Soal Jawab: Tiada Nafkah Untuk Isteri Nusyuz

0



Tiada nafkah isteri nusyuz

Benarkah isteri yang curang pada suami adalah isteri yang nusyuz? Jika isteri nusyuz, benarkah dia tidak layak menuntut apa-apa nafkah, termasuk nafkah idah?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isteri nusyuz adalah isteri yang berlaku curang iaitu tidak mentaati suaminya. Suami seharusnya memberi pengajaran sebagaimana diajar dalam al-Quran.

Firman Allah SWT bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggung¿jawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki sudah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.

"Maka perempuan yang soleh ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya.

"Dan perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukan mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan bertujuan mengajarnya).

"Kemudian jika mereka taat kepada kamu, janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar." (Surah an-Nisa, ayat 34) Jika nusyuz berlaku dalam perkahwinan, suami masih perlu memberi nafkah. Jika berlaku perceraian akibat nusyuz, bekas suami tidak wajib memberi nafkah kepada bekas isterinya, namun nafkah terhadap anak dan tempat tinggal anaknya yang masih di bawah tanggungannya.



www.panduansuamisteri.blogspot.com

0 comments: