Showing posts with label wanita. Show all posts

Kenali Sista Endometriosis Di Kalangan Wanita

1
Kenali Sista Endometriosis Di Kalangan Wanita 


Merungkai kewujudan sista endometriosis dalam kalangan wanita, Perunding Perbidanan dan Sakit Puan dari Damai Service Hospital, Dr. Mahes Sittampalam memberitahu, semua wanita yang sedang dalam fasa subur berisiko mendapat sista endometriosis.

“Sista endometriosis adalah keadaan di mana tisu yang menyerupai selaput rahim tumbuh di luar rahim seperti di ovari, tiub fallopian, usus, pundi kencing dan pelvis.

“Ia sepatutnya gugur dan menjadi darah semasa datang haid, tetapi sisa-sisa darah yang tidak gugur dan melekat di kawasan lain ini bertukar menjadi sista.

“Keadaan ini menjadikan pesakit berasa tidak selesa dan sakit di kawasan bawah perut dan belakang setiap kali datang haid ataupun ketika mengadakan hubungan suami isteri,” jelasnya.

ENDOMETRIOSIS juga merupakan punca utama ketidaksuburan wanita.

Menurut Mahes lagi, tidak hanya mendatangkan rasa tidak selesa, endometriosis juga merupakan punca utama ketidaksuburan wanita.

“Sista yang terdiri daripada gumpalan darah lama itu biasanya melekat di kawasan tiub fallopian dan ovari.

“Jika keadaan ini berlaku, ia akan menghalang laluan sperma untuk sampai ke telur.

“Jika berlarutan, sista boleh membesar dan pesakit sukar untuk hamil,” katanya.

Mempunyai ciri-ciri seperti barah iaitu boleh membesar dan merebak, bagaimanapun, pesakit tidak perlu risau kerana sista tidak boleh bertukar menjadi kanser.

“Pesakit kebiasaannya mengalami senggugut teruk, pendarahan yang banyak, sakit semasa buang air besar atau kecil, cirit-birit atau sembelit.

Hamil

“Senggugut yang teruk dikaitkan dengan sista yang membengkak disebabkan rangsangan estrogen yang dirembeskan semasa haid.

“Tompokan sista yang pecah pula akan memburukkan keadaan kerana perut akan mengalami kekejangan berganda,” katanya.

Boleh dikesan melalui gejala-gejala yang dihadapi pesakit, tompokan darah lama ini diakui sukar untuk dikesan menggunakan ujian ultrabunyi atau ujian imbasan.

“Kaedah terbaik untuk memastikan pesakit itu mendapat endometriosis adalah melalui ujian laparoskopi di mana kita akan memasukkan tuib berkamera di sekitar kawasan peranakan.

“Pembedahan hanya dilakukan jika ukuran sista sudah melebihi lima sentimeter dan wanita tersebut ingin mengandung.

“Jika sista yang ditemui kecil, ia boleh dikawal dengan mengambil suntikan Danazol, Lucrin Depot ataupun Depo-provera. Pil perancang juga boleh digunakan dalam sesetengah kes,” ujar Mahes.

Kehadiran sista bagaimanapun tidak akan mengganggu tumbesaran janin sekiranya pesakit hamil.

“Endometriosis melekat di luar kawasan rahim. Jadi, janin tidak ada masalah untuk membesar.

“Namun, jika sista terus membesar dan memberi simptom kesakitan mengejut kepada si ibu sepanjang tempoh kehamilan, pembedahan untuk membuang sista perlu dilakukan.

“Jika tidak, kita hanya memeriksa tumbesaran sista tersebut. Malah, kalau pesakit hamil, ia adalah petanda bagus kerana mengandung adalah rawatan semula jadi untuk sista ini.

“Apabila wanita hamil, rangsangan estrogen yang hadir setiap kali datang haid akan terhenti untuk tempoh 10 bulan atau lebih.

“Keadaan ini menyebabkan sista mengecut dan hilang secara semula jadi,” katanya yang pernah merawat pesakit yang mempunyai sista sebesar 20 sentimeter.


Perbezaan Mata Lelaki dan Mata Wanita

0

"HARAPKAN abang cari, sampai besok pun tak jumpa!" ataupun "kalau cermin mata tu ular, dah lama abang kena patuk!"

Jangan tidak mengakulah, saya percaya ramai suami pernah jadi sasaran kata-kata isteri yang seperti ini. Apa puncanya? Adakah ia semata-mata kerana lelaki selalunya tidak fokus, pemalas atau mengada-ada untuk mengharapkan isteri sahaja mencari barang hilang yang selalunya berpunca daripada kecuaian mereka sendiri.

Yang peliknya, apabila isteri yang cari, mudah pula barang itu ditemui.

Sebenarnya, ramai yang tidak perasan bahawa apa yang berlaku ini bukan kebetulan tetapi disebabkan mata juga fokus otak lelaki dan wanita ketika memandang sesuatu sememangnya berbeza. Mata lelaki dan wanita dijadikan bukan sahaja tidak serupa malah tidak sama. Ini dinyatakan dalam buku Why Men Do Align Leftn’t Listen and Women Can’t Read Maps.

Pengkaji dan penulis buku itu, pasangan Allan dan Barbara Pearce menyatakan bahawa perbezaan itu bukan sahaja dari sudut biologi ataupun fizikal tetapi juga dalam bentuk kebiasaan yang diwarisi sejak beribu-ribu tahun lalu.

Satu lagi contoh, lelaki biasanya akan menoleh dan memberikan masa yang lama untuk melihat wanita cantik yang lalu di hadapannya. Adakah wanita sebaliknya 'terpelihara' daripada berkelakuan seperti itu jika mereka dilintasi oleh lelaki kacak?

Sebenarnya tidak. Seperti lelaki, mereka juga ada keinginan yang serupa namun tindakan mereka disembunyikan oleh keupayaan mata mereka yang mampu melihat dalam liputan pandangan lebih 180 darjah.

Ini disebabkan mata wanita mempunyai lebih banyak sel jenis kon dalam retinanya yang tidak memerlukan mereka untuk menoleh untuk melihat sesuatu yang menarik perhatian.

Justeru dalam keadaan ini, wanita boleh menyembunyikan kenakalan mereka.

Dalam kes mencari barang hilang pula, sejak zaman primitif, tugas lelaki adalah memburu untuk mencari makanan manakala wanita menjaga anak-anak di tempat tinggal. Sebagai pemburu, lelaki dipersiapkan mata dan otaknya untuk melihat banyak objek dalam persekitaran yang sempit.

Dengan itu, otak mereka secara automatik akan menyempitkan penglihatan untuk menumpu kepada binatang buruan. Wanita pula yang menjaga tempat tinggal, otak mereka diprogramkan untuk memproses semua maklumat visual yang masuk di dalam lingkungan yang lebih luas.

Inilah yang memberi kelebihan kepada mereka untuk lebih mudah temui barang hilang berbanding lelaki.

Satu perkara lagi, mata lelaki mempunyai sel M yang lebih banyak berbanding mata wanita. Sel M adalah sel mata yang sensitif terhadap pergerakan manakala sel P adalah sel mata yang sensitif terhadap fokus mata.

Ini juga membantu kita untuk lebih memahami mengapa lelaki sering gagal mencari barang hilang terutama barang ‘mati’ yang tidak bergerak seperti dompet, kunci kereta dan sebagainya. Mereka sebaliknya lebih cekap mengesan binatang buruan yang bergerak sepantas kilat!

Sel P pula mendorong wanita untuk tertarik pada warna terutama warna yang terang, begitu juga corak hingga mereka menjadi begitu teliti dalam pemilihan warna dan corak pakaian.

Demikianlah. ALLAH menjadikan lelaki dan wanita sememangnya terlalu banyak perbezaannya jika mahu diteliti, sama ada yang kita sedari atau tidak sedari. Dan perbezaan ini sudah tentu ada sebab musabab dan hikmahnya yang tersendiri.

Kepada suami-suami, kalaulah anda dileteri lagi kerana gagal mencari barang yang hilang, beritahu isteri, itu bukan masalah anda seorang tetapi semua lelaki di dunia ini. Jurang perbezaan bukan untuk dilebarkan tetapi untuk kita saling memahami, memenuhi dan juga berkasih sayang.

Wanita dan Cairan.. 80% Wanita Tidak Mengetahuinya..

0

Mungkin ada antara kita para wanita yang kurang arif dengan apakah sebenarnya perbezaan cairan yang keluar dari badan kita. Perkara ini perlu dititikberatkan dalam menjaga ibadah sebagai seorang muslim. 
Maka perkara sebegini perlu diketahui dengan sejelas-jelasnya agar kita tidak was-was dalam terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Berikut adalah antara soal jawab yang terkumpul tentang cairan yang keluar daripada tubuh para wanita.

1) Apakah yang dimaksudkan dengan cairan kuning (ash-shufrah)? Jawab : Cairan berwarna kekuning-kuningan yang keluar dari kemaluan wanita. 

2) Apakah yang dimaksudkan dengan cairan keruh atau kotor (al-kudrah)? Jawab : cairan keruh yang berwarna kemerah-merahan, yang keluar dari kemaluan wanita (Syaikh Ibnu Utsaimin) 

3) Apakah yang dimaksudkan dengan gumpalan putih (al-qashshah)? Jawab : Cairan putih yang dikeluarkan rahim ketika terputusnya haid. (Syaikh Ibnu Utsaimin)

4) Apakah darah kotor dan cairan berwarna kuning yang keluar sebelum haid diketegorikan sebagai darah haid? Jawab : Jika cairan tersebut yang keluar tersebut merupakan bahagian awal dari darah haid, maka ia boleh dikategorikan sebagai darah haid. Hal ini boleh diketahui dari munculnya rasa sakit dan memulas yang kebiasaanya dirasakan wanita ketika datang haid. Bila tidak ada tanda-tanda tersebut, maka yang bersangkutan masih dalam keadaan suci.(Syaikh Ibnu Utsaimin)

5) Apakah bila darah dan cairan berwarna kekuningan masih keluar (setelah haid) maka kita belum dalam keadaan suci? Jawab : Sebaiknya tunggu sampai habis atau hilang sebab darah kotor (cairan) yang keluar bersambung dengan keluarnya darah haid tetap dianggap darah haid. (Syaikh Ibnu Utsaimin)

6) Apakah segala sesuatu yang keluar dari kemaluan wanita tanpa ada dorongan syahwat mewajibkan mandi hadas? Jawab : Tidak (Syaikh Ibnu Utsaimin)

7) Apakah yang dimaksudkan dengan wadi? Jawab : Cairan yang keluar bersama dengan air kencing. Hukumnya najis, sama dengan air kencing, sehingga diwajibkan untuk membersihkannya tetapi tidak wajib mandi.(Jawatankuasa Tetap Bidang Fatwa)


Asas yang perlu ada pada calon pasangan suami-isteri

0
 
 
Asas yang perlu ada pada calon pasangan suami-isteri

Ada anak gadis yang kelihatan comel rupa-parasnya, sopan santun dan lembut tutur langkahnya tetapi setelah bernikah baru diketahui dia rupanya ada peribadi lain yang tersembunyi. Siapa boleh tahan kalau tiap-tiap hari minta cerai? Mengugut untuk bunuh diri dan mengancam akan menikam suami sewaktu tidur jika permintaannya tidak dipenuhi?

Biarpun cantik rupanya, bertudung labuh dan ada kalanya meletak 'pic profile' gadis berpurdah di facebook namun suami tak bahagia lantaran hari-hari terseksa batin dan jiwa dengan perangai si isteri.

Ada pula sang jejaka yang kacak dan tampan, Islamik dan beragama namun tangannya mudah sekali naik ke muka isteri. Ada pula jejaka yang romantik dan mempesona jiwa tetapi hakikatnya dia bernafsu kepada kaum sejenis. Ada pula lelaki yang berjanggut dan berjubah namun dalam diam memuja fahaman dan sosok gurunya sehingga kerana fahaman taasubnya itu habis porak-peranda rumahtangga.

Manusia memang tidak akan sempurna tetapi perlulah ada batas yang perlu dipatuhi. Seperti kata Abdullah bin Mas'ud RA;
المؤمن يطبع على الخلال كلها إلا الخيانة والكذب
'Seorang mukmin dapat terbentuk wataknya berdasarkan kekurangan apa saja kecuali khianat dan dusta.' [al-Ibanah al-Kubra, Ibn Battah]

Jadi dalam membuat keputusan tentang siapakah calon teman hidup, baik suami atau isteri maka pastikanlah paling kurang 3 ciri berikut tak tergadai oleh janji manis dan emosi atau hormon yang menguasai diri iaitu;

1. Teguh peribadi bukan macam lalang, setiap malam berubah keputusan. Biarlah kata-katanya boleh dipegang, janjinya boleh dipercayai.

2. Tidak mudah putus asa dan lemah diuji, jangan baru sedikit kena tempias hujan sudah mengadu tidak tahan basah. Itu belum dicampak berenang dalam lautan api....

3. Hatinya lembut, mudah ditegur dan senang dibimbing, tidak ego dan senang mentaati suami atau menerima nasihat isteri. Bukan sombong dan bongkak bagaikan Raja dan permaisuri bani Israel, semua cakap mahu disanggah, semua yang tak kena mahu dikomen dan dikritik, susah sekali untuk redha dan menerima dengan syukur dan lapang dada.

Andai tiada tiga asas di atas, biarlah berjubah sampai ke kaki, janggut panjang sampai ke buku lali atau bertudung labuh dan comel serta cantik bagaikan model iklan ubat gigi, simpanlah kecantikan itu kerana ianya tak membantu dalam kehidupan suami-isteri!
 
 
Sumber.Emran Ahmad

Isteri Meminang 'MADU'

1

Se sampainya di Istana Budaya, lokasi yang sudah dijanjikan untuk bersua muka, hanya kelibat Datuk Zulkifli Zain sahaja yang kelihatan.

Ditanya di mana isterinya, Zulkifli Zain memberitahu isterinya ada di ruang dalam. Tidak mahu isterinya berpanas di luar, melihat kelibat saya barulah dipimpinnya si isteri untuk ditemu bual.

Benar, saat usia perkahwinan sudah menginjak ke usia 39 tahun, masih terlihat betapa romantis hubungan cinta mereka.

Hampir satu jam menemu bual pasangan ini, Normala sempat berkongsi sebuah cerita yang bukan sahaja mengejutkan, malah rasanya tidak sanggup dilakukan oleh wanita lain yang bergelar isteri.

Masakan tidak, Normala pernah meminang seorang gadis untuk dijadikan isteri buat suaminya atas rasa cinta kepada rumah tangga yang dibina.

Zulkifli yang ketika itu diam mula berkongsi cerita ketika bagaimana isterinya mula mengetahui bahawa dia sedang mengenali seorang gadis.

“Saya tidak nafikan, isteri memang memberi kebebasan kepada saya sehingga kini. Saya boleh keluar berjumpa rakan-rakan, bila-bila masa sahaja.

“Memang dia ada telefon sekiranya saya keluar terlalu lama, tetapi dia bertanya apa yang saya buat bermakna dia mengambil berat tentang saya," jelasnya.

Tetapi lelaki juga ada nakalnya dan Zulkifli sendiri menceritakan bagaimana dia menyalah gunakan kepercayaan yang diberikan isterinya.

“Ketika dia tahu saya menaruh hati pada seorang gadis, dia cakap mahu berjumpa dengan gadis itu dan mahu meminang untuk pihak saya.

“Masa itu, dia sendiri yang pergi meminang, mungkin dia tidak mahu saya terjebak dengan dosa atau sebagainya.

“Malah, ketika itu, isteri menyuruh saya untuk duduk di belakang bersama dengan gadis itu sementara dia memandu kereta," kongsinya.

Tambah Zulkifli, mungkin sudah ditakdirkan tiada jodoh, perkahwinan itu tidak menjadi dan bila difikirkan semula, itu menunjukkan pengorbanan isteri kepadanya.

Bagi Normala, tipulah jika dia tidak mempunyai secubit perasaan cemburu. Tetapi baginya, apa guna untuk memaksa seseorang itu untuk kekal mencintai dirinya seorang.

“Masa itu memang tidak boleh terima suami bercinta dengan gadis lain. Apatah lagi mengenangkan perkahwinan kami sebelum ini mendapat tentangan keluarga.

“Tapi saya fikir kembali, kalau saya tak beri kahwin, dia akan buat juga di belakang dan saya tidak mahu ia menjadi sesuatu yang lebih buruk.

“Cuma saya dah pesan awal-awal, sekiranya dia berat sebelah, maka saya akan minta dia untuk berpisah dengan saya," katanya.

Tetapi jodoh pasangan ini lebih kuat. Biarlah badai memukul bahtera, jodoh mereka tetap kuat dan romantisnya hingga kini.

Kerana sepasang kebaya

Dari mata turun ke hati.Itu kesimpulan yang boleh dibuat bila mendengar kisah bagaimana hati Zulkifli buat pertama kali tertaut dengan isterinya.

Menceritakan detik yang masih diingati jelas itu, cerita Zulkifli, ketika itu dia dan Normala berada dalam satu kumpulan tarian telah dijemput untuk menghadiri majlis keraian di rumah salah seorang Menteri Kebudayaan ketika itu.

“Pada malam itu, saya seperti terpukau melihat Normala. Dia tampak istimewa dan dengan sekali pandang, saya terus terpaut hati.

“Ketika itu saya memang suka dengan wanita berkebaya dan Normala pada malam itu tampil dengan kebaya dan bercucuk sanggul," katanya tersenyum mengingat kisah manis itu.

Ketika majlis tari menari, Zulkifli tampil memaut tangan Normala mengajaknya untuk menari.

“Ketika itu, joget lambak ini memang biasa. Masa itu, saya terus terang dengan dia. Saya cakap, you nak kahwin dengan I tak?"

Normala yang mendengar kisah ini menyelit.

“Bukan macam itu dia cakap. Masa tari menari itu, dia terus cakap, jom kahwin. Saya pula masa itu terus balas, 'jom," kata Normala menahan tawa.

Menyambung bicara, Zulkifli memberitahu, selepas dia menyatakan hasratnya itu, baharulah mereka mula berbincang untuk berkahwin dan bermulalah episod cinta mereka.

“Ketika hendak berkahwin, ibu bapa Normala tidak beri kebenaran apatah lagi beza umur kami 11 tahun. Dia ketika itu baharu berusia 17 tahun.

“Masa itu, ibu bapa Normala menyuruh dia untuk berhenti kerja sebagai penari supaya kami tidak dapat berjumpa lagi, " ujarnya.

Tambah Zulkifli, mungkin sudah jodoh, mereka berkahwin dan ketika itu, dia sedar, ibu bapa mertuanya tidak suka dengan dirinya.

“Hendak buat bagaimana, kami saling mencintai. Tetapi saya pun ada cuba mengambil hati kedua ibu bapa mentua selepas berkahwin.

“Alhamdulillah, selepas kami menimang cahaya mata (Norzizi) baharulah mentua mula menerima saya sebagai menantu," katanya yang sedikit pun tidak berkecil hati.

Suami banyak membantu

Dari luaran, nampak Normala ceria sahaja. Hakikatnya keadaan hidupnya agak terjejas ekoran masalah matanya yang kini buta sebelah kiri akibat penyakit kencing manis semenjak lebih dua tahun lalu.

“Suatu hari, ketika bangun pagi, saya langsung tidak nampak apa-apa. Masa itu memang rasa tertekan dan menangis sebab semuanya dah gelap. Ketika itu, bermacam-macam perasaan negatif mula bermain di minda. Malah, ada ketika saya merasakan suami saya akan meninggalkan saya," katanya.

Di sebalik pemikiran negatif itu, Normala sangat bersyukur kerana dikurnia seorang suami yang begitu mengambil berat tentang dirinya.

"Sekarang saya sudah mampu menerima hakikat. Anak-anak dan cucu-cucunya banyak memberi semangat. Ini dugaan tuhan dan saya terima dengan hati yang reda dan kita memohon yang terbaik untuk diri," jelasnya, pasrah.

Bagi Zulkifli, mana mungkin dia akan meninggalkan isterinya saat wanita itu memerlukan dia sebagai kekuatan dalam hidupnya.

“Saya akan bantu dia. Malah, makan pun saya yang suapkan. Bukan sebab tak nampak, tetapi saya buat sebab itu menjadi pengikat kasih kami. Memasak pun saya yang buat sekarang ini. Saya akan tanya apa yang dia hendak makan, dan saya akan masakkan untuk dia," jelas Zulkifli.

Sepuluh Fakta Tentang Wanita

0

10 FAKTA MENAKJUBKAN TENTANG WANITA
********************************
1. Kajian oleh Universiti Illinois mengatakan wanita lebih penyayang dan setia berbanding lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda, “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Lelaki hanya mampu menahan kesakitan sehigga 47 Del tetapi wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin. Itu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak. Khas untuk lelaki, hargailah ibu dan isteri anda 

3. Wanita suka menangis tetapi bukan tanda mereka lemah. Wanita menangis untuk mencari dan mendapatkan kembali kekuatan diri.

4. Wanita suka ‘shopping’ sebab itu sahajalah masa di mana mereka rasa dapat mengawal keadaan mengikut kehendak mereka.

5. Mengikut kajian, dalam keadaan stress atau situasi tidak terkawal, lelaki cenderung untuk mengelak tetapi wanita cenderung memilih untuk menyelesaikannya.

6. Kajian menunjukkan memori wanita lebih kuat berbanding lelaki terutama perkara yang berkaitan dengan emosi. Sebab itu wanita lebih sensitif.

7. Naluri wanita lebih kuat dari lelaki. Ibu lebih bersikap melindungi dan tahu secara semulajadi bila situasi merbahaya untuk anak sedangkan bapa perlu berfikir sejenak sebelum sedar akan bahaya.

8. Rasulullah S.A.W bersabda, “ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.”

9. Wanita yang menyusui anaknya akan diberi satu kebajikan bagi setiap teguk susunya.

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu 

Wanita Oh Wanita

0


WANITA OH WANITA..

Ketika Allah menciptakan wanita,
Malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama, Tuhan?"

Tuhan menjawab, "Sudahkah kamu lihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti dibersihkan, setidaknya terdiri dari 200 bahagian yang boleh digerakan & berfungsi baik agar dapat mengolah berbagai jenis makanan...
Mampu memberikan kenyamanan bagi anak-anaknya...
Mempunyai pelukan yang menyembuhkan rasa sakit hati & kesengsaraan...
Dan semuanya cukup di lakukan dengan kedua tangan ini...

Malaikat menjawab, "Hanya dengan dua tangan ini?"

"Tetapi...Engkau membuatnya begitu halus & lembut"

"Ya..., AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa"

"Apakah dia mampu berfikir?" Tanya Malaikat

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir, dia juga mampu berunding dan mengutarakan pendapatnya.

Malaikat itu menyentuh dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah & rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya"

"Itu bukan kerapuhan, itu air mata. AKU berikan padanya supaya dia boleh mengekspresikan kegembiraan, kegalauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan rasa bangga"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan"

"Ya....., Harus...!!! Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki...

Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri...

Mampu tersenyum bahkan ketika hatinya menjerit...
Mampu tertawa saat hatinya menangis...
Dia boleh berkorban demi orang yang di kasihinya...
Dia boleh melawan ketidakadilan...
Dia bersorak disaat melihat temannya bahagia...
Hatinya terluka saat melihat kesedihan...
Dia tahu sebuah ciuman & pelukan dapat menyembuhkan luka...
"CINTANYA TANPA SYARAT"

Malaikat sangat kagum, "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya satu hal...Dia terkadang lupa betapa berharganya dia"

18 Perkara Penting Wanita Perlu Faham Tentang Lelaki

0


Wahai kamu wanita, ketahuilah bahawa SEORANG LELAKI itu :

1.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

2.Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.

13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.

15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.

17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.
Jadi terimalah kelemahan lelaki dengan perasaan terbuka. Cuba untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kalau lelaki kurang, wanita kena tambahkan. Kalau wanita kurang, lelaki kena cukup kan. Kena ada check anda balance. Baru lah aman sesuatu perhubungan.

Sekian, Semoga anda hepi, ceria dan bahagia sokmo


www.panduankeluargabahagia.blogspot.com

Jenis Suami yang Isteri Suka

0

Jenis Suami Yang Biasanya Orang Isteri Suka.

a. SUAMI YANG PRIHATIN - Mendengar dengan teliti apa yang ISTERI cakap. Bukan masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

b. SUAMI YANG MENJADI PENAWAR - Rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati ISTERI. Walaupun kurang rupa, tidak mengapa. Yang penting ISTERI sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit, dari sakit mata sampai sakit jiwa raga. Oleh itu hatinya amat perlu dijaga. Kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki, akan menjadi penawar segala bisa.

c. SUAMI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA - Kebebasan itu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak.

d. SUAMI YANG BERHATI-HATI - Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan orang ISTERI . ISTERI kalau memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen. Jadi, biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap.

e. SUAMI YANG WANGI - Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum ISTERI yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum SUAMI wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda dan jangan selekeh.



www.panduansuamisteri.blogspot.com

Fakta Suami Isteri Masa Sekarang

1
[ FAKTA ] YANGG PATUT ANDA TAHU...


Cuba baca dan renungkan fakta-fakta/kisah-kisah yang merisaukan di bawah ini hasil dari Penyelidikan Online yang diperolehi dari 586 isteri/wanita dan kami temui beberapa kebenaran yang mengejutkan… ↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓↓.

70% isteri mengatakan mereka TIDAK PERNAH mencapai puncak orgasme/klimaks semasa melakukan hubungan seksual dengan suami mereka.

65% isteri mengakui sering BERPURA-PURA MENCAPAI ORGASME untuk memuaskan hati suami mereka. Hanya 15% sahaja isteri yang mencapai orgasme lebih dari sekali dalam seminggu.

78% daripada isteri mengaku mereka LEBIH SUKA DIBELAI-BELAI SAHAJA dari melakukan seks memandangkan mereka tidak mencapai kepuasan dari hubungan seksual dengan suami.

Fakta ini dilihat serius dan kebanyakan suami hari ini tidak mengendahkan masalah mereka dan kurang berusaha untuk menyelesaikannya kerana disebabkan MALU atau EGO yang menebal walaupun semua permasalahan bermula daripada para suami. Maka itu setiap kali isteri diajak berjimak, ada saja alasan yang diberikan untuk mengelak. Persepsi mereka, seks adalah untuk keseronokan suami semata-mata. TIDAK TERCABARKAH EGO ANDA???

Sebagai suami, tanggungjawab besar terletak di bahu anda untuk memastikan nafkah ZAHIR & BATIN terhadap isteri anda dapat ditunaikan sebaiknya. Ramai dikalangan isteri yang mengambil sikap mendiamkan diri sekiranya mereka tidak berasa puas. Wahai suami! Renungkanlah sebentar… Anda tidak nampak dengan mata kasar keperluan batin isteri anda. Adakah nafkah batin dia mencukupi ataupun anda cuma melebihkan keperluan zahir sahaja dan terlepas pandang nafkah batin yang lebih mustahak?.



www.pakarseksual.blogspot.com

Cara Terbaik Memikat Wanita

0


Lelaki. Ada yang sekali dia petik jari, berduyun perempuan datang padanya. Ada yang dah puas, macam-macam cara dicuba untuk memikat hati gadis idaman, tak juga dapat-dapat. Siap ada yang juga yang dah mandi bunga. Apapun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan perlu berusaha, selebihnya serahkan pada-Nya. Bercakap tentang memikat wanita, setiap orang punya strategi masing-masing.
 
Sebelum dapat, memang akan cakap. “apa saja untukmu”. Sebetulnya, wanita tak mengharapkan anda melakar namanya di langit biru atau menempah iklan semata-mata untuk menyatakan anda cintakan dia. Cukup sekadar membuat hatinya gembira dengan itu secara tak langsung akan terbitnya bahagia.Berikut cara paling efektif untuk memikat wanita buat arjuna-arjuna “DTPM” (ditolak tapi pantang menyerah).   Memang, tak ada siapa pun yang sempurna di dunia ni, tapi mungkin tips ni boleh buat anda sempurna di mata dan hati si dia.

1.Dah dapat nombor telefon atau dah add twitter atau facebook. Mulakan  langkah pertama sebagai kawan dulu (pelan-pelan kayuh…). Perempuan tak suka lelaki terburu-buru atau bahasa lainnya, gelojoh.

2.Wanita sukakan perhatian. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Selalulah telefon, SMS, email dan sebagainya untuk bertanyakan khabar atau paling tidak Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati anda. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

3.Terima dia seadanya juga cuba memahami dan ambil tahu apa yang digemari dan disukainya. Bila rasa anda berdua punya keserasian dan dah kenal hati budi masing-masing, barulah ke langkah seterusnya, melamar sebagai kekasih hati.

4.Jadilah diri sendiri, sepanjang perhubungan. Tak perlu berpura-pura baik, kalau nak puji biar kena masa. Tak perlu buat-buat tunjuk ikhlas atau kontrol macho sangat. Tapi taklah bermakna anda boleh berkasar sesuka hati. Cuba kawal  emosi dan tabiat buruk ketika anda berdua berjumpa.

5.Wanita suka sikap lelaki yang spontan, peka dan memahami-sesekali anda boleh membuat kejutan kepada si gadis dengan mengirimkan bunga atau hadiah. Tak perlu terlalu romantik sangat tapi janganlah sampai tak ambil berat langsung. Kalau nak buat candylight dinner, tak perlu beria-ria, make it simple!

6.Menepati janji. Kalau dah kata nak jumpa pukul 2pm. Pastikan lebih datang tepat pada masanya. Jangan berulang kali memberi alasan apatah lagi alasan yang sama.

7.Tunjukkan kemampuan serta keyakinan diri. Contoh, kalau takder duit buat cara takder duit. Kebanyakkan wanita sebenarnya lebih suka dengan lelaki yang bersikap sederhana biarpun lelaki itu seorang yang kaya raya. Kalau pandai berjenaka, setiap kali bertemu dan berbual-bual, esekali anda boleh buat lawak tapi awas, jangan sampai menonjolkan kebodohan diri. Wanita suka lelaki yang berkarisma, mampu menjadi pembimbing dan melindungi.

8.Jadilah pendengar yang baik dan sentiasa jujur. Sekiranya dia sedang bercerita  tentang sesuatu atau mengadu masalah, anda harulah dengar dan sesekali berikanlah respon atau berikan pendapat bernas. Secara tak langsung menjadikan anda seorang yang memahami. Selalu menyokong dan memberi semangat padanya.

9.Cemburu buta, syak wasangka, membuat tuduhan melulu. Itu antara sebab yang boleh buat hubungan anda tidak berkekalan. Jangan gunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Letakkan kepercayaan padanya dan bukannya mengongkong. Sebaliknya anda perlu bersikap tenang dan tidak mudah melenting. Cuba selesaikan satu-satu perkara itu dengan mengajaknya berbincang secara baik.

10.Hormatinya dan jangan ambil kesempatan, itu penting! Kalau masih dalam peringkat berkawan, sentiasa ingatkan diri yang kalian hanya sekadar kawan. Jangan melebih-lebih. Kalau dalam peringkat sebagai kekasih, anda harus buat si gadis merasa dirinya amat penting, rasa istimewa dan jangan ambil ringan dalam semua perkara.

11.Berikan juga layanan yang baik dan mesra kepada rakan-rakan dan ahli keluarganya. Misalnya bertanyakan khabar keluarganya. Jika rakan-rakan dan keluarga tidak menyukai anda, si gadis juga mungkin akan mempunyai perasaan berbelah bagi terhadap anda.


www.pakarintim.blogspot.com

Wanita, Wanita, Wanita

0

WANITA, WANITA, WANITA...
 
1. Rasulullah bersabda, maksudnya : “Wanita, apabila dia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, maka masuklah dari mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki.”

2. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang soleh.”

3. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan, kemudian dia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya, maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.”


4. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Perempuan itu aurat maka apabila dia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia.”

5. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haramlah baginya bau syurga.”

6. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas khawin).”

7. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Wanita yang tinggal di rumah bersama anak-anaknya akan tinggal bersama ku dalam syurga.”

8. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apabila seorang wanita mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).”

9. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita pada hari kiamat, tiada nur baginya.”


www.panduankeluargabahagia.blogspot.com

8 Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki

0


Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

1-Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2-Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3-Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4-Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5-Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

6-Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7-Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8-Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

 www.panduansuamisteri.blogspot.com

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

0

Ketahui 7 Sikap Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.



www.panduansuamisteri.blogspot.com

6 GOLONGAN WANITA YG KURANG LAYAK DIJADIKAN ISTERI

0

Khas buat bakal suami mahupun bakal isteri..Sila baca dan berhati-hati dengan 6 golongan wanita dibawah...Semoga menjadi teladan kepada kita semua...

6 GOLONGAN WANITA YG KURANG LAYAK DIJADIKAN ISTERI

Silahkan luangkan waktu sejenak untuk membacanya;

1). Al -Anaanah


Banyak keluh kesah. Yg selalu merasa tak cukup, apa yg diberi semua tak cukup. Selalu ingin memenuhi kehendak nafsu sendiri, tanpa memperhatikan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. apa yg suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yg tak cukup.

2). Al-Manaanah


Suka mengungkit. Kalau suami melakukan hal yg dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. sangat senang membicarakan suami: tak ingat budi, tak bertanggung jawab, tak sayang, dll. Padahal suami sudah memberi perlindungan macam2 padanya.

3). Al -Hunaana

Ingin pada suami yg lain atau berkenan kepada lelaki yg lain. sangat suka membanding-bandingkan suaminya dgn suami/lelaki lain. Tak ridha dengan suami yang ada. (Naudzubillah)

4). Al- Hudaaqah

Suka memaksa. Bila ingin sesuatu maka dipaksa suaminya melakukan. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dgan berbagai ancaman: ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami, dll. Suami dibuat seperti budaknya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5). Al-Hulaaqa

Sibuk bersolek atau tidur atau santai2 dll hingga lalai dgn ibadah, seperti shalat berjamaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak, dll.

6). As-Salaaqah


Banyak berbicara, menggosip. Siang malam, pagi petang asik menggosip terus. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya.

Zaman sekarang bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telfon, SMS, internet (facebook), BBM dan macam-macam cara yang lain.

Semoga yang membaca tulisan ini tidak termasuk 6 golongan diatas,,, Dan smoga Allah selalu redha dengan apa yang kita lakukan...