Showing posts with label Suami Bermasalah. Show all posts

Sukar Hamil Berpunca Daripada Suami

1

1.Kegagalan dalam proses spermatogenesis (proses penghasilan sperma)

Proses penghasilan sperma memerlukan kilang penghasilan sperma yang normal iaitu testis dan suhu yang rendah sedikit daripada suhu badan manusia yang normal.

Oleh yang demikian, testis perlu berada di skrotum (kantung di belakang zakar) kerana suhu di skrotum adalah lebih rendah daripada suhu badan manusia. Jadi kegagalan di dalam proses penghasilan sperma boleh disebabkan oleh: 

- Testis yang berada pada tempat yang tidak normal (Undescended testes) 

- Penyakit varicocele (saluran darah dari testis yang tersumbat), mandian wap atau air panas, seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada nilon atau yang bukan diperbuat daripada kapas. 

- Sejarah jangkitan beguk (mumps) yang menyebabkan inflamasi dan jangkitan pada testis dan merosakkannya. 

- Terdedah kepada radiasi yang merosakkan benih-benih sperma di dalam testis. 

- Kuat merokok (menyebabkan kualiti sperma tidak memuaskan, pengeluarannya rendah dan kekurangan oksigen pada saluran yang menyambungkan testis). 

- Faktor genetik (klinefelter’s syndrome yang dicirikan oleh mempunyai tubuh badan yang tinggi, buah dada yang besar seperti wanita, dan pengecutan testis). 

- Ubat-ubatan tertentu seperti anti-epilepsi, ubat anti-hypertensi, beberapa jenis antibiotic dan kemoterapi.

2. Cecair semen yang tidak normal

Cecair semen yang mempunyai kandungan gula fruktosa dan prostaglandin yang rendah atau mempunyai kepekatan yang tinggi (high viscosity).

3. Kegagalan proses pengangkutan sperma 

Kedua-dua saluran vas deferens yang tersumbat yang disebabkan jangkitan gonorea atau tuberculosis.
Tersumbat kedua-dua saluran vas deferens akibat komplikasi daripada pembedahan inguinal hernia.
Saluran air kencing tersumbat.

4. Kegagalan memancutkan air mani ke dalam faraj seperti di dalam kes kegagalan zakar untuk menegang dan mengeras, pancutan air mani pra-matang, pancutan ke belakang dan bukaan lubang zakar bukan pada tempat yang normal (penile or scrotal hypospadias).

Saya mencadangkan pengamalan suplemen Proxeed Plus kerana bahan di dalam Proxeed Plus telah terbukti secara saintifik mampu membaiki kualiti sperma terutama dari segi bentuk dan pergerakannya.

Isteri Kecewa Suami Gila Bayang Dengan Isteri Orang

1
Saya sudah berumah tangga lebih daripada lapan tahun. Mahligai kami memang membahagiakan. Saya mempunyai dua anak dan bakal menerima seorang lagi awal tahun depan. Saya memulakan kerjaya di selatan tanah air.

Berkat doa dan rasa cinta pada suami, saya berpindah ke utara bagi memenuhi tanggungjawab sebagai isteri yang sepatutnya sentiasa berada di sisinya. Hampir tiga tahun kami duduk bersama, tiada rintangan dan kami bahagia. Malangnya kasih saya pada suami tergugat dengan kehadiran orang ketiga.

Dia bekas rakan sekolah suami. Punah harapan saya. Berkali-kali saya mohon pada suami agar kembali setia tapi dia menolak. Lebih sedih apabila memikirkan suami merancang bernikah dengannya sungguhpun tahu wanita itu masih isteri orang.

Puas saya berdoa, manakala rakan banyak memujuk dan menyuruh saya bersabar. Saya kecewa dia langsung tak pernah memikir kesusahan yang saya alami sewaktu kami bersama. Suami kerap marah apabila saya menyebut mengenai wanita itu.

Saya tak pernah curang, malah apa juga kemahuan suami saya turutkan. Saya tertekan dengan keadaan ini seperti ‘habis madu sepah dibuang’. Mungkin Dang Setia boleh memberikan nasihat pada suami saya agar dia dapat memahami sebelum segala-galanya terlambat.

Gambar Hiasan


IDA
Sungai Petani, Kedah


Dugaan puan sungguh besar apabila pada saat memerlukan suami, dia pula bermain cinta dengan bekas rakan sekolahnya. Tambahan pula apabila puan mengambil pendekatan menasihati suami, dia enggan mendengar kerana sudah gila bayang dengan kekasih hati.

Bagi Dang Setia, cinta suami pada kekasihnya yang masih isteri orang itu amat tidak rasional dan hanya godaan nafsu semata-mata. Perbuatan suami bukan saja menjejaskan kehidupan puan sekeluarga, tetapi banyak hati yang terbabit.

Perbuatan mencintai isteri atau suami orang punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga, dan amat dimurkai Rasulullah SAW yang digambarkan menerusi hadis:

“Bukan dalam kalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya” (Riwayat Abu Daud : 2175)

Justeru, puan perlu lebih sabar mengendalikan kecurangan suami. Dalam situasi ini, dia seakan-akan sudah angau dan dilamun cinta terlarang menyebabkan puan dan anak-anak disisihkan.

Puan perlu bijak memujuk serta menarik perhatian suami untuk memberi tumpuan kepada keluarga. Selain itu, sedarkan suami dengan perasaan sayang puan terhadapnya. Hangatkan kembali hubungan dengan kenangan ketika bercinta serta berdoa agar memberi kekuatan kepada puan terus sabar menghadapinya.

Kisah Benar Isteri Tidak Pernah Disentuh Suami!!!

0
TUBUH SAYA TIDAK PERNAH DISENTUH SUAMI | ADA sesuatu tentang dia yang gagal saya kesan meski pun telah berkenalan bertahun-tahun lamanya. Zahirnya perkahwinan kami nampak bahagia di pandangan keluarga dan sahabat handai.

Tapi di sebalik senyuman manis dan kebahagiaAn itu, terselit duka yang akhirnya membawa kepada penceraian.

Sukar dinyatakan puncanya, perkahwinan yang berusia setahun lebih yang cuba dipertahankan akhirnya kecundang jua.
                                              Mia, 30, Selangor  Gambar Hiasan

Saya dan suami membina hubungan atas dasar cinta yang membawa kami ke gerbang perkahwinan.

Namun, saya tidak menyangka suami tidak dapat menjalankan kewajipan dengan sempurna.

Sebagai isterinya yang sah saya tidak pernah menerima hak batin yang sepatutnya dia berikan.

Kesibukan tugas si suami sering kali diberikan alasan, dan hampir enam bulan berumah tangga, saya masih belum disentuhnya.

Hanya doa dan air mata, penguat semangat. Kehidupan kami sebagai suami isteri seolah-olah ‘berpura-pura’.

Kelihatan bahagia di depan orang, sedangkan asing di rumah sendiri. Sering kali apabila ditanya, bila akan menimang zuriat saya hanya tersenyum kelat.

Saya hanya mampu memberikan jawapan, rezeki belum tiba lagi. Hanya ALLAH SWT memahami apa yang saya rasakan. Kepada keluarga kedua belah pihak, saya cuba rahsiakan. Bimbang mengaibkan suami.

Pada awalnya, saya memikirkan yang suami mempunyai masalah kesihatan dan sebab itu dia seringkali mengelak dengan memberi pelbagai alasan. Oleh sebab itu, saya cuba mencari alternatif sendiri dengan mendapatkan khidmat ustaz yang boleh merawat.

Saya juga berusaha membawa suami mendapatkan nasihat doktor pakar. Namun, ikhtiar saya mendapat reaksi negatif suami.

Pelbagai alasan diberikan. Akhirnya, segala usaha hanya sia-sia. Suami mula berubah tingkah laku. Dia tidak pulang ke rumah dengan alasan kerja lebih masa.

Pembohongan demi pembohongan, katanya kursus sana sini. Alasan yang kadang kala tidak masuk akal. Saya mula hilang sabar.

Penat dengan kerenah dia yang tidak cuba menyelesaikan masalah, sebaliknya mengusutkan lagi keadaan kami.

Setahun lebih memandam perasaan, saya nekad ke pejabat agama. Sesi kaunseling antara kami diharapkan dapat menyelamatkan hubungan.

Sangkaan saya meleset. Rupa-rupanya, dia bernafsu terhadap lelaki. Saya akhirnya redha. Puas saya berusaha, tapi ini balasannya. Mungkin perkahwinan ini tiada ertinya bagi dia lagi.

Akhirnya saya nekad bercerai. Jika diteruskan lagi, hidup saya akan lebih derita.
Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya boleh membuat beberapa tuntutan atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah.

Tuntutan-tuntutan itu ialah, tuntutan mutaah, tuntutan nafkah eddah, tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak), tuntuan nafkah anak, tuntutan harta sepencarian dan tunggakan hutang.

Bagaimanapun, tuntutan tuntutan ini tertakluk kepada syarat dan kebenaran Mahkamah Syariah selepas melalui prosedur tertentu yang ditetapkan mahkamah.

Si isteri boleh membuat rujukan kepada pihak-pihak sepatutnya untuk mendapatkan maklumat dan prosedur permohonan, sama ada menerusi lantikan peguam atau ke pejabat ugama berdekatan.

Dalam hal puan tadi, yang mana mempunyai suami yang cenderung kepada lelaki dan tidak mampu memberikan nafkah batin kepada si isteri, isteri wajar meminta cerai.

Sekiranya suami setuju cerai cara biasa tidak ada masalah bagi kedua-dua pihak. Namun, sekiranya suami tidak setuju menceraikan isteri, isteri boleh membuat permohonan fasakh di mahkamah.

Dan alasan itu (suami tidak pernah sentuh) adalah alasan kukuh untuk mahkamah membenarkan permohonan cerai.

Dari segi tuntutan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira mengenai tuntutan apakah yang boleh dibuat isteri.

Dalam kes ini, isteri yang tidak disentuh suami bererti masih anak dara. Oleh yang demikian isteri tidak mempunyai tempoh edah ketika bercerai.

Isteri tidak perlu menjalani edah selama tempoh tiga bulan seperti disyariatkan agama sebaliknya bebas dinikahi pada bila-bila masa selepas bercerai.

Isteri boleh membuat tuntutan mutaah atau saguhati perkahwinan daripada suami. Dan sekiranya dalam tempoh selama perkahwinan suami tidak pernah memberi nafkah kepada isteri, isteri boleh menuntut nafkah tertunggak daripada bekas suami melalui mahkamah.

Begitu juga dengan soal harta sepencarian. Isteri boleh membuat tuntutan harta sepencarian daripada suami.

APA KATA PAKAR, 
Datuk Amli Embong, Peguam Syarie

www.panduansuamisteri.blogspot.com

Dialog Perkara Suami Tak Suka Isteri Buat

2

Antara perkara-perkara yang kebanyakan suami tak suka isteri buat
Adakah anda isteri yang tergolong dalam golongan ini?


(Disertakan dialog spontan isteri atau suami)

1. Kacau suami yang sedang tengok tv
Isteri: Abang tengah buat apa tu, mari lah tengok sini bang, gigi depan anak kita dah tumbuh.

2. Alihkan barang suami
Suami: Yah,laptop abang atas peti sejuk ni mana Yah? janganlah alih-alihkan barang abang, susah abang nak cari.

3. Banyak bertanya, termasuklah bertanya perkara yang remeh-temeh
Isteri: Bang, abang rasa jerawat Mah atas hidung ni nak dipecahkan ke tak?

4. Memesan suami membeli barang dalam perjalanan pulang dari pejabat

(lepas tu banyak sangat songehnya)
Isteri: Hello,bang, serbuk kunyit dah habis lah,abang tolong belikan ya, jangan lupa tau bang, , beli serbuk kunyit cap adabi ya jangan beli cap allagapas, tak kuning sangat. Eh satu lagi, ubat gigi pun habis. Beli jenama Geli, jangan beli Darlie, ingat tau bang.

5. Menceritakan rahsia suami kepada orang lain.
Isteri : Sebenornya suami saya tu banyak bisul kadang kadang tumbuh tang perut, kadang-kadang tumbuh tang punggung.

6. Ketawa dan bercakap kuat di telefon (terutama di hadapan orang ramai)
Suami: Awak kalau bercakap kat telefon suara macam raksaksa nak beranak. Malu saya.

7. Berpakaian selekeh
Suami: Ini baju ke kelambu yang awak pakai ni?

8. Mengejut suami yang sedang tidur
Suami: Awak ni, saya baru tidur 10 jam, awak dah kejutkan, kalau saya tak cukup tidur macam mana? Saya juga yang mengantuk.Kalau saya mengantuk, siapa yang susah,?awak juga yang susah.

9. Berleter siang malam, pagi petang
Suami: Abang rasa baik Kiah masuk pertandingan pidato, mesti Kiah Johan
Isteri; Memang Kiah nak masuk ni, abang apa tau, Kiah penat tau, kiah bla,,,,bla,,,bla
(Bila nak habis da...)

10. Menghalang pandangan suami yang sedang menonton televisyen
Suami: Amboi,cantiknya punggung dok tayang-tayang depan tv!

11. Membuka bungkusan barang di pasaraya
Isteri: Cepat bang, orang tak nampak, bukak le plastik baju ni cepat, ayang nak tengok. (isteri macam ni ade ye?)

12. Pergi rumah adik-beradik perempuan tak tau nak balik-balik
Suami: Yam, abang rasa lain kali, bawaklah tilam batal kat rumah adik awak, senang, boleh cerita sampai pagi.



www.panduansuamisteri.blogspot.com

Tips Atasi Suami Panas Baran

1

Untuk melembutkan hati suami yg garang dan menurunkan kadar suhu 'panas baranannya' amalkan seperti:

1) Banyakan berdoa selepas solat, hadiahkan Al-Fatihah khusus untuk suami supaya dilembutkan hatinya dan diberi taufik serta hidayah.

2) Baca surah Taha ayat 1-8..dan kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3x - "Ya ALLAH lembut kan hati suamiku (sebut nama)... sebagaimana Engkau lembutkan besi ditangan Nabi Daud"

3) Ketika memasak basahkan lidah dengan zikir Ya-Latif sebanyak 129x di ikuti Surah As-Syura ayat 19 bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”

4) Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

Bila suami sedang naik angin dan marahnya meluap-luap, diamkan diri jangan dijawab. Dalam mendiamkan diri bacalah doa didalam hati dgn ayat:

1) Dari Surah Al-Baqarah ayat 250 yg bermaksud – “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah iman kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.

2) Dan bacakan ayat 200, surah Ali Imran yg bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

3) Begitu juga, amalakan Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah.

Syaitan memang suka mengapi-apikan suami yang sedang marah.. Silap sedikit, isteri jadi sasaran suami yg naik berang. Bila suami naik berang, bacalah ayat ini:

1) Surah Al-Nahl ayat 99 yang bermaksud “ Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka.

Noted:
Ajaklah suami menghadiri majlis ilmu dan keugamaan supaya diberi jalan keluar untuk muhasabah diri, dengarkan ceramah-ceramah motivasi dan ugama supaya timbul kesedaran untuk memperbaiki peribadi. 
Bila Allah ingin memberi kebaikan pada hambaNya, Dia akan nampakkan kekurangan-kekurangan pada hambaNya. Jika kita sedar akan kekurangan kita dan ingin berubah, Insyaallah ada jalan keluar. 
Sebagaimana yang pernah saya dengar dari guru-guru ugama, jika kita tidak menghadirkan diri untuk majlis ilmu selama 40 hari, hati akan menjadi keras dan susah nak terima hidayah.

Janganlah berputus asa, jadikan doa cara berkesan membentuk peribadi suami dan anak-anak. Doa itu senjata mukmin. Wallahu’alam.


Sumber:facebook.com