Showing posts with label Lelaki. Show all posts

Perbezaan Mata Lelaki dan Mata Wanita

0

"HARAPKAN abang cari, sampai besok pun tak jumpa!" ataupun "kalau cermin mata tu ular, dah lama abang kena patuk!"

Jangan tidak mengakulah, saya percaya ramai suami pernah jadi sasaran kata-kata isteri yang seperti ini. Apa puncanya? Adakah ia semata-mata kerana lelaki selalunya tidak fokus, pemalas atau mengada-ada untuk mengharapkan isteri sahaja mencari barang hilang yang selalunya berpunca daripada kecuaian mereka sendiri.

Yang peliknya, apabila isteri yang cari, mudah pula barang itu ditemui.

Sebenarnya, ramai yang tidak perasan bahawa apa yang berlaku ini bukan kebetulan tetapi disebabkan mata juga fokus otak lelaki dan wanita ketika memandang sesuatu sememangnya berbeza. Mata lelaki dan wanita dijadikan bukan sahaja tidak serupa malah tidak sama. Ini dinyatakan dalam buku Why Men Do Align Leftn’t Listen and Women Can’t Read Maps.

Pengkaji dan penulis buku itu, pasangan Allan dan Barbara Pearce menyatakan bahawa perbezaan itu bukan sahaja dari sudut biologi ataupun fizikal tetapi juga dalam bentuk kebiasaan yang diwarisi sejak beribu-ribu tahun lalu.

Satu lagi contoh, lelaki biasanya akan menoleh dan memberikan masa yang lama untuk melihat wanita cantik yang lalu di hadapannya. Adakah wanita sebaliknya 'terpelihara' daripada berkelakuan seperti itu jika mereka dilintasi oleh lelaki kacak?

Sebenarnya tidak. Seperti lelaki, mereka juga ada keinginan yang serupa namun tindakan mereka disembunyikan oleh keupayaan mata mereka yang mampu melihat dalam liputan pandangan lebih 180 darjah.

Ini disebabkan mata wanita mempunyai lebih banyak sel jenis kon dalam retinanya yang tidak memerlukan mereka untuk menoleh untuk melihat sesuatu yang menarik perhatian.

Justeru dalam keadaan ini, wanita boleh menyembunyikan kenakalan mereka.

Dalam kes mencari barang hilang pula, sejak zaman primitif, tugas lelaki adalah memburu untuk mencari makanan manakala wanita menjaga anak-anak di tempat tinggal. Sebagai pemburu, lelaki dipersiapkan mata dan otaknya untuk melihat banyak objek dalam persekitaran yang sempit.

Dengan itu, otak mereka secara automatik akan menyempitkan penglihatan untuk menumpu kepada binatang buruan. Wanita pula yang menjaga tempat tinggal, otak mereka diprogramkan untuk memproses semua maklumat visual yang masuk di dalam lingkungan yang lebih luas.

Inilah yang memberi kelebihan kepada mereka untuk lebih mudah temui barang hilang berbanding lelaki.

Satu perkara lagi, mata lelaki mempunyai sel M yang lebih banyak berbanding mata wanita. Sel M adalah sel mata yang sensitif terhadap pergerakan manakala sel P adalah sel mata yang sensitif terhadap fokus mata.

Ini juga membantu kita untuk lebih memahami mengapa lelaki sering gagal mencari barang hilang terutama barang ‘mati’ yang tidak bergerak seperti dompet, kunci kereta dan sebagainya. Mereka sebaliknya lebih cekap mengesan binatang buruan yang bergerak sepantas kilat!

Sel P pula mendorong wanita untuk tertarik pada warna terutama warna yang terang, begitu juga corak hingga mereka menjadi begitu teliti dalam pemilihan warna dan corak pakaian.

Demikianlah. ALLAH menjadikan lelaki dan wanita sememangnya terlalu banyak perbezaannya jika mahu diteliti, sama ada yang kita sedari atau tidak sedari. Dan perbezaan ini sudah tentu ada sebab musabab dan hikmahnya yang tersendiri.

Kepada suami-suami, kalaulah anda dileteri lagi kerana gagal mencari barang yang hilang, beritahu isteri, itu bukan masalah anda seorang tetapi semua lelaki di dunia ini. Jurang perbezaan bukan untuk dilebarkan tetapi untuk kita saling memahami, memenuhi dan juga berkasih sayang.

10 Jenis Lelaki Yang Membahayakan Wanita

0



Ini tips untuk wanita-wanita,  kena berhati-hati dengan jenis lelaki ini. Lelaki-lelaki tersebut boleh membuat hidup anda bermasalah macam mereka juga.
§  Lelaki yang sering berkata: “Abang memang sayang kat ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius”. Amboi dah 3 tahun berkepit sana sini, masih belum bersedia ker? ha..ini lelaki tarak betoi punya. Diorang nak flirt jer, walhal anda belum ada dalam kamus hidup mereka.
§  Lelaki yang call/sms ikut suka hati diorang jer. Eh ikut suka ati diorang ja nak jumpa kita, nak call kita, bila kita perlu kan dia, bayang pun tak nampak.
§  Lelaki yang suka ajak dating, tapi bukan dating pon. Paham tak ayat tu? ala, korang tak pernah ker pergi dinner berdua?, jejalan berdua, tengok sunset berdua? Kalau orang lain tengok sure ingat korang couple & tengah bercengkerama. Padahal si lelaki tak pikir pun tu dating. Kepada wanita, jangan asyik keluar kehulur kehilir dgn lelaki sangat. Jatuh saham nanti babe.
§  Lelaki yang dah ada awek, tapi selalu sms/call n jumpa anda. Ooo ini lelaki paling bahaya, tapi malangnya paling banyak di Malaya. Lelaki jenis ni dah ada awek, tapi wanita lain juga dia nak bermesra. Bila kantoi dengan awek, diorang akan cakap korang kawan jer, takkan nak berkawan tak boleh? Amboi. Kalau setiap malam call, bila awek not around, mula naik tocang. Lelaki jenis ni ternyata buaya tembaga tak laku.
§  Lelaki yang pikir apa diorang buat semua betoi. Aduhai, pandangan kita semua salah, dia jer yang betol, Diorang ni jenis penting diri sendiri dan tak kan pikir perasaan orang sekeliling termasukla korang.
§  Lelaki yang blurrrr sentiasa. Contoh nya, lelaki yang tak paham kehendak wanita, even korang cakap terus terang pun dia ingat itu benda remeh ja. Ambil ringan perasaan kita.
§  Lelaki yang tak tahu kehendak sendiri. Kalau la diorang tak reti nak paham kehendak sendiri, korang ingat diorang boleh paham korang?
§  Lelaki yang selalu kacau korang, walaupun korang tu tengah busy menyelamatkan dunia. Lelaki suka sangat nak berkepit dengan korang, tak kira la korang keja ke apa ker. Sikit2 call, sms, nak jumpa. Mula-mula korang rasa ok. Tak lama kemudian korang sure tak tahan. Rimas dan lemas.
§  Lelaki yang suka kutuk lelaki lain, dengan harapan korang tak dekati lelaki yang dikutuk. Sah-sah lelaki ni kuat jeles, dan jangan terkejut diorang ni jenis ngada-ngada.
§  Lelaki yang tak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita. Apa lagi korang harap? buat siksa jiwa jer. nampak sangat lelaki jenis ni sukar nak bahagiakan korang.


Asas yang perlu ada pada calon pasangan suami-isteri

0
 
 
Asas yang perlu ada pada calon pasangan suami-isteri

Ada anak gadis yang kelihatan comel rupa-parasnya, sopan santun dan lembut tutur langkahnya tetapi setelah bernikah baru diketahui dia rupanya ada peribadi lain yang tersembunyi. Siapa boleh tahan kalau tiap-tiap hari minta cerai? Mengugut untuk bunuh diri dan mengancam akan menikam suami sewaktu tidur jika permintaannya tidak dipenuhi?

Biarpun cantik rupanya, bertudung labuh dan ada kalanya meletak 'pic profile' gadis berpurdah di facebook namun suami tak bahagia lantaran hari-hari terseksa batin dan jiwa dengan perangai si isteri.

Ada pula sang jejaka yang kacak dan tampan, Islamik dan beragama namun tangannya mudah sekali naik ke muka isteri. Ada pula jejaka yang romantik dan mempesona jiwa tetapi hakikatnya dia bernafsu kepada kaum sejenis. Ada pula lelaki yang berjanggut dan berjubah namun dalam diam memuja fahaman dan sosok gurunya sehingga kerana fahaman taasubnya itu habis porak-peranda rumahtangga.

Manusia memang tidak akan sempurna tetapi perlulah ada batas yang perlu dipatuhi. Seperti kata Abdullah bin Mas'ud RA;
المؤمن يطبع على الخلال كلها إلا الخيانة والكذب
'Seorang mukmin dapat terbentuk wataknya berdasarkan kekurangan apa saja kecuali khianat dan dusta.' [al-Ibanah al-Kubra, Ibn Battah]

Jadi dalam membuat keputusan tentang siapakah calon teman hidup, baik suami atau isteri maka pastikanlah paling kurang 3 ciri berikut tak tergadai oleh janji manis dan emosi atau hormon yang menguasai diri iaitu;

1. Teguh peribadi bukan macam lalang, setiap malam berubah keputusan. Biarlah kata-katanya boleh dipegang, janjinya boleh dipercayai.

2. Tidak mudah putus asa dan lemah diuji, jangan baru sedikit kena tempias hujan sudah mengadu tidak tahan basah. Itu belum dicampak berenang dalam lautan api....

3. Hatinya lembut, mudah ditegur dan senang dibimbing, tidak ego dan senang mentaati suami atau menerima nasihat isteri. Bukan sombong dan bongkak bagaikan Raja dan permaisuri bani Israel, semua cakap mahu disanggah, semua yang tak kena mahu dikomen dan dikritik, susah sekali untuk redha dan menerima dengan syukur dan lapang dada.

Andai tiada tiga asas di atas, biarlah berjubah sampai ke kaki, janggut panjang sampai ke buku lali atau bertudung labuh dan comel serta cantik bagaikan model iklan ubat gigi, simpanlah kecantikan itu kerana ianya tak membantu dalam kehidupan suami-isteri!
 
 
Sumber.Emran Ahmad

Isteri Meminang 'MADU'

1

Se sampainya di Istana Budaya, lokasi yang sudah dijanjikan untuk bersua muka, hanya kelibat Datuk Zulkifli Zain sahaja yang kelihatan.

Ditanya di mana isterinya, Zulkifli Zain memberitahu isterinya ada di ruang dalam. Tidak mahu isterinya berpanas di luar, melihat kelibat saya barulah dipimpinnya si isteri untuk ditemu bual.

Benar, saat usia perkahwinan sudah menginjak ke usia 39 tahun, masih terlihat betapa romantis hubungan cinta mereka.

Hampir satu jam menemu bual pasangan ini, Normala sempat berkongsi sebuah cerita yang bukan sahaja mengejutkan, malah rasanya tidak sanggup dilakukan oleh wanita lain yang bergelar isteri.

Masakan tidak, Normala pernah meminang seorang gadis untuk dijadikan isteri buat suaminya atas rasa cinta kepada rumah tangga yang dibina.

Zulkifli yang ketika itu diam mula berkongsi cerita ketika bagaimana isterinya mula mengetahui bahawa dia sedang mengenali seorang gadis.

“Saya tidak nafikan, isteri memang memberi kebebasan kepada saya sehingga kini. Saya boleh keluar berjumpa rakan-rakan, bila-bila masa sahaja.

“Memang dia ada telefon sekiranya saya keluar terlalu lama, tetapi dia bertanya apa yang saya buat bermakna dia mengambil berat tentang saya," jelasnya.

Tetapi lelaki juga ada nakalnya dan Zulkifli sendiri menceritakan bagaimana dia menyalah gunakan kepercayaan yang diberikan isterinya.

“Ketika dia tahu saya menaruh hati pada seorang gadis, dia cakap mahu berjumpa dengan gadis itu dan mahu meminang untuk pihak saya.

“Masa itu, dia sendiri yang pergi meminang, mungkin dia tidak mahu saya terjebak dengan dosa atau sebagainya.

“Malah, ketika itu, isteri menyuruh saya untuk duduk di belakang bersama dengan gadis itu sementara dia memandu kereta," kongsinya.

Tambah Zulkifli, mungkin sudah ditakdirkan tiada jodoh, perkahwinan itu tidak menjadi dan bila difikirkan semula, itu menunjukkan pengorbanan isteri kepadanya.

Bagi Normala, tipulah jika dia tidak mempunyai secubit perasaan cemburu. Tetapi baginya, apa guna untuk memaksa seseorang itu untuk kekal mencintai dirinya seorang.

“Masa itu memang tidak boleh terima suami bercinta dengan gadis lain. Apatah lagi mengenangkan perkahwinan kami sebelum ini mendapat tentangan keluarga.

“Tapi saya fikir kembali, kalau saya tak beri kahwin, dia akan buat juga di belakang dan saya tidak mahu ia menjadi sesuatu yang lebih buruk.

“Cuma saya dah pesan awal-awal, sekiranya dia berat sebelah, maka saya akan minta dia untuk berpisah dengan saya," katanya.

Tetapi jodoh pasangan ini lebih kuat. Biarlah badai memukul bahtera, jodoh mereka tetap kuat dan romantisnya hingga kini.

Kerana sepasang kebaya

Dari mata turun ke hati.Itu kesimpulan yang boleh dibuat bila mendengar kisah bagaimana hati Zulkifli buat pertama kali tertaut dengan isterinya.

Menceritakan detik yang masih diingati jelas itu, cerita Zulkifli, ketika itu dia dan Normala berada dalam satu kumpulan tarian telah dijemput untuk menghadiri majlis keraian di rumah salah seorang Menteri Kebudayaan ketika itu.

“Pada malam itu, saya seperti terpukau melihat Normala. Dia tampak istimewa dan dengan sekali pandang, saya terus terpaut hati.

“Ketika itu saya memang suka dengan wanita berkebaya dan Normala pada malam itu tampil dengan kebaya dan bercucuk sanggul," katanya tersenyum mengingat kisah manis itu.

Ketika majlis tari menari, Zulkifli tampil memaut tangan Normala mengajaknya untuk menari.

“Ketika itu, joget lambak ini memang biasa. Masa itu, saya terus terang dengan dia. Saya cakap, you nak kahwin dengan I tak?"

Normala yang mendengar kisah ini menyelit.

“Bukan macam itu dia cakap. Masa tari menari itu, dia terus cakap, jom kahwin. Saya pula masa itu terus balas, 'jom," kata Normala menahan tawa.

Menyambung bicara, Zulkifli memberitahu, selepas dia menyatakan hasratnya itu, baharulah mereka mula berbincang untuk berkahwin dan bermulalah episod cinta mereka.

“Ketika hendak berkahwin, ibu bapa Normala tidak beri kebenaran apatah lagi beza umur kami 11 tahun. Dia ketika itu baharu berusia 17 tahun.

“Masa itu, ibu bapa Normala menyuruh dia untuk berhenti kerja sebagai penari supaya kami tidak dapat berjumpa lagi, " ujarnya.

Tambah Zulkifli, mungkin sudah jodoh, mereka berkahwin dan ketika itu, dia sedar, ibu bapa mertuanya tidak suka dengan dirinya.

“Hendak buat bagaimana, kami saling mencintai. Tetapi saya pun ada cuba mengambil hati kedua ibu bapa mentua selepas berkahwin.

“Alhamdulillah, selepas kami menimang cahaya mata (Norzizi) baharulah mentua mula menerima saya sebagai menantu," katanya yang sedikit pun tidak berkecil hati.

Suami banyak membantu

Dari luaran, nampak Normala ceria sahaja. Hakikatnya keadaan hidupnya agak terjejas ekoran masalah matanya yang kini buta sebelah kiri akibat penyakit kencing manis semenjak lebih dua tahun lalu.

“Suatu hari, ketika bangun pagi, saya langsung tidak nampak apa-apa. Masa itu memang rasa tertekan dan menangis sebab semuanya dah gelap. Ketika itu, bermacam-macam perasaan negatif mula bermain di minda. Malah, ada ketika saya merasakan suami saya akan meninggalkan saya," katanya.

Di sebalik pemikiran negatif itu, Normala sangat bersyukur kerana dikurnia seorang suami yang begitu mengambil berat tentang dirinya.

"Sekarang saya sudah mampu menerima hakikat. Anak-anak dan cucu-cucunya banyak memberi semangat. Ini dugaan tuhan dan saya terima dengan hati yang reda dan kita memohon yang terbaik untuk diri," jelasnya, pasrah.

Bagi Zulkifli, mana mungkin dia akan meninggalkan isterinya saat wanita itu memerlukan dia sebagai kekuatan dalam hidupnya.

“Saya akan bantu dia. Malah, makan pun saya yang suapkan. Bukan sebab tak nampak, tetapi saya buat sebab itu menjadi pengikat kasih kami. Memasak pun saya yang buat sekarang ini. Saya akan tanya apa yang dia hendak makan, dan saya akan masakkan untuk dia," jelas Zulkifli.

18 Perkara Penting Wanita Perlu Faham Tentang Lelaki

0


Wahai kamu wanita, ketahuilah bahawa SEORANG LELAKI itu :

1.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

2.Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.

13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.

15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.

17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.
Jadi terimalah kelemahan lelaki dengan perasaan terbuka. Cuba untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kalau lelaki kurang, wanita kena tambahkan. Kalau wanita kurang, lelaki kena cukup kan. Kena ada check anda balance. Baru lah aman sesuatu perhubungan.

Sekian, Semoga anda hepi, ceria dan bahagia sokmo


www.panduankeluargabahagia.blogspot.com

Jenis Suami yang Isteri Suka

0

Jenis Suami Yang Biasanya Orang Isteri Suka.

a. SUAMI YANG PRIHATIN - Mendengar dengan teliti apa yang ISTERI cakap. Bukan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

b. SUAMI YANG MENJADI PENAWAR - Rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati ISTERI. Walaupun kurang rupa, tidak mengapa. Yang penting ISTERI sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit, dari sakit mata sampai sakit jiwa raga. Oleh itu hatinya amat perlu dijaga. Kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki, akan menjadi penawar segala bisa.

c. SUAMI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA - Kebebasan itu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak.

d. SUAMI YANG BERHATI-HATI - Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan orang ISTERI . ISTERI kalau memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen. Jadi, biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap.

e. SUAMI YANG WANGI - Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum ISTERI yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum SUAMI wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda dan jangan selekeh.



www.panduansuamisteri.blogspot.com

Cara Terbaik Memikat Wanita

0


Lelaki. Ada yang sekali dia petik jari, berduyun perempuan datang padanya. Ada yang dah puas, macam-macam cara dicuba untuk memikat hati gadis idaman, tak juga dapat-dapat. Siap ada yang juga yang dah mandi bunga. Apapun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan perlu berusaha, selebihnya serahkan pada-Nya. Bercakap tentang memikat wanita, setiap orang punya strategi masing-masing.
 
Sebelum dapat, memang akan cakap. “apa saja untukmu”. Sebetulnya, wanita tak mengharapkan anda melakar namanya di langit biru atau menempah iklan semata-mata untuk menyatakan anda cintakan dia. Cukup sekadar membuat hatinya gembira dengan itu secara tak langsung akan terbitnya bahagia.Berikut cara paling efektif untuk memikat wanita buat arjuna-arjuna “DTPM” (ditolak tapi pantang menyerah).   Memang, tak ada siapa pun yang sempurna di dunia ni, tapi mungkin tips ni boleh buat anda sempurna di mata dan hati si dia.

1.Dah dapat nombor telefon atau dah add twitter atau facebook. Mulakan  langkah pertama sebagai kawan dulu (pelan-pelan kayuh…). Perempuan tak suka lelaki terburu-buru atau bahasa lainnya, gelojoh.

2.Wanita sukakan perhatian. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Selalulah telefon, SMS, email dan sebagainya untuk bertanyakan khabar atau paling tidak Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati anda. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

3.Terima dia seadanya juga cuba memahami dan ambil tahu apa yang digemari dan disukainya. Bila rasa anda berdua punya keserasian dan dah kenal hati budi masing-masing, barulah ke langkah seterusnya, melamar sebagai kekasih hati.

4.Jadilah diri sendiri, sepanjang perhubungan. Tak perlu berpura-pura baik, kalau nak puji biar kena masa. Tak perlu buat-buat tunjuk ikhlas atau kontrol macho sangat. Tapi taklah bermakna anda boleh berkasar sesuka hati. Cuba kawal  emosi dan tabiat buruk ketika anda berdua berjumpa.

5.Wanita suka sikap lelaki yang spontan, peka dan memahami-sesekali anda boleh membuat kejutan kepada si gadis dengan mengirimkan bunga atau hadiah. Tak perlu terlalu romantik sangat tapi janganlah sampai tak ambil berat langsung. Kalau nak buat candylight dinner, tak perlu beria-ria, make it simple!

6.Menepati janji. Kalau dah kata nak jumpa pukul 2pm. Pastikan lebih datang tepat pada masanya. Jangan berulang kali memberi alasan apatah lagi alasan yang sama.

7.Tunjukkan kemampuan serta keyakinan diri. Contoh, kalau takder duit buat cara takder duit. Kebanyakkan wanita sebenarnya lebih suka dengan lelaki yang bersikap sederhana biarpun lelaki itu seorang yang kaya raya. Kalau pandai berjenaka, setiap kali bertemu dan berbual-bual, esekali anda boleh buat lawak tapi awas, jangan sampai menonjolkan kebodohan diri. Wanita suka lelaki yang berkarisma, mampu menjadi pembimbing dan melindungi.

8.Jadilah pendengar yang baik dan sentiasa jujur. Sekiranya dia sedang bercerita  tentang sesuatu atau mengadu masalah, anda harulah dengar dan sesekali berikanlah respon atau berikan pendapat bernas. Secara tak langsung menjadikan anda seorang yang memahami. Selalu menyokong dan memberi semangat padanya.

9.Cemburu buta, syak wasangka, membuat tuduhan melulu. Itu antara sebab yang boleh buat hubungan anda tidak berkekalan. Jangan gunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Letakkan kepercayaan padanya dan bukannya mengongkong. Sebaliknya anda perlu bersikap tenang dan tidak mudah melenting. Cuba selesaikan satu-satu perkara itu dengan mengajaknya berbincang secara baik.

10.Hormatinya dan jangan ambil kesempatan, itu penting! Kalau masih dalam peringkat berkawan, sentiasa ingatkan diri yang kalian hanya sekadar kawan. Jangan melebih-lebih. Kalau dalam peringkat sebagai kekasih, anda harus buat si gadis merasa dirinya amat penting, rasa istimewa dan jangan ambil ringan dalam semua perkara.

11.Berikan juga layanan yang baik dan mesra kepada rakan-rakan dan ahli keluarganya. Misalnya bertanyakan khabar keluarganya. Jika rakan-rakan dan keluarga tidak menyukai anda, si gadis juga mungkin akan mempunyai perasaan berbelah bagi terhadap anda.


www.pakarintim.blogspot.com

Kelebihan Menjadi Suami

1


KELEBIHAN MENJADI SUAMI...
 
1. Solat nya adalah 70 kali ganjarannya berbanding orang bujang.

2. Nafkah yang diberinya kepada isteri adalah sedekah..

3. Perjuangan nya mencari rezeki untuk menyara keluarga adalah jihad.

4. Anak-anak nya yang belum baligh pahala amalannya adalah kepada ibubapanya..

5. Anak-anak yang belum baligh meninggal adalah jaminan bagi ibubapanya ke syurga..

6. Setiap suap nasi yang diberi kepada isteri dan anak-anaknya adalah sedekah..

7. “Lelaki dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu..
namun wanita satu akal dan sembilan nafsu..”

8. Lelaki mungkin memikirkan sesuatu perkara itu berkali-kali sebelum melaksanakannya..
namun bagi wanita mungkin lebih pada melaksanakannya serta-merta apabila dirasakan betul.

9. jadi ada sesetengah perkara yang isteri mungkin boleh membantu suami..
Nafsunya sembilan, dikaitkan dengan kelembutan perasaan dan kasih sayang..

10. “Wanita hatinya dimulut.. manakala lelaki mulutnya di hati..”
mungkin yang tidak terungkap oleh lelaki , tetapi senang sahaja diungkapkan oleh wanita..


www.panduansuamisteri.blogspot.com

Tujuh Penyebab Masalah Cepat Pancut

0

Masalah cepat pancut antara gejala yang paling di takuti oleh lelaki. Sebagai panduan untuk anda, berikut adalah tujuh sebab kenapa masalah cepat pancut terjadi:
 
1.Keyakinan yang rendah
Keyakinan rendah suami untuk puaskan isterinya akan jadi penyebab dia alami masalah cepat pancut. Ini kerana dia akan ragu–ragu dalam tindakan dia untuk merangsang isterinya. Ragu–ragu hanya akan merosakkan hubungan seks.

2.Zakar yang terlalu sensitif
Kepala zakar yang terlalu sensitif terhadap rangsangan juga akan jadi penyebab kepada masalah cepat pancut.

3.Tidak pandai bersetubuh
Lelaki yang tiada ilmu yang cukup untuk melakukan persetubuhan pasti akan alami masalah cepat pancut. Ini kerana, mereka hanya ikut nafsu mereka sahaja tanpa memikirkan pasangan.

4.Kurangnya ilmu mengenai organ seksual wanita
Bagi lelaki yang terlalu fokus pada dua organ seksual utama wanita iaitu payudara dan vagina, mereka akan tewas awal kerana mereka rasakan sudah cukup untuk rangsang isteri mereka melalui rangsangan pada dua organ ini. Padahal organ seksual wanita adalah seluruh badan termasuklah pemikiran. Anda perlu rangsang semuanya untuk beri kepuasan pada isteri supaya dia datang inzal.

5.Tertekan
Perasaan tertekan menyebabkan anda ingin cepat tamatkan hubungan seks. Hasilnya, anda akan datang inzal lebih cepat dari isteri.

6.Tidak cukup terangsang
Mereka yang terangsang secara fizikal dan emosi akan sabar untuk menikmati hubungan seks.

7.Marah
Perasaan marah pada pasangan akan menyebabkan anda terleka dari mengatur rangsangan yang sepatutnya.
Jika anda dapat elak dari tujuh penyebab di atas, anda pasti tidak akan alami masalah cepat pancut.


www.pakarintim.blogspot.com

Enam Tanda Lelaki Suka Anda

0

6 tanda-tanda lelaki tersebut suka akan anda:

1) Dia sentiasa utamakan anda.

Contohnya, ketika anda ingin minta pertolongan dia untuk lakukan sesuatu, dia akan berhenti dari kerja yang dia lakukan dan tolong anda tanpa teragak-agak. Malah, dia juga akan tolong anda dengan bersungguh-sungguh dan dia juga akan pastikan perkara tersebut di selesaikan dengan segera.

2) Dia ambil masa untuk bertentangan mata dengan anda.

Lelaki suka akan anda jika dia ambil masa untuk bertentangan mata dengan anda. ini kerana dia rasa berdebar – debar untuk menatap wajah wanita yang dia suka.

3) Dia dapat tangkap isi hati anda.

Seorang lelaki suka akan anda jika dia tahu apa yang anda fikirkan. Dia tahu anda sedang marah, gembira atau apa sahaja mood yang sedang anda ada ketika itu. Dia sedia mendengar masalah anda dan kadangkala dia akan gembirakan anda dengan bermacam cara jika dia tahu anda sedang sedih.

4) Dia tahu banyak hal mengenai anda.
Lelaki akan peka terhadap wanita yang dia suka terutamanya perkara yang disukai dan perkara yang tidak di sukai oleh wanita tersebut. Jika ada lelaki yang mahir mengenai kesukaan dan kebencian anda, dia sebenarnya suka pada anda.

5) Dia renung anda ketika anda tidak melihatnya.

Lelaki yang suka akan anda, dia akan renung anda ketika anda tidak melihatnya. Dia sangat kagum akan diri anda dan ingin sentiasa melihat anda.

6) Dia akan panik jika anda terluka.

Jika anda terluka secara fikzikal atau mental, dialah yang paling risau akan anda. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mengubat luka anda.

- www.panduansuamisteri.blogspot.com