SETIAP Muslim hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguan syaitan dan
iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripada gangguan syaitan
adalah:
Membaca
al-Quran.
Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak
kelebihannya.
Membiasakan membaca al-Quran dalam rumah,
selain beroleh pahala membawa berkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga
daripada gangguan iblis dan syaitan.
Zikir
ketika masuk dan keluar rumah.
Daripada Abu Malik al-Asyaari bahawa Rasulullah
bersabda maksudnya:
“Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah
dia mengatakan:
Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk
dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengan nama
Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri, kemudian
memberi salam kepada keluarga.”
(Riwayat Abu Daud).
Memberi
salam kepada keluarga dan ahli rumah.
Firman Allah bermaksud:
“Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah dari
rumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yang bererti
salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkan di sisi Allah,
yang diberi berkat lagi baik.”
(Surah an-Nur, ayat 61).
Imam an-Nawawi berkata: “Disukai untuk
mengucapkan salam dan banyak berzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada
dalam rumah itu ada orang atau pun tidak.”
Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi
salam, sebab setiap rumah ada penghuni dalamnya iaitu malaikat sebagai penjaga
dan pengawalnya. Seseorang yang masuk ke dalam rumah dengan memberi salam
dijamin Allah keselamatannya.
Zikir
ketika makan dan minum.
Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar
Rasulullah bersabda maksudnya:
“Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir
kepada Allah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: “Aku tidak
makan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidak berzikir
kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan:
“Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika
makan, syaitan berkata: “Aku boleh bermalam dan makan malam.
(Riwayat Muslim).
Membersihkan rumah daripada gambar
patung.
Islam melarang segala bentuk gambar patung
disimpan dalam rumah.
Hal ini kerana malaikat tidak akan masuk ke
rumah yang ada gambar patung atau tanda salib dalamnya.
Diriwayatkan daripada Aisyah bahawasanya beliau
membeli bantal kecil yang ada gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, Baginda
berdiri di pintu, enggan masuk ke dalamnya. Maka, diketahui daripada wajah
Rasulullah kelihatan rasa tidak senang, lalu Aisyah bertanya:
Aisyah : “Ya Rasulullah, aku bertaubat kepada
Allah dan utusannya, apakah dosaku
Baginda : “Bagaimana keadaan bantal kecil
ini?”
Aisyah : “Aku sudah membelinya untuk engkau duduk
padanya dan bersandar.”
Baginda bersabda: “Sesungguhnya orang membuat
gambar ini akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka: Hidupkanlah
apa yang kamu ciptakan itu.”
Imam Nawawi berkata, jika hendak membuat juga
gambar itu, maka buatlah gambar pokok dan segala sesuatu yang tidak ada roh
padanya. Demikian menurut riwayat Bukhari dan lafaz bagi Muslim dan
Nawawi.
Membanyakkan solat sunat di
rumah.
Solat yang dikerjakan sebagai benteng gangguan
syaitan untuk masuk ke rumah. Rasulullah bersabda maksudnya:
“Jadikanlah solat sunat dalam rumah kamu dan janganlah
jadikan rumah kamu itu sebagai kubur.”
(Riwayat Bukhari, Muslim dan
Nawawi).
Maksud sebagai kubur itu adalah tidak melakukan
solat sunat di rumah. Rasulullah selalu mengerjakan solat sunat di rumah sebelum
solat fardu di masjid seperti sabdanya bermaksud:
“Wahai manusia, solatlah kamu (sunat) di rumah kamu
kerana sesungguhnya solat seseorang yang paling afdal adalah di rumahnya kecuali
solat wajib.”
(Riwayat Nasai’).
Harmonikan
rumah tangga.
Sabda Rasulullah bermaksud:
“Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsana di atas air,
kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekat daripadanya (antara
syaitan) kedudukannya adalah yang paling besar membuat fitnah sehingga datang
salah satu daripada mereka mengatakan bahawa tidaklah dia tinggalkan seorang
suami dan isteri, dia berkata: “Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan
sebaik-baik orang adalah kamu.”
(Riwayat Muslim dan
Nawawi).
Maka, wajib bagi suami isteri untuk bergaul
harmoni, ceria dan mesra serta bergaul baik dengan keluarganya untuk mengelak
daripada gangguan syaitan dan konconya.
Bentengkan anak daripada gangguan
syaitan.
Menjadi kewajipan ibu bapa untuk menjaga zikir
pada waktu jimak bagi memelihara anak daripada bisikan dan pengaruh syaitan dari
awal lagi.
Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda
maksudnya:
“Andai kata salah seorang antara kamu mendatangi isteri, hendaklah
memulakan dengan menyebut nama Allah dan berdoa:
“Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami, dan jauhkan syaitan
daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Maka apabila Allah menjadikan
antara mereka berdua seorang anak, tidaklah syaitan akan dapat mengganggu anak
itu selama-lamanya.”
(Riwayat Bukhari, Muslim dan
Nawawi).
Daripada Abi Rafi’ bahawa beliau melihat
Rasulullah mengazan pada telinga Husin bin Ali ketika Fatimah melahirkannya
dalam keadaan sihat.
(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).
Kumpulkan anak-anak dan usap kepala mereka.
Kemudian ucapkan doa bermaksud: “Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan
kalimah-kalimah Allah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan ancaman
berbahaya serta daripada semua mata yang jahat.”
Rasulullah memohon perlindungan kepada Allah
dengan doa ini untuk Husin dan Hasan dan mengatakan: