Tips parenting - PANTANG ‘AH’ DAN ‘KECIL HATI’ KEPADA PENGATUR

1
Tips parenting - PANTANG ‘AH’ DAN ‘KECIL HATI’ KEPADA PENGATUR

Kami ingin mengenengahkan sikap isteri yang sering suka bersikap dingin, BERKECIL HATI, berpaling dan membantah suami. Fenomena ini sudah menjadi terlalu berleluasa dan menghasilkan fenomena bahtera rumah tangga yang bercelaru fungsi murobbi (pengaturan dan pendidikannya). Bahasa pasarnya dipanggil ‘queen control’. Tanpa sedar ayat Allah yang menuntut suami jadi pemimpin telah di ubah (QS 4.34). kerana tidak ikut ketetapan Islam itu, maka keluarga tidak SEJAHTERA.

Fenomena RABB (PENGATUR/PENDIDIK) yang telah allah tunjukkan dalam mengatur alam ini adalah suatu yang amat besar dan fundamental dalam kehidupan kita. Sebagai hamba Allah, kita tidak boleh BERKECIL HATI dengan RABB YANG SATU, iaitu Allah. Itu adalah prinsip hidup yang Allah ajarkan dan harus kita pegang kemas sepanjang hayat. Bila kita berkecil hati atau berkata ‘ah’ pada RABB maka itu tanda kita tidak redha dan akibatnya ialah kita tidak akan diredhai pula. Tiada pengatur yang suka atau redha sikap tidak redha orang dibawah terhadapnya.

“Taati Allah, taati rasul dan taati ulil amri kamu” (mafhum firman Allah QS:4/59). Redha Allah terhadap seorang isteri adalah bergantung kepada redha suaminya. “Jika dibolehkan seorang manusia menyembah manusia lain, maka akan aku perintahkan isteri menyembah suaminya”. (Sabda Nabi s.a.w.).

Demikian juga redha anak terhadap ibu bapanya. Dengan jelas dan tegas Allah nyatakan dalam quran bahawa “jangan sesekali berkata ‘ah’ kepada ibu bapa”. “Redha Allah adalah bergantung kepada redha ibu bapa kita”. (sabda Nabi s.a.w.).

Sistem pengaturan alam, yang merujuk kepada redha orang yang dipimpin terhadap WALI atau MUROBBInya ini seharusnya ditiru, duplikasi dan dijadikan prinsip hidup yang harus kita ambil berat. Di pejabat kita patuh dan redha kepada ketua jabatan kita untuk mendapat redha mereka. Di sekolah kita redha kepada guru dan guru besar kita. Di rumah kita patuh dan redha kepada ibu bapa atau suami kita. Suami pula sentiasa redha dan patuh kepada Allah, tuhannya. Barulah hidup jadi sentiasa teratur dan tenang jiwanya. Barulah suasana syurga terbentuk dan kekal nikmatnya seperti ayat berikut,

QS 89. AL FAJR (FAJAR)
26. dan tiada seorangpun yang mengikat seperti ikatan-Nya.
27. Hai jiwa yang tenang.
28. Kembalilah (IRJI’E = RUJUKLAH) kepada RABBmu dengan RIDHA lagi diridhai-Nya.
29. Maka masuklah ke dalam (GOLONGAN) hamba-hamba-Ku,
30. DEMI/DAN masuklah ke dalam syurga-Ku.


WANITA YANG LEBIH JANTAN DARI LAKINYA

Dalam rukun nikah yang pertama ialah Lelaki, kedua Wanita, seterusnya Saksi, Wali dan lafaz Ijab kabul. Tok kadi kadangkala menguji pengantin lelaki untuk menyatakan senarai rukun nikah itu. Pantas pengantin lelaki menjawab kerana sudah hafalnya dengan mudah. Namun, adakah lelaki yang dimaksudkan itu benar-benar lelaki, atau wanitanya benar-benar wanita?.

Sila Rujuk Artikel Tips Munakahat 1 – Rukun Nikah Pertama. TIPS MUNAKAHAT – JAHIL FALSAFAH RUKUN NIKAH PENYEBAB PENCERAIAN
Bukan kami maksudkan secara fizikal mereka pondan ataupun pengkid, tetapi fungsi lelaki dan wanita itu menjadi keliru. Lelakinya berlemah lembut, tidak berpendirian seperti lelaki, yang wanitanya pula terlebih keras. Acapkali, wanita melihat lelaki yang lemah lembut itu sebagai satu yang romantik dan digemari wanita-wanita. Dari wanita yang memiliki suami yang romantik, pengurusan rumahtangga atas keputusan si isteri itulah menghasilkan lelaki-lelaki dayus ibarat tunggul dalam rumahtangga.


NAFKAH BATIN DAN MUTASYABIHATNYA

Allah melalui sistemnya ingin menfitrahkan (menjadikan wajar) apa saja yang ada di langit dan dibumiNya ini. Apabila seorang lelaki yang fitrahnya KERAS tetapi menjadi lembik, si wanita pula yang fitrahnya lembut tapi menjadi keras, bagaimanakah "air" boleh dialirkan? Juga jika wanitanya lembut tetapi jika lelakinya tak keras juga tidak mampu melahirkan manusia. Apa yang tidak fitrah inilah yang telah mewujudkan kekalutan dan suasana neraka dalam keluarga.

Dalam sudut seksual SECARA BIOLOGI juga tidak Allah jadikan sia-sia. Ereksi alat kelamin seorang suami mesti keras dan alat kelamin isteri pula perlu lembut. Penyampaian SARIPATI AIR seorang lelaki kepada isterinya juga harus dibuat dengan cara "berkasih sayang", bukannya main rentap sahaja. Jika fitrah lelaki keras dan isterinya lembut ini berlaku, barulah hubungan itu menjadi nikmat dan MAMPU MENGHASILKAN SEORANG MANUSIA dari saripati air itu sendiri.

Air itu umpama ILMU yang mengalir. Air secara prinsip dialirkan oleh seorang suami kepada isteri. Bermula dari saripati air lalu isteri kandung air itu sehingga menjadi seorang anak. Nafkah air seterusnya ditambah secara istiqomah untuk membolehkan isteri mampu menyusukan anak itu pula. Barulah lengkap aliran air dari seorang suami kepada isteri dan kepada anaknya. Itulah keluarga yang fitrah.

Sama juga dengan prinsip hidup berumahtangga. Seorang suami TAK CAKAP BANYAK kepada isterinya. Yang dikatakan SARIPATI secara analoginya ialah satu PRINSIP YANG MENDASAR. Membebel itu umpama air yang cair dan tidak sesuai untuk lelaki. Saripati air itu sedikit tetapi sangat berkualiti dan mengandungi benih-benih hidup untuk mampu menjadikan seorang manusia.

Pada hari ini, ramai lelaki yang berfizikal sasa dengan badan berulas-ulas ototnya tetapi lembik lutut dengan isteri. Apa sahaja yang isteri mahukan semua diikuti. Apa sahaja urusanpun minta isteri yang putuskan. Sampai raya nak balik mana? anak nak hantar sekolah mana? nak beli kereta apa? semua serah pada isteri bulat-bulat. Sindrom "Ikut You-lah Yang" itu menjadikan seorang suami itu LEMBIK dan tidak mampu untuk BERPRINSIP sebagai lelaki/ketua/Rabb rumahtangga.

Kajian kami dari kes kes parenting yang dirujuk ke sini menyaksikan kes-kes perceraian banyak berlaku apabila suami tertukar fungsi dengan isteri. Ramai isteri yang terpaksa membawa fungsi seorang lelaki. Dalam hal benih dan ladang, jika tanahnya sudah subur tetapi benih yang ditanam masih tidak menjadi, salahnya tentulah kepada petani itu sendiri. Oleh itu, para suami wajib membuat ISLAH.

Sistem kekeluargaan yang menjadi kiblat kita ialah keluarga Ibrahim, tapi perlaksanaan kita pula terbalik. Kami lihat ramai lelaki menjadi romantik dan memanjakan isteri berlebih-lebihan. Kononnya apa yang Nabi Ibrahim lakukan itu salah dan mereka yang betul. Nabi Ibrahim contoh seorang bapa yang terbaik dalam sejarah keluarga Islam namun beliau sendiri meninggalkan Siti Hajar di tengah padang pasir MEKAH yang kemudian dilimpahi berkah sehingga Nabi Ismail besar. Bolehkah sekarang seorang lelaki tinggalkan isterinya dari anak kecil sampai anak besar untuk tinggal bersama isteri tuanya?

Hari ini, para isteri akan anggap itu tak wajar. Si Lelaki pula sentiasa fikir bahawa nafkah batin itu lebih kepada hubungan seksual sahaja. Itu betul juga, tetapi cuba lihat hubungan seksual yang kita analogikan di atas. Nabi Ibrahim memberikan SARIPATI AIR (prinsip yang mendasar) kepada isterinya Siti Hajar sehingga pengabdian Siti Hajar yang sentiasa tunduk (sifat hamba) itu mampu melahirkan seorang nabi.

KESIMPULAN

Hari ini ramai kes penceraian adalah kerana samaada >> lelaki lembik, isteri lembik ATAU lelaki lembik tetapi isteri keras ATAU kerana lelaki keras dan isterinya juga keras. Rumahtangga yang berjaya ialah suami berprinsip (keras) dan isteri yang tunduk patuh (lembut) barulah rumahtangga mampu diatur dan teratur. Itulah yang kami praktis di RPWP dan kami sahkan hasilnya adalah terbaik.

Jangan ingat suami "sporting" atau "romantik" dengan melakukan kerja isteri, basuh baju, bahkan masak untuk isteri itu sebenarnya baik. Suami yang begitu akan akhirnya membentuk peribadi para isteri dari asalnya seorang wanita yang lembut menjadi keras. Jodoh, ajal dan maut itu di tangan pengatur. Jika anda (RABB KELUARGA) atur untuk kekal, INSYAALLAH (sesungguhnya ia kehendak Allah) kekal dan begitulah sebaliknya. Ramai juga yang kata itu sunnah, sebab Nabi s.a.w. juga memasak. Ya ker? Apakah yang nabi masak dalam bilik tidur, pernah anda fikirkan? Itulah kekeliruan yang kita alami kerana tidak memahami masakan mutasyabihat yang nabi lakukan.

Mudahnya, Selagi 5 rukun nikah masih tetap berfungsi, maka perkahwinan itu akan tetap terus kekal. Jika fungsi lelaki dan perempuan dah bertukar, persaksian tiada dan fungsi wali yang sewajarnya menghakimi dan menasihati juga tiada, tunggu sahaja... perceraian pasti berlaku. Sekalipun tidak berlaku secara lafaz, ia telahpun berlaku secara SPIRIT. Maka bercambahlah habitat suami tunggul dan ibu tunggal dalam keluarga yang masih hidup bersama lagi. Isteri pula kena cari nafkah, tukar mentol, tukar tayar kereta, panjat kelapa dan sebagainya.

Di Prihatin, jika berlaku khilaf pada suami, isteri akan suarakan secara musyawarah bersama suami. Jika tiada penyelesaian, isteri akan ajukan kepada majlis syuro bapa-bapa untuk menasihati suaminya. Waswis tentang hal suami tidak diizinkan sama sekali, sekalipun dalam syuro ibu-ibu, apa lagi dalam syuro anak-anak. Demikian martabat suami dijaga dan bagaimana keluhan para isteri dibantu di Prihatin.

Allah itu maha adil. Semua masalah itu ada jalan keluarnya melalui kaedah hidup berpedomankan quran dan sunnah selagi kita berserah diri (Muslim) dengan sistem Islam. Bila maklumat (air) itu lancar alirannya, semua kotoran boleh disucikan, minuman cukup, tubuh akan segar dan darah lancar. Jika maklumat bertakung sahaja maka banyaklah nyamuk yang membiak, bahagian tubuh akan dari kekeringan dan edaran darah akan tersekat. Jika tidak pun nyamuk akan menyuntik penyakit pada darah itu.

Paling penting ialah konsep apit mengapit, nasihat menasihati dan saksi menyaksi atas nama Allah semata-mata. Tiada double standard dan prejudis dalam jemaah Prihatin. Yang menegur dan yang ditegur semuanya berlapang dada. Apabila anak-anak melihat ibu bapa sendiri boleh menerima teguran atas kesilapan mereka, maka seluruh anak prihatin jadi mudah menerima teguran. Belum ada sejarah anak-anak kami membantah berdepan, apatah lagi melawan.

Itulah kepentingan hidup berjemaah dengan spirit uluhiyah yang sentiasa kami sarankan. Kerana itu nabi s.a.w. sabdakan ,”Tidak ISLAM tanpa BERJEMAAH, bukan JEMAAH tanpa PENGATUR (imarah/ulil amri), bukan ulil amri tanpa AKU JANJI (baiah), bukan baiah jika tidak DITAATI”.

Ingat ! hamba tiada hak untuk BERKECIL HATI, berkata ‘ah’, berpaling dan tidak redha dengan tuhannya, isteri tiada hak untuk kecil hati pada suaminya, anak pada ibu bapanya, anak murid dengan gurunya. Jika itu berlaku, maka kita telah jadi DERHAKA dan tidak akan cium bau syurga.

Kudap-kudap
WARGA PRIHATIN


www.muslimparentingnetwork.blogspot.com

1 comment:

  1. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete