Showing posts with label Tips Rumahtangga. Show all posts

8 Panduan Sekiranya Berlaku Pertengkaran Dalam Rumahtangga

0
Memang benar bahawa perbezaan pendapat dan kadang-kadang pergaduhan boleh berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Allah jadikan setiap manusia berbeza dari sudut kecenderungan, minat, perwatakan, kemampuan, perangai, cara berfikir dan fizikal. Selain faktor-faktor seperti genetik, perbezaan ini banyak dipengaruhi oleh pendedahan kepada persekitaran yang berbeza berdasarkan latar belakang keluarga, sub-budaya dan budaya. Jadi, tidak hairan lah jika suami isteri akan mengalami beberapa cabaran dalam proses penyesuaian.


Pergaduhan suami isteri bukan sahaja kerana perbezaan latar belakang. Bahkan dalam kes suami dan isteri yang datang dari latar belakang yang sama pun kadang-kadang berlaku juga perselisihan. Seribu satu kelemahan dan kekurangan yang ada pada manusia menyebabkan berlakunya perbezaan dalam keluarga. Kadang-kadang ia berpunca dari suami, dan kadang-kadang ia berpunca dari isteri. Namun dalam banyak keadaan ia adalah akibat kelemahan dan kesilapan kedua-dua suami dan isteri.

Namun, mencari siapa yang bersalah bukan soal yang pokok. Apa yang penting ialah bagaimana kita berdepan dan mengurus ‘lidah yang tergigit’ ini. Jika lidah yang digigit, penyelesaiannya bukan dengan mencabut gigi, atau memotong lidah. Demikian juga dalam situasi hubungan suami isteri. Kedua-dua pihak perlu berlapang dada, bertimbang rasa, sabar, dan tenang dalam menghadapi konflik rumah tangga. Jadi, kali ini WanitaSihat ingin berkongsikan penyelesaian apabila berlakunya konflik dalam rumah tangga ini.

Jangan Merajuk
Sejak masih kanak-kanak, orang perempuan pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka inginkan. Ramai juga isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan memaksa suami mengalah. Merajuk tidak menyelesaikan masalah, malah ia boleh memburukkan lagi masalah sedia ada.
Walaupun dengan cara merajuk, isteri boleh mendorong suami mengalah, strategi itu tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah, perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah apabila mereka hendak berdamai. Oleh itu, apabila si dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan diri sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum isterinya sendiri.

Jangan Menghukum
Pergaduhan, pertengkaran dan konflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua pihak. Masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak satu lagi.
Lelaki dan wanita mempunyai cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki lazimnya cenderung ‘menarik diri’ dan tidak mahu lagi bercakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah.

Jangan Berdusta
Jika pasangan menunjukkan sikap mahu berdamai dan anda sendiri mahu berdamai, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura benci.
Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka anda betul-betul tidak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong untuk melupakan usaha berdamai.

Jangan Mencari Salah
Jika mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Ia termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati pihak satu lagi.
Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.

Hentikan Bahasa Negatif
Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Jika mahu berdamai, hentikan bahasa itu termasuk sindiran dan penghinaan.
Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan.

Berbicara Mengenai Hari Ini dan Esok
Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan mengenai hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang melainkan untuk tidak mengulangi lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara yang menyebabkan konflik.

Senyum Semula
Menurut pelbagai kajian, antara perkara yang banyak disebut lelaki mengenai bekas isteri mereka ialah isteri mereka tidak senyum. Jadi, senyumlah walaupun susah kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

Mulakan Berdamai
Selepas konflik yang berlaku itu berlarutan, kedua-duanya mungkin mahu berdamai, tetapi takut risiko untuk memulakannya. Jika benar inginkan perdamaian, ambil langkah untuk berdamai.Jangan tunggu sampai pihak satu lagi yang memulakannya.


8P Tip Kebahagian Rumahtangga

3



8P Tip kebahagian rumahtangga
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabil...
a diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

www.panduankeluargabahagia.blogspot.com

Bersangka Baik Demi Cinta

1

Bersangka Baik Demi Cinta

Usia perkahwinan sudah lebih tiga puluh tahun. Mereka sudah punya tiga orang cucu. Namun siisteri meluahkan rasa hatinya dengan berkata, “saya sudah letih berdepan dengan kerenah suami. Sikap sambil lewanya sangat memeningkan kepala. Saya benar-benar berada di persimpangan, ingin minta agar perkahwinan ini dibubarkan atau meneruskannya. Apa pandangan saudara?”

“Teruskan perkahwinan,” jawab saya dengan pasti. Saya teringat ungkapan lama yang menjadi pegangan diri sejak dahulu. Ungkapan itu berbunyi: “Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Tetapi jika jalan sudah benar namun pelbagai masalah menghalang, jangan berpatah balik, teruskan perjalanan!”

“Mengapa pula?” tanya Si Isteri.

“Jika puan boleh sabar selama 30 tahun, hanya ada beberapa tahun sahaja untuk terus bersabar. Umur kita tidak lama. Sabarlah dalam bersabar. Yang penting cubalah positifkan pemikiran dan perasaan. Puan di jalan yang betul, cuma rintangannya ada. Puan mesti atasi dan teruskan perkahwinan ini. ”

“Saudara cakap senang tetapi bagaimana hendak terus positif jika dia terus bersikap negatif?”

Saya senyum. Ya, tulisan kali ini saya tujukan untuknya dan untuk saya juga serta untuk kita semua. Sebenarnya pemikiran yang betul adalah syarat untuk kita bersikap positif. ‘Right mental attitude’ sangat penting dalam melayari bahtera rumah tangga. Sikap yang betul perlu untuk menghadapi cuaca rumah tangga yang tidak menentu. Bagaimana untuk tenang dan bahagia di dalam diri tidak kira apa yang sedang dihadapi di luar diri kerana apa yang lebih utama ialah ‘what happens in you’ bukan ‘what happens to you.’

Untuk mengekalkan cinta perlu ada sikap positif. Tanpa sikap yang positif, cinta akan terbarai dan kebahagiaan akan berkecai. Berikut adalah beberapa langkah praktikal untuk membina pemikiran yang positif seterusnya membentuk sikap yang positif:

i) Fokus pada tanggung jawab, bukan menuntut hak.

 
Punca hati tidak tenang dan hilang kebahagiaan dalam hidup kebanyakannya manusia ialah perjuangannya untuk mendapatkan hak. Manusia sering marah dan mengeluh dengan berkata, “aku sepatutnya tidak dilayan begini.” Dalam kebanyakan situasi, kita sering tidak mendapat apa yang kita jangkakan dan harapkan. Betul bukan? Selagi kita hidup kita akan alami pelbagai situasi yang mana susu yang kita berikan tetapi tuba kita terima sebagai balasannya.

Di dalam rumah tangga jangan mengharapkan kesempurnaan pada pasangan kita. Bunga yang kita berikan, jangan mengharap bunga sebagai balasannya. Tetapi apakah kerana tidak mendapat balasan lalu kita berhenti menghulurkan kebaikan? Jangan! Fokus pada tanggung jawab – sebagai suami atau isteri kita dituntut oleh syariat untuk melaksanakan tanggung jawab. Tunaikan hak pasangan kita itu lebih utama daripada kita menuntut hak kita. Ah, apakah ini bererti kita akan terus menjadi mangsa?

Jawabnya, tidak. Kita akan lebih tenang, percayalah. Adalah tidak bijak untuk terus membuang masa dan tenaga memikirkan tentang apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa yang perlu dan patut kita lakukan? Ramai orang terseksa dengan kekecewaan dan geramkan pasangannya yang sepatutnya berbuat begini atau begitu… Pada hal, pemikiran yang negatif itu akan memburukkan lagi keadaan. Yang penting fokus kepada apa yang aku boleh lakukan untuk melaksanakan tanggung jawab ku.

Katalah dalam satu pertelingkahan dan kita berada di pihak yang betul dan benar, itu pun bukan jaminan untuk kita dimenangkan dan dibenarkan. Acap kali pihak pasangannya kita terus berusaha menegakkan benang yang basah. Apatah lagi bila egonya tercabar. Lalu sikap kita bagaimana? Jangan berterusan menuntut hak. Jangan memendam rasa dengan mengecam bahawa keadaan itu tidak adil. Ingatlah, berterusan memperjuangkan kesempurnaan dalam dunia (termasuk rumah tangga) yang tidak sempurna ini hanya akan menjerumuskan kita ke lembah dendam, marah, kecewa dan kemurungan.

Rasa-rasa yang negatif ini akan ‘menyedut’ tenaga, keceriaan dan akan menyebabkan kedutan pada wajah kita. Kesannya, kita akan ditarik ke belakang. Malah kita akan ditolak ke lorong yang salah dalam kembara kehidupan yang penuh ujian ini. Untuk bergerak ke hadapan dan terus memburu kemajuan dalam diri agar lebih bahagia dan tenang dalam hidup… kita perlu tinggalkan segala keegoan, kepentingan, ketakutan dan sikap tidak memaafkan.

Semua itu hanya boleh dicapai apabila kita fokus kepada tanggung jawab dan selalu berfikir tentang apa yang perlu aku lakukan berbanding dengan apa yang sepatutnya dia (pasangan kita) lakukan. Tumpukan kepada apa yang boleh kita kawal, yakni tanggung jawab kita bukan pada sesuatu yang di luar kawalan kita yakni hak kita yang ada pada kawalan pasangan kita.

Ironinya, mereka yang berjaya melaksanakan tanggung jawab dengan baik sering mendapat haknya sebagai balasan. Dan kalau mereka tidak mendapat balasan daripada pasangannya pun, Allah akan memberikan ketenangan dalam hati mereka seperti mana ketenangan yang dirasai oleh Siti Asiah isteri kepada Firaun.

ii) Sering berdamping dengan orang yang positif.

Siapa kita lima tahun akan datang dicorakkan oleh dengan siapa kita bergaul dan buku apa yang kita baca. Begitu ditegaskan oleh orang bijaksana. Dengan siapa kita meluangkan masa kita sangat menentukan sikap kita. Kata pepatah, burung yang sama bulu akan terbang bersama. Rasulullah s.a.w menegaskan, agama seseorang ditentukan oleh temannya.

Justeru, berhati-hatilah memilih orang untuk kita dampingi. Jauhkan ‘toxic people’ yang sering menusuk jarum-jarum umpatan, adu domba dan rasa pesimis dalam melayari kehidupan berumah tangga. Pernah kita jumpa orang yang sentiasa mengeluh? Asalkan berjumpa sahaja mulalah dia mengeluh tentang badannya yang tidak sihat, dia sering ditipu, dia dilayan dengan buruk sampailah ke rumahnya yang sempit… Apa yang anda dapat daripada orang yang begini?

Oleh itu jika jiran, teman atau kenalan kita ialah dia yang tidak ‘melahirkan’ sesuatu yang baik dan positif daripada diri anda, mengapakah tidak kita buat sedikit perubahan atau penyesuaian? Kita berhak untuk meletakkan satu jarak yang agak jauh untuk tidak dijangkiti oleh sikap negatifnya. Ingat, teman rapat kita ialah mereka yang membantu kita mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri kita. Kaki umpat, mengeluh dan menghasut hakikatnya bukan sahabat kita walaupun kelihatan dia baik dengan kita! Ingat pepatah Melayu lama – sokong yang membawa rebah.

iii) Jadikan sekarang masa paling gembira.

Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup berumah tangga kita, jawablah, “sekarang!” Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa mula-mula kahwin dahulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “bila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil.” Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini.

Ya, memang kita mula-mula kahwin dahulu kita gembira, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu telah berlalu. Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu. Justeru, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!

Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan. Juga jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya, carilah apakah ‘resipi’ yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini!

iv) Cari jalan untuk mengatasi stres.

Stres akan menyebabkan keletihan dalam pemikiran dan perasaan yang lama-kelamaan akan membentuk sikap yang negatif. Oleh itu para suami atau isteri mesti menemukan cara untuk mengawal stres. Antara kaedah terbaik ialah dengan melakukan aktiviti fizikal, hobi atau minat kita. Boleh jadi dengan berkebun, menenun, membaca, berjoging atau bersukan. Lepaskanlah geram, kecewa dan marah kita kepada aktiviti yang menyihatkan dan menceriakan.

Jangan tahan jika anda hendak ketawa, berlari atau melompat sepuas-puasnya. Bebaskan diri daripada belenggu tekanan dan masalah yang menghantui hidup anda. Dengan aktiviti yang aktif dan perlakuan yang memerlukan konsentrasi mental, fikiran, jiwa dan emosi kita akan melalui tempoh ‘pause’ atau istirahat. Lupakah kita bahawa Rasulullah saw berlumba lari dengan isterinya?

Ini akan memberi kekuatan untuk kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Kita akan dapat melupakan seketika masalah yang kita hadapi… bukan untuk eskapisme tetapi untuk kembali menanganinya semula apabila jiwa kita segar, fikiran kita tenang dan emosi kita telah kembali stabil.

v) Jangan terlalu serius.

 
Kehidupan berumah tangga ialah sesuatu yang serius tetapi perlu dijalani dengan tidak terlalu serius. Jalanilah kehidupan dengan sedikit gurau senda dan berhibur. Siti Aishah pernah meletak dagunya di bahu Rasulullah s.a.w untuk melihat tarian orang Habsyah. Hiburan umpama garam dalam masakan. Tidak perlu terlalu banyak, tetapi cukup sekadar keperluan untuk memberi rasa yang enak. Ya, sedangkan Rasulullah s.a.w lagikan bergurau dengan isteri-isterinya, mengapa kita tidak?

Memang banyak perkara yang penting dan kritikal perlu kita selesaikan, tetapi itu tidak menghalang daripada kita berjenaka dan bergurau senda seadanya dengan pasangan kita. Insya-Allah dengan unsur-unsur humor dalam rumah tangga kita, hubungan kita suami isteri akan lebih kukuh dan kita akan mampu bergerak lebih jauh untuk menghadapi cabaran dalam rumah tangga. Ternyata mereka yang menangani kehidupan dengan ceria menjadi individu yang lebih berjaya menyelesaikan konflik dalam berumah tangga seterusnya membina rumah tangga bahagia.

Apabila rumah tangga kelihatan malap atau ‘sindrom bisu’ mula melanda, cepat-cepatlah ubah suasana luaran itu dengan mengubah suasana dalaman kita dengan empat cara yang dicadangkan ini. Insya-Allah, yang penting bukan apa yang kita lihat tetapi bagaimana kita melihatnya. Orang yang positif akan sentiasa melihat sisi positif pada pasangan dan keadaan yang sedang dihadapinya… Mereka sahaja yang layak bahagia kerana sentiasa berfikir untuk membahagiakan orang lain. Sebaliknya orang yang negatif, hanya akan menyeksa dirinya dan membosankan pasangan hidupnya!

Kesimpulannya, bersangka baiklah walaupun kekadang keadaan tidak sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati. Orang yang buruk sangka akan tersiksa dua kali, pertama oleh sangkanya atas keburukan yang belum terjadi. Kedua, oleh derita hatinya apabila yang buruk itu telah benar-benar terjadi.

Apabila kita bersangka baik, hati akan menjadi lebih tenang. Kita punya tenaga dan upaya untuk menghadapi ujian hidup apabila kita hadapinya dengan tenang. Ya, mungkin kita tidak mampu mengubah keadaan, tetapi sekurang-kurangnya kita punya kekuatan untuk menghadapinya. Pada hal yang buruk dan sukar itu kekadang hanya seketika, atau boleh jadi yang buruk itu… tidak buruk sama sekali. Ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Ada kebaikan yang tersembunyi di belakangnya. Begitulah hidup… satu siri misteri yang tidak dapat ditebak dan diduga. Pernah kita membayangkan suami atau isteri kita yang ada ini sebelum ini? Kebanyakkannya tidak! Bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. Itulah misterinya takdir…

Apa yang perlu kita lakukan… bersyukur dengan apa yang ada. Bila bersyukur Allah tambah nikmat. Bersyukurlah dengan pasangan yang ada, Insya-Allah, Tuhan akan menambah kebahagiaan kita. Kalau dia tidak berubah perangai, kita pula yang Allah kurniakan kesabaran untuk menghadapi karenahnya. Itu juga satu anugerah bukan? Ya, kata bijak pandai, “jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”

oleh : USTAZ PAHROL MOHAMAD JUOI

Sepuluh Tips Cinta Ke Syurga

2

10 TIPS CINTA KE SYURGA:

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

15 TIPS RUMAH TANGGA BAHAGIA

1

15 TIPS RUMAH TANGGA BAHAGIA

1. Selalulah beritahu dia yg anda sayangkan dia sgt.

2. Pujuklah dia sekiranya dia merajuk.

 
3. Rajin2lah bg dia hadiah, tak perlu mahal yg penting ikhlas dan penuh makna.

 
4. Sekali sekala tu buatlah kerja rumah and let your wife rest.

 
5. Kalau pandai masak tu, sekali skala masakalah sesuatu yg special utk dia.


6. Peluk dan kiss la your wife selalu..jgn hangat time awal 2 kawin je.

 
7. Tidurlah rapat2 dgn isteri. Buang ego dgn mntak izin sekiranya kita letih dan nak tido dlu...jgn trus zzzZZzzz

8. Time dia marah, jgn naikkan lg kemarahan dia. Belailah

9. Jgn lupa tarikh2 penting dlm hidup dia dan anda.

10. If your wife ask your opinion, berilah dgn ikhlas..jgn asik jwb 'ikut ayang laaahh'

11. Urut dan belailah isteri..lg2 bile dia penat buat kerja rumah.

12. Buat apa yg dia suka dan tggal ape yg dia tak suka...

13. Jgn suka sgt memerintah isteri.

14. Sesibuk mana pun anda, make sure luangkan sedikit masa utk si dia.

15. Again...DOA..doakan agar isteri kita menjadi isteri yg soleh dan ibu yg terbaik utk anak2 kita nnti..

Tips Untuk Si Suami Sentiasa Di Hati Isteri

0

TIPS UNTUK SI SUAMI SENTIASA DI HATI ISTERI

1.Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”

2.Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pakai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri(selain masalah lain)

3.Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

4.Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.

5.Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

6.Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.

7.Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

8.Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.

9.Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.

10.Elakan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.

11.Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.

12.Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.

13.Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan.


Sila Melawat Ke Blog www.panduansuamisteri.blogspot.com

7 Cara Mudah Membahagiakan Isteri

1



7 Cara Mudah Membahagiakan Isteri

Dalam melayari sebuah bahtera perkahwinan, persiapan dari aspek mental dan fizikal perlu dititikberatkan. Panduan di bawah mungkin boleh dipraktikkan bagi mewujudkan sebuah persekitaran yang bahagia dan menyenangkan dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

Berbual boleh hilangkan tekanan


Sekali sekala ambil hati isteri dengan meluangkan masa untuk bercerita atau bergurau-senda. Setiap gurauan mampu mengubat lelah di hatinya sekaligus mengeratkan kembali ikatan perkahwinan anda. Isteri yang bergelar suri rumah tangga tentulah penat menyiapkan tugas harian dirumah dan sama juga dengan isteri yang bekerja. Dia bekerja untuk meringankan beban suami, jadi hargailah pengorbanan si dia.

Manfaatkan masa dalam kenderaan

Ketika anda berduaan dalam kereta, perbualan berbentuk jenaka boleh dicetuskan bagi membangkitkan bahagia. Kebanyakkan suami gagal memanfaatkan masa tersebut malah selesa mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Tidakkan ia merugikan?

Belajar untuk jadi lebih prihatin

Sentiasa prihatin kepada kemahuan dan keperluan isteri serta anak-anak. Dalam masa yang sama, latihlah diri untuk menjadi seorang suami dan bapa yang peka dengan emosi dan situasi mereka.

Boleh cemburu tapi berpada

Jangan tak percaya bahawa kebanyakkan isteri senang apabila suaminya bersikap cemburu. Secara tak langsung mereka rasa diri cukup dihargai. Tetapi usah keterlaluan kerana mungkin dari cemburu yang memupuk kasih sayang boleh mencetuskan masalah dikemudian hari.

Selesaikan masalah secara berhemah

Marah adalah mainan syaitan, jadi ada yang kurang berfikiran waras semasa tengah marah. Tips berguna yang boleh anda cuba, jangan hamburkan kata-kata kesat semasa tengah marah dan cuba kawal emosi. Masa yang paling baik untuk bersemuka dan menyelesaikan masalah adalah sekurang-kurangkan 24 jam selepas rasa marah itu membuak-buak. Masa itu anda boleh berfikiran waras dan bertindak rasional.

Jadilah suami yang pemaaf


Antara cara yang paling mudah untuk mengikat kebahagiaan rumah tangga adalah setiap malam sebelum tidur, maafkanlah kesalahan yang dilakukan isteri. Tak guna berdendam atau makan hati kerana ia boleh merosakkan diri serta hubungan suami isteri.

Berubah ke arah yang lebih positif

Manusia berubah setiap masa. Jadi bukanlah alasan sekiranya anda mengatakan sangat susah untuk berubah. Sekiranya anda berubaha terlebih dahulu, nescaya isteri akan terdorong untuk melakukan perkara yang lebih positif makan tidak mustahil anak-anak juga akan mengikut jejak langkah kedua ibu bapa mereka

10 Perkara Suami Tak Suka

2

1. Apabila suami melihat keadaan isterinya yang tidak kemas, serta comot.

2. Takkala suami pulang dari pejabat keadaan dalam rumah itu sendiri bersepah, tidak kemas, teratur. Segala kelengkapan suami seperti stoking, seluar tidak diletakkan ketempat asalnya.

3. Tiada insan yang sudi menyambut suami takala ia pulang dari tempat kerja dengan dihidangkan segelas air kegemarannya. Disamping membawa barang-barang yang dipegang oleh suami seperti beg, kunci kereta dan sebagainya.

4. Isteri masih belum pulang dari rumah/lewat, sedangkan suami sudah berada di rumah.

5. Isteri tidak pernah mengeluarkan atau mengucapkan perkataan ‘sayang’ memuji suami seperti ‘cantiklah abang pakai baju ni’. ’pandailah abang pilih kain ni’.

6. Berleter berlebihan kerana kebanyakan suami tidak suka melihat isterinya berkeadaan sebegitu lebih-lebih lagi suami yang baru pulang dari kerja. Sebaiknya lemparkanlah sebaris senyuman sambil menghidangkan makanan yang istimewa buatnya.

7. Isteri tidak berusaha malah jarang sekali menyentuh tangan suaminya apatah lagi memegang dan mengurut suami sedangkan sentuhan akan menyemarakkan lagi hubungan suami dan isteri.

8. Menceritakan keburukan suami kepada orang lain, jiran, kawan-kawan mahupun ahli keluarganya yang lain. Ini kerana segala hal dalam rumahtangga anda adalah hak peribadi anda dan suami sahaja.

9. Memarahi anak-anak depan suami lebih-lebih lagi pada anak yang suami sayang. Jika perlu tergurlah dengan nada perlahan dan baik.

10. Tidak rajin memasak. Rajinlah masak untuk suami walau sesibuk manapun kerana kebanyakan suami sukakan air tangan isterinya.


www.panduankeluargabahagia.blogspot.com

Peringatan Buat Isteri

2

Peringatan untuk isteri

Apabila berselisih faham atau bertengkar dengan suami, fokuskan kepada masalah itu sahaja. Jangan dibabitkan hal-hal lain.
Setelah menyelesaikan sesuatu masalah, buatkan noktah setakat itu saja. Jangan diungkit-ungkit lagi.

Apabila hendak menegur suami, tengok dulu bagaimana keadaan ‘mood’. Ramai wanita mengeluh, suami tak mahu mendengar keluhan atau menerima teguran tapi sebenarnya situasi yang tak sesuai.

Terima apa saje yg dibeli atau dihadiahkan oleh suami. Kalo pun anda tak suka/berkenan, tapi jangan sesekali mengutuknya. Jika tak, itulah kali terakhir dia membelikan hadiah untuk anda.

Ambil serius dgn teguran suami walaupun dia hanya diluahkan sekali lalu. Mungkin anda anggap tegurannya tak serius tapi lelaki tetap menganggapnya sebagai serius. Jika anda pandang ringan tegurannya itu, suami akan menganggap anda memang tak mahu berubah.

Jgn tegur atau marah suami ketika anda sedang berada dalam keadaan marah. Sebaliknya tunggula sehingga hati telah sejuk. Ramai yg beranggapan, tak puas apabila bercakap ketika hati telah sejuk. Pendapat itu tak tepat kerana ketika hati sedang marah, segala percakapan hanya dikuasai oleh perasaan.

Jika hendak menegur suami, lakukan ketika anda sedang berdua-duaan dengannya. Jangan ada orang lain, walaupun anak-anak.
Jangan mudah mengeluh dan lemah semangat. Lelaki cepat bosan apabila berhadapan dengan wanita yg lemah semangat, tak bermotivasi dan hanya bergantung pada suami.

Walau sesibuk manapun anda, sentiasa luangkan masa khusus untuk suami.

Sentiasa tunjukkan padanya, andalah wanita dan isteri pilihannya yang tepat. Jadi, serlahkanlah kesempurnaan anda.

Hak-Hak Suami Soleh Dari Seorang Isteri Solehah

1

Hak-Hak Suami Soleh Dari Seorang Isteri Solehah

1. Isteri yang sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan, dan kesempurnaan dirinya, rumahtangga serta anak-anak

2. Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghomati dan menyayangi keluarganya sendiri.

3. Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri

4. Tidak membenarkan lelaki yang bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami

5. Isteri sedia menjadikan suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semuajadi yang telah Allah anugerahkan kepada kaum lelaki.

6. Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suaminya tidak bertentangan dengan perintah agama.

7. Isteri sedia memberikan layanan kasih sayang dan sehingga membuatkan suami merasakan rumah tangganya itu adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagian dari sebarang masalah kerja.

8. Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suaminya
Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau mengerjakan puasa sunat.

9. Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar yang sederhana serta tidak membazir cara ini dapat menyelamatkan suami dari masalah kewangan

10. Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan.

11. Isteri yang tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu untuk menunaikannya

12. Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang sama ada menerima nikmat atau dugaan dari Allah.

13. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

14. Berdiam diri sambil mendengar bila suaminya sedang bercakap.

15. Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila di perlukan

16. Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suaminya.

17. Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluannya suami dari keperluannya sendiri

18. Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya.bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuataannya

19. Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang

Untuk Kaum Adam Yang Bergelar Suami

2






UNTUK KAUM ADAM YANG BERGELAR SUAMI


1. Hargai isterimu sebagaimana engkau menghargai ibumu, sebab isterimu juga seorang ibu dari anak-anakmu.


2. Jika marah boleh tidak berbicara dengan isterimu, tapi jangan bertengkar dengannya (membentaknya, mengatainya, memukulnya)


3. Jantung rumah adalah seorang Isteri. Jika hatinya tidak bahagia maka seisi rumah akan tampak seperti neraka (tidak ada gurau tawa, manja, perhatian). Maka sayangi isterimu agar dia bahagia & kau akan merasa seperti di syurga.

4. Besar atau kecil gajimu, seorang isteri tetap ingin perhatian. Dengan begitu maka isterimu akan selalu menyambutmu pulang dengan kasih sayang.

5. 2 org yg tinggal 1 bumbung (menikah) tidak perlu berdebat, bertingkah, siapa menang siapa kalah. Kerana keduanya bukan untuk bertanding melainkan teman hidup selamanya.

6. Di luar banyak wanita idaman melebihi isterimu. Namun mereka mencintaimu atas dasar apa yang kamu punya sekarang, bukan apa adanya dirimu. Saat kamu menemukan masa sulit, maka wanita tersebut akan meninggalkan mu dan punya lelaki idaman lain di belakangmu...ttp tidak isterimu.

7. Banyak isteri yang baik. Tapi di luar sana terlalu ramai lelaki yang ingin mempunyai isteri yang baik dan mereka tidak mendapatkannya. Mereka akan menawarkan perlindungan n PERHATIAN terhadap isterimu. Maka jangan biarkan isterimu meninggalkan rumah kerana kesedihan n kecewa, sebab dia akan sulit sekali untuk kembali..

----------------

#seorang wanita bergelar isteri sgt sukar dibaca isi hatinya..dgrkanlah luahannya..leterannya..dan kamu akn mngerti apa yg tersirat..hnya ingin belaian n perhatian..bukan org lainpun ..isteri sendiri juga#



www.panduansuamisteri.blogspot.com

Sepuluh Perkara Yang Isteri Suka Suami Buat

2

10 PERKARA YANG ISTERI SUKA SUAMI BUAT:

1. "Saya suka suami mencium saya bila nak pergi kerja"

2. "Saya suka suami saya selalu memeluk saya"

3. "Saya suka suami saya peluk dari belakang dan mencium pipi saya sambil berbisik-bisik di telinga"

4. "Saat yang paling gembira bagi saya adalah ketika tangan saya dipegang erat suami"

5. "Saya suka suami membuat saya senyum dan ketawa"


6. "Saya sangat suka kalau suami saya selalu ucap i love you pada saya"


7. "Saya rasa terharu bila sekali sekala suami masak untuk saya"


8. "Saya suka suami senyum pada saya"


9. "Suami saya jarang memuji saya. Saya suka kalau dipuji"


10. "Saya harap suami saya selalu menghubungi saya"



www.panduansuamisteri.blogspot.com

Tips layan isteri

1

Tips layan isteri (yang ada isteri sahaja) Orang bujang pergi peluk gigit bantal :P

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana-mana bahagian yang biasa dicium

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you. Kalau nak cakap “Abang sayang Ayang” pun boleh.

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula.

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri-isteri Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat.

Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.
Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul-betul sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu-ragu sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.

www.pakarintim.blogspot.com

Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi

1

“Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,” Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika.
Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.
Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?
Dia menghela nafas panjang.
Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.
Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur.
Buat Lelaki, tanamkan sifat belas dan kasihan kepada wanita yang lemah
Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya.
Kini, anak-anak kian beranjak remaja dan kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin, lalu pengabisannya dia kembali kepada suaminya.
Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.
Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.
Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.
Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah.
Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat.
Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.
Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.
Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.
Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.
Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya.
Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju.
Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.
Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur.
Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga.
Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.
Buat Wanita, belajarlah untuk setia kepada hanya seorang manusia iaitu suami
Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu.
Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.
Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. “Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.
Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?” “Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.
Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham,” Qistina mengalih pandangannya.
Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua.
Heh, ini Qistina lah, jangan haraplah jika nak membuli aku.. Desis hati kecil Qistina.
Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.
Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.
Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah.
Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra.
Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di Masjid Putra.
Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid dan kemudiannya menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya.
Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.
Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah.
Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit.. tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. “Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat Kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.”
Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.
Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang…
Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.
Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.
01.Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang…
02.Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang…
03.Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan Abang…
Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.
Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.
Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.
Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang… Aliyah sayangkan Abg…
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abg.
Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abang.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.”
Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.