Cara Penyelesaian Krisis Rumahtangga
0
♥♥Penyelesaian krisis rumah tangga ialah:
♥1.Nusyuz
Merupakan isteri yang menderhaka dan tidak taat kepada suaminya yang baik seperti keluar rumah tanpa keizinan suami serta tidak mendengar nasihat yang disuruh oleh suami. Mana-mana isteri yang melakukan nusyuz, maka disaat itu gugurlah tanggungjawab suami untuk memberi nafkah kepadanya, namun jika isteri kembali taat suami mestilah menunaikan kewajipannya seperti biasa. Walaupun suami boleh menceraikan isterinya yang derhaka kepadanya, namun Islam meletakkan garis panduan agar suami mengambil peranan sebagai ketua keluarga yang mampu mengambil ikhtiar da berusaha untuk mendamaikan antara dia dan isterinya. Antara langkah yang terbaik yang perlu diambil oleh isteri yang nusyuz ialah:
i. Langkah pertama :Memberi nasihat tentang balasan isteri yang menderhaka kepada suami di mana Allah akan menghukum dengan hukuman yang pedih di akhirat nanti.
ii. Langkah kedua : Mengasingkan tempat tidur dan tidak memberikan layanan mesra kepada isteri
iii. Jika kedua-dua langkah tersebut tidak berjaya, suami bolehlah memukul isteri sekadar ingin mengajar dan memberi nasihat. Jika tidak berjaya juga, bolehlah suami mengambil jalan untuk menceraikan isterinya bagi memelihara maruah dan agamanya.
♥2.Fasakh
Fasakh ialah penceraian dengan cara merombakkan hubungan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri. Fasakh juga dapat diertikan dengan penceraian cara khiyar ataupun pilihan berdasarkan sebab yang diharuskan oleh syara'. Contohnya penceraian kerana terdapat kecacatan terhadap suami seperti lemah tenaga batin atau isteri yang berpenyakit kusta.
♥3.Ila'
Ila' ialah sumpah dengan nama Allah S.W.T. yang diucapkan oleh suami dengan mengatakan bahawa ia tidak akan menyetubuhi isterinya 4 bulan atau tidak akan menyetubuhinya selama-lamanya.
♥4.Li'an
Merupakan satu proses sumpah yang dilakukan oleh seseorang suami yang mendakwa atau menuduh isterinya melakukan perbuatan zina atau menafikan kandungan isteri bukan daripada nasabnya dan ia tidak mempunyai saksi untuk membuktikan bahawa isterinya telah melakukan zina dan ianya berdasarkan qarinah ataupun bukti tertentu sahaja.
♥5.Zihar
Merupakan ucapan suami yang menyamakan isterinya dengan ibunya sendiri atau mana-mana mahramnya seperti berkata "Punggung engkau seperti punggung kakakku".
(Rujukan : Ustaz Abd. Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Fiqh. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)
------------------------------ ------------------------------ ---------------
www.bicararumahtangga.blogspot.com

------------------------------
www.bicararumahtangga.blogspot.com