninggikan suara dengan anak.

"Pada hujung minggu, dia selalu menghabiskan masa di luar. Tidak seperti biasa membawa saya dan anak keluar bersiar-siar atau makan-makan. Jika tidak pun menemani saya dan anak di rumah.

"Tidak cukup dengan keluar di hujung minggu, dia mula out station, kononnya untuk berjumpa kawan-kawan lama selepas reunion tersebut. Itu pun saya masih tidak syak apa-apa sebab masih percayakan dia.

"Satu hari, dia memberitahu saya untuk out station selama tiga hari. Alasannya untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang stafnya. Saya tidak tanya banyak kerana saya tahu dia tidak bohong, malah saya tidak nampak tanda-tanda dia berbohong dengan saya.

"Sehinggalah semua rahsianya terbongkar, tiga bulan kemudian apabila saya terjumpa resit sewa hotel di dalam beg pakaiannya. Berderau darah saya melihat resit tersebut, makan minum untuk dua orang dan resit pembelian di sebuah kompleks membeli-belah di luar negara.

"Sehari suntuk saya menangis dan hati berdebar-debar. Perasaan saya mula tidak tenang. Saya mula syak yang bukan-bukan dan berdoa semoga apa yang saya syak tidak akan menjadi kenyataan.

"Tapi Tuhan tahu apa yang ingin diujinya untuk saya. Melalui seorang teman pejabat, saya dimaklumkan yang suami saya sudah bernikah lagi dengan kekasih lamanya di seberang.

"Lalu saya teringat permintaan dia untuk out station tiga bulan lalu. Saya yakin itulah masanya dia bernikah dengan kekasih lamanya itu. Saya tidak menangis. Saya tidak mahu jadi bodoh memikirkan kecurangan seorang lelaki bernama suami.

"Saya mahu buat penyelesaian dengan lelaki yang kononnya setia kepada saya tetapi beralih kasih.

"Mencari masa yang sesuai, saya bersemuka dengan suami. Saya tunjukkan sekali resit hotel dan pembelian yang saya jumpa. Juga saya beritahu dia yang rahsianya sudah terbongkar.

"Tanpa rasa sedih, saya ucap selamat pengantin baru kepadanya. Tanpa memberi dia peluang untuk bercakap, saya sudahkan kata-kata saya dengan, "saya nak abang bebaskan saya!"

Berulang kali saya sebut perkara itu.

"Saya tidak mahu lagi memberi dia peluang. Sekali kepercayaan saya hilang, saya tidak akan memberi peluang kedua kepadanya. Saya kecewa dan kesal dengan perbuatannya.

"Melihat saya menyerangnya bertubi-tubi, dia akhirnya mengalah. Dia mula berterus-terang dengan saya, menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Dia mengaku telah menikahi perempuan itu secara rahsia di negara jiran.

"Kononnya, dia menerima perempuan itu kerana kasihan sebab sampai sekarang dia belum berkahwin kerana kecewa ditinggalkan dahulu.

Mudahnya lelaki menyusun kata.

"Dalam sekelip mata, dia terlupa kepada saya yang sudah lapan tahun berkorban untuknya. Menjaga makan, pakai, sakit demamnya. Hanya kerana jumpa semula bekas kekasih, sanggup dia bernikah lagi.

" Saya ralat kerana dia bertindak tanpa meminta izin saya, ajak saya berbincang sedangkan saya tahu, perbuatannya itu dalam keadaan tidak sedar sebab terkejut dengan kehadiran semula wanita itu dalam hidupnya. Mudah sungguh bagi lelaki.

"Apa pun semuanya sudah terlambat. Hati saya sudah terluka, pedih dan tidak mungkin akan terubat lagi. Saya kecewa yang amat sangat. Saya tidak mahu lagi hidup bersamanya kerana kecurangannya itu.

"Saya tidak menolak takdir. Saya reda tetapi saya kecewa dengan perbuatannya yang tidak berfikir panjang dan tidak mempedulikan perasaan saya sebagai isteri.

"Sanggup pula berbohong untuk menghadiri majlis perkahwinan staf, sedangkan dia sendiri yang bernikah. Perlukah lagi saya menghormatinya sebagai suami setelah apa yang dia lakukan ini?

"Keluarga menentang keras keputusan saya terutama sebelah mentua. Tetapi saya nekad. Saya ada hak saya sendiri sebagai isteri. Saya tidak mahu selama-lamanya diperbodohkan. Jika dia sanggup menipu saya untuk bernikah lagi, tidak mustahil sepanjang perkahwinan kami nanti dia akan berbohong lagi untuk menyelamatkan dirinya untuk berpoligami.

"Walaupun saya sedih sebab anak terpaksa hilang kasih sayang ayah untuk tinggal sebumbung tetapi saya berjanji akan menjaga anak saya dengan sebaik-baik mungkin. Saya tidak kisah untuk berbaik-baik dengan dia demi anak.

"Saya harap permohonan saya untuk berpisah diterima. Saya tidak mahu lagi hidup bersamanya. Hati saya telah hancur dan jiwa saya telah lama hilang lenyap bersama kepercayaan saya kepadanya.

"Saya minta maaf kepada keluarga kerana tidak menerima nasihat mereka. Saya tahu apa yang terbaik untuk masa depan saya. Orang hanya memandang, yang menanggungnya saya. Saya benar-benar terluka hati. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya ini.

"Saya nasihatkan para isteri di luar sana, hati-hati apabila suami anda menghadiri majlis reunion. Jika diajak, jangan lupa ikut sama. Jangan biarkan mereka pergi seorang diri. Banyak drama yang akan berlaku dalam majlis itu terutama apabila bertemu semula dengan rakan lama yang satu ketika pernah singgah di hati mereka.

"Semoga Allah lindungi saya dan anak untuk hari-hari mendatang dengan rahmat dan nikmatnya di dunia dan akhirat. Amin.’’ Nora menamatkan ceritanya.

Saya turut simpati dengan apa yang Nora lalui. Memang betul apa yang Nora katakan, sekali terguris hati selamanya hati akan tercalar. Siapa yang pernah melaluinya akan merasa peritnya apabila suami diambil orang.

Saya ucap syabas dan tahniah kepada Nora kerana berani bersemuka dengan suaminya secara berhemah. Jarang isteri bersikap terbuka tentang perkara orang ketiga dalam rumah tangga. Namun, Nora mengambil pendekatan berbeza setelah mendapatkan bukti-bukti yang sah.

Saya setuju dengan Nora bahawa reunion jika tidak digunakan dengan cara betul akan membawa masalah. Seelok-eloknya bawa pasangan masing-masing untuk dikenalkan kepada rakan-rakan lama agar tidak timbul perkara negatif di kemudian hari.

Apa pun semuanya terpulang kepada hati. Tepuk dada tanya selera. Jika nawaitu kita positif, maka akan positif juga akhirnya tetapi jika sebaliknya, hanya Allah jadi penentu.

Semoga Nora dan anaknya sentiasa dalam rahmat Allah dan tabah menghadapi hidup.

Menamatkan coretan, pesanan saya, jangan berputus asa dengan apa yang hilang daripadamu dan jangan terlalu bahagia dengan apa yang bakal datang kepadamu kerana segala-galanya hanya sementara. [Utusan]


Suami Mohon Cerai Sebab Tak Mampu Layan Seksual Isteri

0
 
 
Mumbai: Seorang suami terpaksa merayu kepada hakim supaya meluluskan permohonannya untuk bercerai dengan isteri gara-gara tidak terdaya memuaskan kehendak batin wanita terbabit.

Lelaki itu memberitahu mahkamah di Mumbai isterinya sering ‘membulinya’ untuk mengadakan hubungan seks secara berterusan sejak mereka berkahwin pada April 2012.

Menurut laporan media semalam, lelaki berkenaan mendakwa isterinya turut memaksa dia melakukan pelbagai cara untuk memuaskan dirinya, termasuk aksi luar tabii.

“Apabila saya cuba menolak permintaan melampau berkenaan, dia mula mendera sehingga akhirnya saya terpaksa akur permintaan itu,” kata lelaki terbabit.

Dalam keterangannya, lelaki terbabit mendakwa sikap melampau isterinya kian menjadi-jadi sejak dia mengalah.

Pada ketika tertentu, kata lelaki itu, isterinya membeli ubat tenaga batin dan memaksanya mengambil bahan berkenaan.

“Dia juga memaksa saya meminum arak untuk menambah nafsu,” katanya.

Lelaki itu memberitahu mahkamah, dia mengalami tekanan kerana suasana di rumah tidak sedikit pun membantunya selepas kepenatan bekerja.

Katanya, dia bekerja secara syif.

Untuk menguatkan tuntutannya, lelaki terbabit mendedahkan pada 2012 dia mengalami masalah kesihatan dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

Isterinya pula enggan menemani, sebaliknya pulang ke rumah kakaknya.

Dua minggu kemudian apabila si suami pulih sedikit, isterinya pulang dengan kemahuan sama dan enggan mengambil kira keadaan kesihatannya.

“Kini saya uzur terus dan tidak boleh berehat,” katanya ketika ditemui.

Kesabaran lelaki itu berakhir ekoran insiden pada Oktober tahun lalu.

Selepas menjalani pembedahan membuang apendiks nasibnya tidak berubah dan terpaksa berdepan dengan tuntutan melampau si isteri.- Agensi 

5 Tanda Awal Kemusnahan Rumahtangga

1


5 TANDA AWAL KEMUSNAHAN RUMAHTANGGA

1. Suami sudah jarang sentuh isteri. Isteri juga sudah tidak berminat untuk bermanja-manja dengan suami. Sentuhan kasih sayang antara suami dan isteri semakin hari semakin kurang. Kurang sentuhan ni termasuk juga kurangnya hubungan kelamin. Kemesraan semakin menghilang.

2. Suami sudah malas nak bercakap dengan isteri. Isteri pun dah tak minat nak berbual-bual dengan suami. Komunikasi antara suami dan isteri semakin hari semakin berkurangngan. Hubungan menjadi hambar. Suami lebih suka keluar berbual dengan kawan berjam-jam berbanding balik ke rumah berbual mesra dengan isteri. Isteri pula lebih seronok berbual dengan jiran atau kawan.

3. Suami asyik kritik isteri sahaja. Pujian langsung tak diberi. Isteri pula memandang rendah pada suami. Isteri mula hilang rasa hormat pada suami.

4. Pertengkaran berlaku setiap hari. Pertembungan antara suami dan isteri tidak dapat dibendung lagi. Suami tunjuk ego, isteri keras kepala. Tiada langsung kata sepakat. Masing-masing nak tunjuk hebat.

5. Suami tak suka balik ke rumah. Kalau balik pun, muka masam mencuka. Tiada lagi senyum ceria. Komunikasi dah out. Isteri pula lebih senang suami tak pulang.

P/s: Jika tiada Alhamdulillah..tetapi jika ada, baikilah secepatnya perhubungan antara anda sedaya mungkin. Letakkan AGAMA di tangga TERATAS..InsyaaAllah segalanya akan bertambah baik dengan izin-Nya.



www.panduankeluargabahagia.blogspot.com

3 SEBAB TERTINGGI DALAM PERMOHONAN CERAI

1
3 SEBAB TERTINGGI DALAM PERMOHONAN CERAI

Inilah antara sebab-sebab tertinggi "mahukan penceraian" yang biasanya diisi oleh pasangan dalam borang mohon cerai di jabatan agama. Nauzubillah Minzalik, Ya Allah...

1. Tidak persefahaman, tidak tahan lagi dengan sikap pasangan.

2. Sudah tidak ada perasaan cinta lagi terhadap pasangan.

3. Pasangan curang dan bercinta dengan orang lain.

Pabila manusia sudah tidak sedar lagi erti sebenar dalam perkahwinan dan kurang ilmu dalam membina rumahtangga, nasib inilah yang menimpa perkahwinan mereka yang dahulunya diikat dengan cinta suci yang dibiarkan tanpa disiram dan dibaja.
 

Bila Isteri Gila Gadjet...

0
DARINA OSMAN, SALWANI MD ZAIN & ROSHLAWATY MD RAIEH



LIMA tahun sudah, seorang rakan sepejabat, sebaik habis waktu kerja terus bergegas pulang.

Penulis pernah bertanyanya kenapa terlalu rushing, dia beritahu tak mahu terlepas sebuah sinetron yang hot ditayangkan ketika itu di sebuah stesen tv, malamnya dia kata "nak tanam pokok plak, hasil semalam belum tuai"... Penulis mulanya ragu-ragu... "biar betul kawan aku ni... malam-malam tanam pokok..." 


Rupa-rupanya, 'tanam pokok' yang dia maksudkan itu ialah sebuah permainan internet - Farm Ville yang ketika itu menjadi kegilaan wanita bujang menghilangkan tekanan selepas bekerja. Malah wanita berkeluarga, terutama suri rumah tak kurang hebat meneroka permainan itu. Kata si kawan ini, ia menyeronokkan, malah makin teruja jika dapat banyak untung...


Dalam tahun sama, permainan Angry Birds juga menjadi fenomena, malah tatkala kemunculan awalnya, ia merajai beberapa aplikasi digital seperti Apple Apps Store dan Google Market. Games yang dikembangkan oleh Rovio sejak 2009 itu menjadi kegilaan seluruh dunia, bukan saja kanak-kanak dan remaja, malah golongan dewasa.


Hari ini, tidak saja Angry Birds, beberapa mobile games dicipta dan menjadi satu daripada aplikasi mobile smartphone. Sebut saja IPhone dan beberapa jenis mobile lain, semuanya menyediakan aplikasi permainan yang boleh terus dimuat turun.


Semakin maju teknologi sekarang, mobile games juga terusan dicipta selari dengan kemunculan telefon pintar yang turut diwarnai aplikasi mobile seperti facebook, twitter dan instagram (sekadar menyebut beberapa nama). Malah segala aplikasi ini ada yang memberi laba kepada wanita yang bijak menggunakannya sebagai platform berniaga online.


Berikutan kecanduan terhadap aplikasi-aplikasi yang boleh dikatakan memberi hiburan dan informasi itu, pengguna hari ini berlumba-lumba mendapatkan gadjet terbaharu yang menawarkan kelebihan tersendiri. Si anak merenget pada mama @ papa, si isteri memujuk suami, si awek menggoda kekasih dan tak kurang si suami melobi isteri hanya untuk sebuah gadjet baharu.


Kegilaan luar biasa ini pernah berlaku apabila orang ramai sanggup berbaris panjang berjam-jam, malah ada yang tidur dan berkhemah di hadapan kedai alat telekomunikasi Apple Store di sekitar Amerika syarikat (AS), selama dua hari berturut-turut semata-mata mahu menjadi pelanggan terawal memiliki iPhone 4S.


Namun di sebalik kecanggihan dan kemudahan ini, ada harga yang perlu kita bayar. Anak-anak tidak lagi rapat dengan ibu bapa apabila asyik terperap di bilik menghadap games, pasangan kekasih bercakaran bahana facebook dan lebih malang ada isteri ditinggalkan suami dek cinta gelap di facebook dengan hanya satu ungkapan sms - "aku ceraikan kau talak satu".


Begitulah padah gadjet, ke hulu ke hilir tak lepas pandang, apa dimiliki kini berciciran. Nasihat, pengalaman dan pandangan Wow kongsikan di sini buat pedoman...


Sanggup berbaris panjang demi iPhone 4S

16 Dis 2011 - Kemunculan telefon pintar terbaharu keluaran Apple Inc., iPhone 4S yang mula menembusi pasaran negara ini mencetuskan fenomena apabila orang ramai sanggup beratur panjang bagi mendapatkan gadjet tersebut itu.


Biarpun mula dijual pada jam 12.01 tengah malam, beratus-ratus penggemar gadjet tersebut mula beratur seawal 2 petang agar tidak terlepas peluang menjadi antara pelanggan terawal memilikinya.


Kemunculan telefon pintar iPhone mencipta fenomena luar biasa di AS, Eropah dan di Asia Tenggara. Bermula daripada pengeluaran iPhone, iPhone 3G, iPhone 3GS sehingga iPhone 4, sambutannya amat menggalakkan. Malah, tempias populariti iPhone turut melanda masyarakat Malaysia.


Koleksi gajet janji pendapatan yang berbaloi

Saya mula mengumpul segala koleksi gajet ini tiga tahun yang lalu. Bermula dengan kamera Sony, telefon Nokia dan Samsung, Samsung tablet sehinggalah kepada komputer riba Acer, semuanya dibeli hasil titik peluh saya bekerja sebagai pembantu pergigian di sebuah klinik gigi, di Ketereh, Kelantan. 


Pada mulanya, saya menggunakan semua koleksi ini untuk kegunaan peribadi sahaja. Namun sejak mula menceburi perniagaan online secara suka-suka, segala gajet ini menjadi keperluan utama buat diri ini.


Bayangkan, untuk promosi semua jenis produk bakeri seperti kek, biskut dan kuih muih, saya mengiklankan dalam laman sesawang facebook Kartiniey Marzihan dan wechat. Maklum balas daripada pelanggan cukup hangat sampaikan saya tidak cukup tidur semata-mata mahu siapkan tempahan pelanggan.


Setakat ini, pelanggan sekitar negeri Kelantan menjadi pelanggan setia produk saya. Memang ada hasrat untuk lebar ke peringkat tertinggi, tapi tunggu dululah.

Saya akui, dengan adanya telefon, tablet dan komputer riba ini, ia menjadikan perniagaan saya laris sepanjang masa. Suami, saudara mara dan rakan-rakan sering membantu saya dalam memberi tunjuk ajar untuk memajukan lagi jualan akan datang. Jika berdepan dengan masalah gajet seperti berlakunya kerosakan, mereka tampil memberi pertolongan.

Memandangkan gajet baru sering muncul tanpa diduga, saya teringin untuk membelinya lagi. Namun ia bergantung pada peruntukan yang ada. Cuma apa yang boleh saya katakan, jika kita bijak menggunakan produk gajet ini, ia memang menjanjikan pendapatan lumayan pada seseorang.


Kartini Marzihan Kamarudin, 35,
pembantu pergigian


Usaha dapatkan dalam apa jua cara

Saya memang kaki gajet. Sejak dulu hingga sekarang, keinginan tidak pernah berubah walaupun sudah dewasa.

iPad dan iPhone jenama Apple, beberapa telefon pintar Samsung Galaxy Note 2 dan kamera jenama Sony Xperia menjadi koleksi kesayangan. Himpunan permainan playstation antaranya playstation 1, playstation 3, PS Vita dan Nintendo 3DS turut dikumpul dan ini menjadikan himpunan gajet saya makin sempurna.


Untuk membeli segala macam gajet ini, saya peruntukkan sebanyak RM2,500 sahaja untuk satu gajet. Sikit bukan, tapi itulah kenyataanya kerana ada antara gajet yang dimiliki seperti telefon, saya menjualnya semula dan hanya menambah sedikit duit poket untuk mendapatkan koleksi baharu.


Walau bagaimanapun, jika ada yang berkenan, saya beli juga tanpa perlu trade in koleksi yang ada. Yang penting, saya tidak ketinggalan dengan perkembangan dunia gajet .

Mempunyai himpunan iPad, iPhone, telefon, komputer riba dan playstation tidak pernah membuatkan saya lalai dengan kerjaya sebagai eksekutif pemasaran. Sebaliknya ia memudahkan lagi urusan kerja.


Misalnya, jika dulu mahu jumpa pelanggan, perlu bawa banyak katalog untuk promosikan produk, tetapi sekarang saya hanya bawa iPad dan tunjuk hasil kerja melalui iPad. Senang dan mudah.


Adanya gajet, saya mampu menggunakan aplikasi seperti facebook, twitter, whatsapp, instgram. Saya dapat ramai kenalan  malah dapat membina nama dalam modeling dengan cara tersendiri hanya menggunakan aplikasi yang ditawarkan.

Pendek kata, selain puaskan hati dengan berjaya kumpul segala gajet, ia juga mampu memantapkan dua kerjaya saya ke arah yang lebih baik lagi.


Noor Amylia Soon Mustafa, 28,
Eksekutif Pemasaran dan model


Dulu bertimbun, sekarang makin kurang

Saya seorang suri rumah sepenuh masa. Rutin harian adalah membuat kerja-kerja rumah sama seperti wanita lain. Dua anak saya, Putri Nur Ellysha dan Putra Nur Eiymann Syah pula sudah besar. Jadi ada hari-hari tertentu, saya punyai banyak masa sehinggakan timbul minat untuk kumpul gajet.


Dulu, saya banyak gajet. Boleh dikatakan setiap satu iPad, iPhone, telefon jenama Samsung dan Nokia serta komputer riba jenama Acer mempunyai beberapa bilangan. Jika orang luar tengok pasti mereka akan terkejut.

Semua koleksi ini adalah pemberian daripada suami tercinta. Ada juga yang dibeli menggunakan wang simpanan sendiri. Gajet ini, saya bukanlah beli untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk kegunaan diri disebabkan  aktif berblogging. Tambahan pula saya ada bisnes online, jadi gajet ini amat diperlukan.

Bila urusan kerja selesai, saya luang masa untuk berfacebook dengan rakan. Kadang-kadang saya ambil masa terlalu lama menghadap facebook, namun bila merasakan yang suami dan anak-anak mula terpinggir, saya mula perbaiki diri.


Beberapa bulan selepas itu, saya melahirkan anak ketiga, Eusuff Aryan yang kini berusia 9 bulan. Sejak dia lahir, saya sudah tidak cukup masa untuk berfacebook, berblogging dan macam-macam lagi perkara berkaitan gajet. Mungkin dek kekurangan masa untuk melakukan semua itu.


Kini, hanya beberapa koleksi gajet yang menjadi simpanan saya. Semuanya digunakan untuk keperluan yang penting seperti perniagaan atas talian. Untuk beli gajet baharu, mungkin saya akan berfikir dua kali tapi jika ia memberi faedah untuk keluarga, apa salahnya saya kembali menambah koleksi yang sedia ada.


Eliza Dianna Zahadi, 32,
suri rumah


Kerana facebook, curang dengan suami

Sudah tiga tahun saya berkahwin. Walaupun suami sentiasa sibuk dengan urusannya di pejabat namun kami bahagia sepanjang masa.


Disebabkan kurangnya masa bersama saya, ditambah pula masih belum dikurniakan zuriat, suami membelikan sebuah komputer riba jenama Toshiba dan telefon bimbit Samsung untuk saya mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.


Bila dihadiahkan dengan dua gajet tersebut, saya memang tidak tahu bagaimana untuk menggunakannya. Mana taknya, sebagai wanita kampung, saya tidak didedahkan dengan semua koleksi hebat sebegini.


Bila sudah mahir, saya kerap mengakses berita dan mengikuti perkembangan dunia Islam. Aplikasi facebook, whatsapp dan macam-macam lagi sudah berjaya dikuasai. Ramai kenalan baru di facebook dan kami sering  berbual di alam maya hampir setiap hari.

Suatu hari, saya berkenalan dengan seorang pemuda di facebook, namanya Farid. Kami berchating tanpa mengira masa dan paling best, kami bertukar gambar dan saya bagaikan terpukau dengan kekacakan Farid.


Setiap hari, setiap malam, kerja saya hanya berchating dengan dia. Timbul rasa suka dan cinta pada Farid, tapi saya malu untuk luahkan. Enggan dikatakan perigi mencari timba.

Suami mula perasan dengan perubahan diri ini. Bila ditanya, saya beritahu perkara sebenar. Suami terkejut dan dia terus ceraikan saya disebabkan keterlanjuran antara saya dengan Farid. Saya menyesal dengan apa yang terjadi. Ini semua gara-gara gajet yang diberi. Jika bukan gajet itu, saya masih bahagia dengan suami sampai sekarang.


Mariam, 35
suri rumah


Guna ikut kepentingan
Kehadiran pelbagai gajet adalah suatu fenomena baru dalam dunia moden masa kini. Masyarakat tidak dapat lari daripada kesan pembangunan dan kemajuan yang serba canggih hasil perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta inovasi yang begitu pesat.

Sehubungan itu, menjadi lumrah suatu yang baharu dan unik mempunyai daya tarikan yang kuat dan mengundang kecenderungan mengujakan.

Walau macam mana canggih sekalipun gajet yang ada dalam pasaran, namun ianya tidak dapat menguasai pemikiran manusia sekiranya manusia itu sendiri tidak membenarkannya. Kita sebagai empunya diri memiliki kuasa untuk mengizinkan atau tidak diri terjebak dalam kerakusan dunia gajet yang serba canggih lagi unik.

Ada kalanya menjanjikan hasil kepuasan positif dan tidak kurang juga yang menghalalkan kelalaian yang membawa kepada kekecewaan dan keburukan.

Jadi kita perlu menghadapi situasi ini dengan penuh kesedaran. Tanya pada hati dan perasaan serta teroka pada pemikiran, adakah gajet yang kita gunakan ini suatu kemestian atau keperluan atau hanya sekadar memenuhi kehendak untuk memuaskan diri atau orang lain.

Sebenarnya, kuasa dalaman kita yang terdiri daripada kewarasan pemikiran, keprihatinan perasaan dan kejelasan matlamat kehidupan, adalah elemen penting yang dapat membantu memilih cara menghadapi situasi ini. Kuasa mengawal kendiri adalah di tangan kita, tiada siapa yang dapat memaksa sekiranya kita tidak mahu melakukannya.

Sebagai wanita, perlu sedar dan akui sifat kewanitaan yang secara fitrah dalaman cukup halus dan lembut, boleh mengundang bencana pada diri sendiri.

Kadangkala wanita mudah terpedaya dan mempercayai gelagat licik lelaki yang berniat serong. Keadaan bertambah parah apabila mereka yang kurang cekap daya kawalan kendiri akan lebih mudah terjebak dalam pelbagai isu berkaitan perhubungan.

Hal ini boleh menjejaskan kesejahteraan diri dan impaknya cukup besar kepada ahli keluarga dan juga ahli masyarakat lain yang berkaitan.

Jangan sampai kita terlalu asyik dalam melayani perkara yang tidak pasti, sehingga mengundang pengabaian hak atau perkara dalam dunia realiti.

Ibu bapa pula, terhadap aspek didikan kepenggunaan gajet,  ia perlu disertai dengan pemantauan yang konsisten dan berunsur mendidik bukan mengherdik atau mengancam.

Saya berpendapat kita tidak boleh menafikan gajet-gajet ini boleh menjana kreativiti dalam diri anak-anak. Jangan disebabkan terlalu takut dengan kesan-kesan negatif akibat penggunaan gajet ini, menjadikan ibu bapa menutup terus peluang-peluang ke arah menjana kreativiti anak-anak dalam dunia realiti.

Dr. Rorlinda Yusof
Pensyarah Kanan/ Penyelaras Hal Ehwal Pelajar, Pusat Permata Pintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Perlu bijak manfaatkan fungsi

Selari perubahan zaman, peranan gajet  kini sudah menjadi satu keperluan, dan kebanyakan orang memerlukan peralatan ini untuk pelbagai tujuan, salah satu fungsi yang nyata adalah memudahkan perhubungan.

Justeru, berbalik kepada wanita, sekiranya mereka mampu, ia tidak menjadi satu kesalahan lebih-lebih lagi pemberian dan mendapat keizinan suami.

Apa yang dibimbangi, sikap pengguna gajet itu sendiri yang boleh menimbulkan perasaan riak, kerana mampu membeli peralatan elektronik yang mahal dan terbaru di pasaran, atau dalam erti kata lain menunjuk-nunjuk kepada orang lain yang sudah tersasar daripada apa yang agama kita sarankan iaitu hidup secara sederhana atau menggunakan alatan itu untuk perkara-perkara yang tidak bermoral.

Dalam kaitan gajet dengan golongan wanita pula, golongan ibu-ibu terutama suri rumah perlu bijak menjadikan peralatan ini untuk ke arah kebaikan bersama.

Misalnya mengeratkan lagi ikatan ukhuwah dan persaudaraan, antara yang jauh dan dekat, kerana perhubungan melalui internet ini capaiannya lebih cepat dan beberapa aplikasi yang ada mampu mengeratkan lagi kesejahteraan rumah tangga misalnya untuk pasangan yang tinggal berjauhan, boleh berhubung tanpa sempadan antara anak dan suami dan sebagainya.

Bagi wanita yang bergelar suri rumah pula, adalah digalakkan fokus kepada kerja-kerja rumah seperti menguruskan makan minum suami dan kebajikan anak-anak sebelum membuka laman sosial mahupun permainan yang disediakan.

Perlu seseorang wanita itu sedar akan tanggungjawab utama mereka dalam keluarga dan sekiranya mempunyai masa lapang, tidak menjadi halangan untuk mereka bersosial di internet, bagaimanapun, perlu mengikut lunas-lunas agama iaitu batasan sebagai isteri seperti tidak mudah terpengaruh dengan lelaki mahupun laman-laman sosial yang boleh mengundang kemaksiatan.

Harus jujur dan selalu bersikap terbuka dengan suami terutama yang membabitkan status kerana ramai yang terpedaya dengan cinta maya yang akhirnya membawa kepada perceraian.

Cara terbaik adalah pada waktu malam, hentikan semua permainan dan apa sahaja alatan elektronik yang tiada kaitan untuk bersama keluarga dan nikmatilah saat-saat indah itu bersama anak-anak dan suami.

US TAZ HAJI SHAHUL HAMID SEENI MOHD
Pengetua Maahad Tahfiz Darul Tahzhib
Pulau Pinang.

Memudahkan urusniaga

Saya memang minat berniaga dan sejak kecil sudah didedahkan dengan perniagaan. Saya memilih berniaga atas talian (online) kerana ia paling mudah, cepat dan praktikal untuk semua golongan.

Sebagai penjual, berniaga online ini boleh mengurangkan kos dalam pelbagai perkara antaranya sewaan premis, mahupun pekerja dan lain-lain perbelanjaan besar.

Daripada apa yang saya lihat, pasaran terbuka ini boleh beroperasi 24 jam, dan setiap saat jaringan pemasaran dikembangkan tanpa sedar.

Pada awal-awal dahulu, jenama kami tidak begitu dikenali,  tapi hari ini Ardini Boutique mempunyai 5,000 pelanggan tetap melalui online sahaja dan mencapai lebih 25,000 like sejak dibangunkan dua tahun lalu.

Awal-awal berniaga, telefon dan komputer riba jadi teman karib, tapi bila dah berkeluarga, saya letakkan urusan ini di tempat ke dua, dan anak-anak adalah keutamaan.

Rasa selesa berniaga dengan cara ini kerana masa yang lebih fleksibel bersama keluarga dan page kita sentiasa dilawati tanpa sedar, walaupun tak berniaga pun, urus niaga sentiasa berjalan tak seperti  premis perniagaan yang ada kalanya tutup sempena cuti umum dan sebagainya, lagipun kami membangunkan page, dan blog dalam aplikasi yang memudahkan pelanggan untuk menempah produk kesukaan mereka.

Siti Natasya Roslan, 32
Pengasas Ardini Boutique


www.panduansuamisteri.blogspot.com

PENCERAIAN KALANGAN ARTIS - APABILA MATLAMAT PERKAHWINAN TAK JELAS

0



PENCERAIAN KALANGAN ARTIS - APABILA MATLAMAT PERKAHWINAN TAK JELAS
======================================================================

Berita penceraian bagi pasangan berprofil tinggi bukanlah sesuatu yang baru. Kalau dilihat dari mata kasar kita, hidup rumahtangga mereka kelihatan "sempurna", tiada apa yang kurang dari segi kebendaan yang boleh menambah bahagia dalam hidup mereka. Tidak seperti pasangan-pasangan yang biasa, masalah kewangan dalam rumahtangga banyak menjadi punca keretakan dalam perkahwinan.

Apakah sebenarnya puncanya ? Mereka kaya, segala apa yang mereka mahu untuk bahagiakan perkahwinan mereka, semua mereka boleh capai. Dan masalah ini bukan HANYA BOLEH BERLAKU PADA ARTIS SAHAJA...

Setiap perkahwinan perlu ada MATLAMAT. Apakah yang kita nak capai dalam sebuah perkahwinan sebenarnya ? adakah ia sehaluan dengan pasangan kita ?

Laluilah kegagalan dalam perkahwinan sebanyak mana pun, bercerailah sebanyak mana pun, kita takkan dapat belajar apa-apa darinya jika diri kita sendiri tidak tahu apa hala tuju perkahwinan kita.

Dunia hanya jambatan. Segala harta yang ada, gunanya hanyalah untuk bina jambatan ke destinasi akhir. Bila destinasi suami & isteri tak sehaluan, akhirnya robohlah jambatan. Dan hanya orang-orang yang sabar sahaja mampu menyokong keteguhan jambatan tanpa bantuan pasangan.

Yang penting adalah destinasi akhir. Jika kita tak sedar perkara ini, kahwin lah 10 kali pun, akan tetap bercerai juga akhirnya.
Tetaplah matlamat yang betul dalam Perkahwinan berlandaskan Kehendak Islam.

Setelah berusaha dengan ilmu & kesabaran, barulah kita boleh katakan, penceraian itu ketetapan Allah.



ISTERI CURANG LEBIH BANYAK MENGUNDANG PENCERAIAN BERBANDING SUAMI CURANG

0

Klik Button Untuk PLAY:




ISTERI CURANG LEBIH BANYAK MENGUNDANG PENCERAIAN BERBANDING SUAMI CURANG

KES PENCERAIAN yang disebabkan oleh kecurangan semakin menjadi-jadi. Terlalu banyak kes dalam simpanan fail rujukan kami, dari kes yang melibatkan artis, melibatkan ahli perniagaan, melibatkan para pemimpin negara bahkan juga pasangan biasa.

Kali ini ingin kami pautkan fenomena ini melalui satu kisah benar yang dikirim kepada kami ini secara lengkap untuk renungan kita bersama. Bacalah dengan hati terbuka dan teliti pelajaran yang kami kongsikan di hujungnya. Kami hilangkan ‘nama penulis’ untuk mengelak fitnah.

KISAH BENAR ISTERI CURANG - WAJIB BACA!!!


Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya. Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.

SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.

PETANG ITU Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong.

Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.

Saya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai. Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.

Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.

HATI SAYA HANCUR LULUH pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.

Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.

Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.

Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap. Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.

Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.

Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.

Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.

Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.

Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.

Mertua saya mengucap panjang. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang bermain’ di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

Anak saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.

Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah kepadanya.

Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu.

Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.

KESIMPULAN


Semuga kisah pedih pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain di luar sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan anaknya adalah dayus dan tidak akan mencium syurga’. Iman wanita amatlah tipis dan amat mudah tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu bekerja.

WARGA PRIHATIN ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zina bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati. Jika tidak direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara mutasyabihat. Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan semata-mata kerana nafsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu, menjadi trend sekarang semua perbuatan zina itu dirakam untuk ‘kenangan’. Apabila nafsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak kisah untuk dirakam aksi ranjangnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita sendiri yang merakam aksinya berkali-kali.

Seorang suami yang berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri yang berlaku curang. Itu adalah ego atau ‘pride’ lelaki yang Allah kurniakan secara fitrah. Pengalaman kami menunjukkan suami akan menceraikan isterinya pada kadar segera sebaik sahaja mendapat bukti. Memanglah hakikatnya seorang wanita hanya untuk seorang lelaki sahaja. Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup bersama seorang wanita dalam masa yang sama.

Hasil kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza dengan sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami yang berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan soal nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri serta keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam Islam ada Poligami yang sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat sewenangnya. Kononnya boleh tambah isteri bila ‘terkantoi’. Maka meranalah si isteri.

Janganlah biarkan isteri kita BERKELIARAN, samada melalui aktiviti sosial secara zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan bekerja, pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami. Janganlah buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita benar-benar mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada berkatnya.

Pengalaman seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis terkenal yang sudah bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan ayat “can I have sex with you, I have got a room here’. Beliau yang sedang makan di restoran Hotel itu bersama rakan beliau boleh dengan mudah ikut naik ke bilik. Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan kami dan rakan-rakan artis itu, bukan secara rahsia. Beliau turut menceritakan kisah zina yang berleluasa secara terang-terangan di kalangan artis dan penari budaya.

Lihatlah penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya bertukar gambar alat kelamin dengan artis, melakukan perbualan lucah melalui telefon, sms, facebook, Whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai lelaki yang mengadu isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti ini. Dari aktiviti maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan menggoda masing-masing melakukan zina. Ingatlah, rakaman dan berita dari kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.

Telah Allah tegaskan bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”. Seharusnya kita mematuhi arahan Allah itu agar mampu kita hentikan segala kerosakan akhlak ini segera. Kita sudah terlalu jauh dari landasan agama kita. Kerana itulah hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak sejahtera’.

Tips Munakahat
WARGA PRIHATIN

Perkara Yang Boleh Merosakkan Penikahan

0

PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN PERNIKAHAN

A. Suami :

1. Suami tidak menjadi pemimpin dengan baik akibatnya saling melukai.

2. Suami gagal menjadikan isteri no satu dalam hidupnya.

3. Suami suka membandingkan isteri dengan wanita lain.

4. Suami kurang kontrol emosi

5. Suami gagal memuji hal-hal kecil yang dilakukan Isteri.

6. Suami tidak terima pendapat Isteri.

7. Suami tidak pernah minta maaf ketika berbuat salah.

B. Isteri :
1. Isteri tidak menghargai Suami sebagai ketua rumah tangga.
2. Isteri gagal menundukkan diri kepada Suami.
3. Isteri gagal menampilkan sopan santun
4. Isteri gagal menunjukan rasa syukur kepada Suami.
5. Isteri suka membantah ucapan suami.

C. keperluan seorang Suami :
1. Nafkah batin (tempat tidur).
2. Isteri sebagai sahabat.
3. Rumah yang bersih dan rapi.
4. Isteri yang sentiasa senyum.
5. Saling menghargai.

D. Keperluan seorang Isteri :
1. Kasih sayang dan dihargai.
2. Diajak berbincang di waktu kusut.
3. Jujur dan terbuka serta setia.
4. Dicukupkan keperluan sehari-harinya.
5. Komitmen terhadap keluarga.

Ingat..Ketua keluarga yang berjaya dalam mengurus keluarga maka kejayaan yang lain akan mengikuti.Ketua keluarga yang gagal dalam keluarga maka kegagalan yang lain pun akan mengikuti.

Kebahagiaan pernikahan memerlukan perjuangan yang tidak kenal lelah,dan memerlukan kehadiran dan pertolongan Allah.

Berbahagialah mereka yang benar-benar menikmati hidup rumah tangga yang aman dan damai,meskipun itu harus diperoleh dengan cucuran air mata.

Belaian tangan suami adalah ibarat emas bagi isteri.
Senyum manis sang isteri adalah permata bagi suami.
Kesetiaan suami adalah mahkota bagi isteri.
Keceriaan isteri adalah ibarat permata di hati suami.

Perbaikilah apa yang perlu diperbaiki sekarang sebelum terlambat.
Cintailah pasangan yang telah dipilih-Nya untuk hidupmu.

Bagi yang belum Menikah..Semoga ini boleh menjadi bekal kelak
Semoga kita boleh menjadi Suami Soleh dan Isteri Solehah.

7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI

1
7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah )

Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini saya kongsikan untuk renungan kita bersama.

Semoga BERMANFAAT untuk kita semua...

C1. CABAR

Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata

"Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!"

Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata ...

C2. CABUL

Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR

Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot.

Suami pula di opis dok nampak y aje ...

Ada isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis.

Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2 ...

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ...

Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ...

anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ...

Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun...belum tentu tinggi akhlaknya.

Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu ....

www.panduansuamisteri.blogspot.com

Isteri Kecewa Suami Gila Bayang Dengan Isteri Orang

1
Saya sudah berumah tangga lebih daripada lapan tahun. Mahligai kami memang membahagiakan. Saya mempunyai dua anak dan bakal menerima seorang lagi awal tahun depan. Saya memulakan kerjaya di selatan tanah air.

Berkat doa dan rasa cinta pada suami, saya berpindah ke utara bagi memenuhi tanggungjawab sebagai isteri yang sepatutnya sentiasa berada di sisinya. Hampir tiga tahun kami duduk bersama, tiada rintangan dan kami bahagia. Malangnya kasih saya pada suami tergugat dengan kehadiran orang ketiga.

Dia bekas rakan sekolah suami. Punah harapan saya. Berkali-kali saya mohon pada suami agar kembali setia tapi dia menolak. Lebih sedih apabila memikirkan suami merancang bernikah dengannya sungguhpun tahu wanita itu masih isteri orang.

Puas saya berdoa, manakala rakan banyak memujuk dan menyuruh saya bersabar. Saya kecewa dia langsung tak pernah memikir kesusahan yang saya alami sewaktu kami bersama. Suami kerap marah apabila saya menyebut mengenai wanita itu.

Saya tak pernah curang, malah apa juga kemahuan suami saya turutkan. Saya tertekan dengan keadaan ini seperti ‘habis madu sepah dibuang’. Mungkin Dang Setia boleh memberikan nasihat pada suami saya agar dia dapat memahami sebelum segala-galanya terlambat.

Gambar Hiasan


IDA
Sungai Petani, Kedah


Dugaan puan sungguh besar apabila pada saat memerlukan suami, dia pula bermain cinta dengan bekas rakan sekolahnya. Tambahan pula apabila puan mengambil pendekatan menasihati suami, dia enggan mendengar kerana sudah gila bayang dengan kekasih hati.

Bagi Dang Setia, cinta suami pada kekasihnya yang masih isteri orang itu amat tidak rasional dan hanya godaan nafsu semata-mata. Perbuatan suami bukan saja menjejaskan kehidupan puan sekeluarga, tetapi banyak hati yang terbabit.

Perbuatan mencintai isteri atau suami orang punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga, dan amat dimurkai Rasulullah SAW yang digambarkan menerusi hadis:

“Bukan dalam kalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya” (Riwayat Abu Daud : 2175)

Justeru, puan perlu lebih sabar mengendalikan kecurangan suami. Dalam situasi ini, dia seakan-akan sudah angau dan dilamun cinta terlarang menyebabkan puan dan anak-anak disisihkan.

Puan perlu bijak memujuk serta menarik perhatian suami untuk memberi tumpuan kepada keluarga. Selain itu, sedarkan suami dengan perasaan sayang puan terhadapnya. Hangatkan kembali hubungan dengan kenangan ketika bercinta serta berdoa agar memberi kekuatan kepada puan terus sabar menghadapinya.