Kisah Rumahtangga: Isteri Dilayan Seperti Hamba

3


Isteri dilayan seperti hamba

"Ramai orang percaya kegagalan pertama, bukan bermakna gagal untuk selamanya, tetapi berlainan sekali dalam perjalanan hidup saya ini, kerana nasib baik tidak menyebelahi saya. Kehidupan saya sama seperti pepatah Melayu `keluar dari mulut harimau masuk mulut buaya. Itu cerita Norhawa ketika kami bertemu baru-baru ini.

"Perkahwinan pertama saya gagal setelah 16 tahun berumah tangga dan mempunyai empat orang anak. Bekas suami saya dulu bukan orang pandai sangat, cuma bernasib baik bermula daripada berniaga kecil-kecilan, akhirnya dia berjaya mendapat kontrak besar dan selang beberapa tahun, dia kemudian gelar dirinya businessman.

"Kejayaan sebagai peniaga berjaya yang memakan masa yang tak sampai 5 tahun membuat dia cepat lupa diri setelah bergaul dengan ramai orang bisnes, mulalah jadi ahli kelab dan mula kenal padang golf. Terkejut saya kerana perubahannya mendadak. Saya nasihatkan dia jangan ego sangat, tetapi niat baik saya dituduh konon saya doakan kegagalannya.

"Mana ada isteri suka suami gagal, tetapi itulah adat manusia, bila dah berjaya dia lupa onak dan duri yang dia tempuh dulu. Dia lupa pernah pinjam duit ayah dan emak saya, dia lupa pernah gadaikan barang kemas saya. Janji nak ganti, tetapi semuanya lebur.

"Kerana dia tak pernah pegang duit banyak, dia mula berbelanja sesedap rasa. Perempuan mata duitan mula ramai dekat. Akhirnya terjebak dan dia nikah tanpa pengetahuan saya. Tiba-tiba saya terima surat cerai kerana wanita itu tak mahu dimadu.

"Setahun saya memujuk supaya rujuk kembali, tetapi rayuan saya macam 'anjing menyalak bukit' dia tak peduli langsung. Masalah besar saya, sudahlah diceraikan, nafkah 4 orang anak tak diberi, genap setahun saya kena kosongkan rumah, sebab rumah kena lelong. Mana nak pergi, kerja tak ada, ketika itulah saya tebalkan muka jumpa pegawai Majlis Perbandaran untuk dapatkan rumah flat. Nasib dapat, saya pindah cuma bawa kain baju sebab semua barang dalam rumah tak boleh keluar.

"Untuk teruskan hidup saya bekerja jadi cleanner sebelah pagi, kerja kedai buku sekolah petangnya, dan malam terpaksa cari kerja tambahan bantu jiran berniaga. Sebab anak-anak dah besar, mereka perlukan belanja dan tambang bas untuk ke sekolah.

"Begitulah hidup saya selama enam tahun. Tak ada cuti kecuali kalau tauke tutup kedai hari cuti umum. Ketika bekerja itulah saya jumpa ramai kenalan yang bersimpati dengan saya. Termasuk kakitangan Majlis Perbandaran, kerana setiap bulan bayar sewa flat.

"Kerana ramai kawan jugalah saya dapat mengumpulkan ramai orang untuk program MP di kawasan tempat saya tinggal. Di situlah saya kenal Darwis. Dia banyak minta bantuan saya dapatkan program untuk bisnesnya. Bermula perkenalan biasa akhirnya kami jadi rapat.

"Bila dah rapat, dia banyak ceritakan masalah rumah tangganya. Kata dia, isterinya terlalu mengongkong hidupnya, suka memaki hamun dia depan orang dan macam-macam lagi. Malah katanya, kalau tak percaya saya boleh lihat perangai isterinya dari jauh.

"Memang saya tak percaya, tetapi saya pelik tengok perangai Darwis bila dapat panggilan isterinya, serta-merta nada perbualannya berubah, jika sebelumnya ketawa gembira dengan kawannya, dia terus terdiam, menggangguk dan mengaku akan lakukan segera apa yang diperintah. Malah dia tinggalkan kami bila isterinya suruh segera balik.

"Pernah dia tinggalkan meeting bila isterinya suruh ambil anaknya sebab ketinggalan van sekolah. Biasanya dia minta saya tolong bereskan. Kerana simpati jugalah akhirnya saya terima lamarannya untuk berkahwin. Katanya dia perlukan bantuan saya untuk meneruskan perniagaannya. Mulanya saya tak setuju, tetapi akhirnya saya mengaku kerana simpati.

"Kami nikah di Songkhla, semua perbelanjaan Darwis tanggung dengan bantuan seorang 'pakar' yang jadi orang tengah nikahkan orang di Siam. Bila balik saya suruh dia beritahu isterinya dan daftarkan perkahwinan di Malaysia. Saya tak mahu sembunyikan perkahwinan kerana saya mahu dia jujur dengan isterinya yang waktu itu sudah 26 tahun berkahwin.

"Malangnya selepas itu saya jadi mangsa serangan isterinya melalui telefon, di tempat kerja, malah ketika bantu Darwis bekerja. Tak cukup itu, isterinya fitnahkan saya kepada semua kawan, jiran dan sesiapa sahaja yang saya kenal bahawa saya gilakan laki orang. Dia menjerit memaki hamun saya depan Darwis. Tetapi Darwis tak berani bertindak, sebab takut kena maki atau kena baling batu. Biasanya isterinya ditemani anaknya sekali.

"Kerana sering kena control, Darwis tak berani keluar rumah buat bisnes dengan saya sebaliknya dia arahkan saya siapkan kerja, termasuklah jumpa pegawai Majlis, cari job baru, buat proposal dan sebagainya. Bila kerja selesai, dapat cek saya masukkan dalam akaun bank Darwis. Kerana perniagaan tambah maju Darwis suruh saya berhenti kerja, dia janji akan beri saya gaji. Katanya saya kena bantu sebab isterinya suka kacau.

"Tetapi malangnya Darwis lain macam sikit, bila duit bertambah dia jadi tamak, dia tak beri saya gaji seperti dijanjikan sedangkan saya perlu duit kerana saya ada anak.

"Empat tahun lamanya saya berkahwin dengan Darwis, hanya dua tahun pertama hidup saya senang, selebihnya hidup saya bukan tambah senang, sebaliknya lebih susah. Sebab nama aja saya bekerja tapi Darwis tak bagi duit, lebih menderita bila saya kena serang dengan isteri dan anak-anak Darwis dituduh kikis duit Darwis. Kerana mereka tahu perniagaan Darwis tambah maju. Tetapi mereka tak tahu saya yang uruskan.

"Kerana sering tak berduit, saya terpaksa bekerja kembali untuk dapatkan duit, kerana saya ada tanggungan. Tapi Darwis marah kerana bila saya bekerja, saya tak buat kerja dia. Bila balik rumah saya, Darwis jadi bengis, dia marahkan anak-anak saya kerana dah besar panjang tak mahu cari kerja sambilan. Kerana sering dimarah, anak sulung saya lari dari rumah. Kata Along dia 'kesian' tengok saya bekerja siang malam macam hamba, bantu Darwis buat bisnes tanpa sebarang upah dan bekerja jadi pembantu kedai. Tapi yang menyakitkan hatinya, isteri Darwis tuduh saya kikis duit Darwis.

"Darwis juga bencikan anak ketiga saya. Dia kata sombong, malas buat kerja sambilan. Sedangkan anak saya pendiam dan berpenyakit. Saya beritahu Darwis saya perlukan duit untuk sara anak, tapi dia tak beri seperti dijanjikan. Jadi saya terpaksa bekerja.

"Kerana tidak lagi uruskan bisnesnya, perniagaannya mula merosot. Darwis naik angin dan bertindak tidak mahu langsung datang ke rumah saya. Dua sebab saya tak bantu Darwis lagi, pertama kerana tak tahan diserang isteri pertama dan dituduh mengikis duit Darwis. Sebab kedua kerana saya tak ada duit nak sara anak sebab Darwis tak beri duit.

"Kata Darwis dia tinggalkan saya sebagai hukuman kerana tidak bantu dia buat bisnes. Itulah juga tindakan dia nikah dengan saya dulu sebagai nak ajar isteri pertamanya yang suka memaki hamun dia. Bila dia kahwin lagi, barulah isteri pertama kembali menyayanginya. Jadi bila dia tinggalkan saya, maka saya akan bantu dia buat bisnes semula. Isteri mesti dihukum supaya ikut perintah suami. Kini sudah 4 bulan saya ditinggalkan.

"Di sini saya ambil kesempatan ingin beritahu isteri dan anak-anak Darwis, saya tak pernah ambil duit dia. Setiap projek yang saya uruskan dibayar atas nama syarikat Darwis, bukan nama saya. Tiga buah rumah Darwis, satu pun saya tak ambil. Dan bisnesnya kekal nama Darwis. Selama ini setiap kerja yang saya buat diberi upah RM50 saja bukan RM5,000. Saya bekerja macam hamba bukan sebagai pekerja apa lagi sebagai isteri.

"Jadi jangan tuduh saya kahwin dengan Darwis kerana hartanya, sebaliknya Darwis nikah dengan saya kerana nak ajar isterinya yang garang itu. Demikian cerita Norhawa panjang lebar tentang nasibnya yang ditimpa dua kali malang dalam berumah tangga.

www.dcckmona.com



www.bicararumahtangga.blogspot.com

3 comments:

  1. Kesaksian singkat ini dapat membantu Anda atau seseorang yang dekat dengan Anda. HARAP BACA

    Nama saya Louisa, saya ingin memberi tahu dunia bagaimana Dr Kavi menyelamatkan pernikahan. marrigae saya hampir roboh. Saya menikah selama sebelas tahun tanpa seorang anak dan Anda tahu apa artinya menikah selama dua tahun tanpa seorang anak, tetapi saya berusia sebelas tahun, sehingga Anda dapat membayangkan tekanan yang dapat datang dari seorang ibu mertua pada saat itu. Ibu mertuaku membuat perkawinanku menjadi kacau untukku, meskipun suamiku sangat pengertian karena dokter keluarga kami telah memberi tahu kami bahwa tidak ada yang salah dengan kami berdua. Tetapi berapa lama seseorang dapat siap untuk memahami dan menunggu waktu Tuhan? Saya sangat khawatir sampai seorang teman saya memberi tahu saya tentang seorang pria yang ditemuinya yang membantunya mengakhiri ketidaksopanannya,

     Tetapi saya tidak pernah percaya pada spiritualis ini. Tetapi setelah banyak tekanan dari teman saya, saya memutuskan untuk menghubungi DR Kavi dan memberi tahu dia tentang ketidakberadaan anak saya. Yang dilakukan pria hebat ini adalah mengajukan beberapa pertanyaan yang perlu dan memberi tahu saya beberapa hal penting yang diperlukan untuk membuat saya memiliki anak-anak dalam kehidupan. Saya melakukan semua yang diminta untuk melakukan dan menyimpan semua instruksi ..

    setelah 2 minggu saya dikonfirmasi hamil. Semua berkat Dr Kavi

     Saya tahu apa artinya menjadi tanpa anak, jadi saya menggunakan media ini untuk membagikan kesaksian saya kepada Anda sehingga Anda juga dapat menghubungi Dr Kavi hari ini di salah satu masalah berikut

    * Anda ingin mantan Anda kembali.

    * Dipromosikan di kantornya

    * Ingin kaya.

    * Anda ingin menjaga suami / istri Anda menjadi miliknya sendiri selamanya.

    * Apakah Anda akan mengendalikan pernikahan itu

    * Apakah Anda ingin tertarik pada orang

    * End Childlessness

    * obat untuk penyakit apa saja.

    Hubungi DR Kavi hari ini dan terima kasih nanti. Email: godkavi01@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Agen Judi MGMCASH88 Online Terbesar Dan Terpercaya Indonesia.
    Bergabunglah Bersama Kami Para Member Yang Setia Di MGMCASH88,
    Bagi Anda Yang Belum mempunyai ID , Silahkan Melakukan Registrasi (Daftar).

    Hanya 1 Rekening Anda Sudah Bisa Bermain Semua Game yang ada DI MGMcash88
    Ini adalah list game yang ada di MGMcash88 :

    - SBOBET BOLA
    - SBOBET CASINO
    - ION CASINO
    - MAXBET
    - TANGKAS 365
    - 368bet
    - SABUNG AYAM
    - CBO855
    Tersedia Game Baru kami Fish Hunter ( Tembak Ikan )

    PROMO BANDAR ONLINE MGMCASH88 :
    -Bonus Depo Bola 50%
    -Bonus Cashback Bola 5% - 10%
    -Bonus Depo Casino 3%
    -Bonus Rollingan Casino 0.7%
    -Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
    -Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

    Costumer Service 24 Jam Online :
    Pin BBM : 7B2Ec260
    Pin BBM khusus : mgmcash8

    Whatsapp atau nomor sms :
    +66615620266
    YM : mgmcash88

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kepada Encik Anderson Carl kerana membantu dengan keuntungan saya dan membolehkan pengeluaran kelima saya. Saya di sini untuk berkongsi peluang mengubah hidup yang menakjubkan dengan anda. ia dipanggil pilihan perdagangan Bitcoin / Forex. ia adalah perniagaan yang sangat menguntungkan yang boleh menjana pendapatan anda sebanyak $2,570 dalam seminggu daripada pelaburan awal hanya $200. Saya adalah bukti hidup peluang perniagaan yang hebat ini. Jika sesiapa berminat untuk berdagang dengan bitcoin atau mana-mana mata wang kripto dan mahukan perdagangan yang berjaya tanpa kalah, beritahu Encik Anderson Carl sekarang di Whatsapp: +1(252)285-2093 E-mel: andersoncarlassettrade@gmail.com

    ReplyDelete