Showing posts with label Bersalin. Show all posts

4 Sebab Suami Patut Teman Isteri Bersalin

1

Assalamualaikum,

Saya rasa ramai readers blog ni yang dah berkahwin. Entri ni khas untuk suami-suami yang isterinya tengah pregnant atau bahasa kasarnya membuyong. Yang belum kahwin pun boleh jugak nak baca mana tau dah sampai seru dan tetiba dapat rezeki ekspres icon wink 

4 Sebab Suami Patut Teman Isteri Bersalin.

Terus terang saya cakap tak semua orang akan sanggup teman wife dia time nak deliver baby. Kadang-kadang muka nampak gangster cerita kat orang bergaduh tiap-tiap minggu tapi bila teman bini deliver baby pengsan. Tu hakikat tapi alhamdulillah saya berjaya teman isteri saya tanpa sikit rasa takutpun dan bagi saya ada 4 sebab kenapa seorang suami kena teman isteri dia bersalin :

1. Melihat Kebesaran Allah

Terus terang saya cakap kalau seorang suami tu tak solat sebelum tengok isteri dia bersalin, InsyAllah lepas tu dia akan berubah dan akan bersolat sebab dia akan nampak kebesaran Allah. Mana taknya baby sebesar tu boleh keluar dari perut ibunya selamba gitu je. Itulah satu magik yang lebih hebat dari magic Cyril. Diapun mustahil boleh buat icon wink.

2. Beri Sokongan Pada Isteri

Dalam melalui saat-saat melahirkan anak ni seorang isteri sangat memerlukan seseorang untuk bagi dia semangat. So yang paling layak ialah suaminya dan bila suami ada di samping isteri time nak bersalin InsyAllah semuanya selamat. Memang penat weyh bukan semua orang yang dah pecah ketuban dengan mudah melahirkan tapi itulah satu bakti seorang suami pada isteri yang dah susah payah melahirkan.

3. Lebih Menghargai

Apapun kita kena faham maksud appreciation. Bila kita, suami ni teman isteri kita ada satu perasaan yang Allah akan bagi iaitu lebih menghargai. Salah satu punca penceraian ialah sebab suami tak faham dan tak tau menghargai isteri. Cara nak hargai isteri senang je try masuk labor room temankan dia bersalin. Kita akan nampak betapa seksanya isteri nak lahirkan anak dan dari situ barulah si suami akan lebih menghargai si isteri.

www.panduankeluargabahagia.blogspot.com

Peliharalah Kehormatan Isteri Anda

1
SURAT daripada seorang bakal ayah kepada pihak hospital meminta tidak ada seorang pun doktor lelaki terlibat dalam proses bersalin isterinya.

Kepada bakal-bakal ayah semua, apa kata, kita adakan solidariti membantah penglibatan doktor lelaki dalam proses bersalin isteri?

Saya percaya wanita lebih ramai dari lelaki yang menjadi doktor. Tidak ada sebab doktor lelaki perlu terlibat dalam bidang perbidanan.

Tidak ada sebab aurat isteri perlu didedahkan kepada doktor lelaki yang bukan muhrim.

MARUAH SEORANG ISTERI, DAYUS SEORANG SUAMI

TAHNIAH buat SUAMI yang BERANI seperti yang tertera dalam surat ini.

Ini perjuangan yang patut ditegakkan di Malaysia. Suasana Malaysia bukan dalam keadaan DARURAT seperti di SYRIA. Masih ada option untuk MEMILIH DOKTOR PEREMPUAN.

Ramai sebenarnya suami berjuang dalam hal ini. Tapi ianya suam-suam kuku sahaja sama ada tidak mendapat sokongan atau dimarah, diherdik bahkan diugut oleh staff-staff perubatan. Ugutan berbentuk 'membiarkan isteri terkapai-kapai mengerang kesakitan mahu bersalin atas sebab kononnya si SUAMI banyak SONGEH.'

Bukan semua hospital sebegini malah ada yang memang sangat bagus dan menghormati permintaan BAKAL AYAH dan BAKAL IBU. PENGAMAL PERUBATAN sebegini memang LAYAK untuk MENERIMA PUJIAN DAN PENGHORMATAN.

Malangnya segelintir PENGAMAL PERUBATAN PERNAH MELENTING dengan status-status sebegini.

Tanya diri anda, adakah anda (doktor perempuan) rela 'MEMBUKA' di hadapan RAKAN SEKERJA LELAKI ANDA?

Tanya diri anda, adakah anda (doktor lelaki) rela ISTERI ANDA 'MEMBUKA' di hadapan RAKAN SEKERJA LELAKI ANDA?

Pasti TIDAK bukan?

Malah kebanyakan kenalan, saudara, dan sahabat saya yang terlibat dalam bidang perubatan, mereka sendiri memilih untuk BERSALIN TANPA DOKTOR LELAKI. Itu anda, yang 'punyai keistimewaan' dan 'diberi keistimewaan'.

Jadi adakah salah kami ORANG AWAM memperjuangkan hal yang sama?

Buat PARA MENTERI yang punya KUASA, jika negara lain yang BUKAN NEGARA ISLAM boleh amalkan HAK UNTUK MEMILIH DOKTOR PEREMPUAN, kenapa TIDAK MALAYSIA?

Buat PARA SUAMI, teruskanlah PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN MARUAH ISTERI KITA.

Sumber: FB


www.mummyceria.blogspot.com

10 Tanda-tanda Bersalin

0
10 Tanda-tanda Bersalin

Selepas usia kandungan sudah 38 minggu ke atas boleh lah bakal-bakal ibu memerhatikan tanda-tanda hendak bersalin. Di sini terdapat 10 tanda-tanda bersalin :

1. Kontraksi Rahim
- Kontraksi adalah rasa tegang pada perut, kadang-kadang bakal ibu akan berasa sakit di tengah perut sehingga ari-ari. Kontraksi akan berlaku semakin kuat dan dalam sela masa teratur. Sila lihat jam anda berapa selang masa berlakunya kontraksi. Jika dalam sela masa 5 minit dan mengeras dalam 20 ke 45 saat. Sila ke klinik dengan segera.

2. Sakit Belakang
- Rasa sakit belakang di bahagian bawah dengan kerap.

3. Pecah ketuban
- Keluar air jernih dari rahim, semasa kelahiran pertama keluar bunyi pop baru keluar air ketuban. Ada banyak air keluar bercampur dengan darah.

4. Lendir pekat bercampur darah
- Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Sekarang pluk telah mula keluar dan bayi bersedia untuk bergerak ke bawah. Tapi bila dah ada rasa sakit (kontraksi kuat dan kerap) baru ke klinik .

5. Serviks terbuka
- hanya doktor yang boleh cek bukaan serviks, bila dah mencapai 10cm baru proses bersalin akan dimulakan.

6. Kerap terkentut
- Sesetengah wanita akan kerap terkentut

7. Perut rasa memulas seperti nak buang air besar
- Disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada saluran untuk buang air besar. Sesetengah wanita akan rasa ingin ke tandas dengan kerap sebab rasa nak buang air besar. Berhati-hati...

8. Kerap terkencing
- Akan kerap terkencing sebab bayi sudah mula bergerak ke bawah dan rasa geli disebabkan terkena rambut bayi pada permukaan rahim.

9. Perut kelihatan membuncit bahagian bawah, bahagian atas terasa ringan atau kosong.
- Menandakan bayi dah mula turun ke bawah. Jika anda rasa kontraksi yang kuat dan kerap, berjumpa doktor dengan segera

10. Berat badan berkurangan
- Berat badan akan berkurangan sedikit apabila masa bersalin hampir tiba.


www.mummyceria.blogspot.com