Showing posts with label Tips Buat Suami. Show all posts

21 PESANAN ISTERI UNTUK SUAMI

0


Baru-baru ini, saya ada menerima email dari salah seorang pembaca. Beliau meminta saya kongsikan ‘21 pesanan isteri untuk suami’ ini dengan semua pembaca.

Beliau berkata, sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul sehingga membabitkan masyarakat.

Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?

Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.

Justeru, beliau meminta saya kongsikan 21 pesanan isteri untuk suami ini supaya kita semua dapat ambil pengajaran dan manfaat daripadanya.

Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu yer.

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami ”degil” tak nak minta pertolongan. selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!).

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. Itu hipokrit atau dalam bahasa Arab disebut Munafik. (ustaz/ustazah yg ada kat sini kalau silap sori yek)

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

www.panduansuamisteri.blogspot.com

Artikel ini disumbang oleh : Tok Wan
Sumber: Bakalpengantin.com

Tips Buat Si Suami Terus Di Sayangi

2


Berikut adalah 10 tips dan perkara yang jika anda lakukan pasti akan menggembirakan isteri anda hingga mampu membuatkan dia terus menyayangi diri anda.

(1) Sayang dan mencintai dia
Wanita pasti tidak akan menolak cinta dan kasih sayang dari suaminya sendiri. Malah
, setiap hari dia sangat dambakan kasih sayang dari anda. Tunjukkan pada dia yang anda sangat mencintai dia melalui kata-kata dan perbuatan.

(2) Memenuhi kehendak dia

Wanita pasti mempunyai keinginan hendakkan sesuatu
. Anda kenal pasti dan penuhi kehendak dia. Sudah pasti dia akan lebih menyayangi anda jika anda penuhi permintaan dia.

(3) Memuji dia setiap kali lakukan sesuatu perkara dengan baik

Si isteri sangat suka jika hasil penat lelah dia disukai oleh suaminya
. Anda perlu sentiasa memuji isteri anda bagi setiap usahanya.

(4) Sentiasa membuatkan dia ketawa
 Bagi isteri, suamilah tempat mereka bermanja dan mencari hiburan. Anda hiburkan dia dengan jenaka
, pasti dia akan gembira bersama dengan anda. Janganlah serius sahaja setiap masa.

(5) Memberi dia kepuasan hubungan yang maksimum

 Isteri anda akan lebih sayang pada anda jika anda berjaya memberi dia kepuasan hubungan yang maksimum
. Jadi seorang romantik dan penuhi permintaan seks dia.

(6) Menolong dia melakukan kerja urusan rumahtangga

 Isteri akan rasa sangat gembira dan bahagia jika anda menolong dia melakukan kerja rumahtangga seperti mengemas rumah, membasuh dan mop lantai
. Dia rasa sangat di sayangi jika anda berbuat demikian.

(7) Sentiasa menemani dia

 Isteri selalunya berbangga dengan suaminya. Kalau boleh, dia hendak tunjuk pada semua orang yang andalah orang yang telah berjaya mencuri hatinya. Anda perlu temani dia ke mana sahaja dia hendak pergi
. Jangan biarkan dia keseorangan walaupun ke kedai.

(8) Bersikap jujur dan setia

 Jika anda jujur pada pasangan anda, dia akan 10 kali lebih jujur terhadap diri anda
. Dia akan hormat pada anda dan tidak akan sembunyikan apa sahaja dari anda.

(9) Memberi dia hadiah

Anda tidak perlu menunggu sehingga hari istimewa seperti hari jadi atau ulangtahun perkahwinan untuk memberi dia hadiah. Anda beri sahaja hadiah padanya setiap kali anda rasa hendak berbuat demikian pada dia
. Dia akan rasa sangat bahagia setiap kali menerima hadiah dari anda walaupun sekecil manapun hadiah tersebut.

(10) Sentiasa memberi dia galakan dan motivasi

Isteri anda akan rasa sangat bahagia setiap kali anda beri galakan pada dia. Bagi dia
, andalah penyokong yang paling rapat dan kuat. Sentiasa beri galakan pada isteri anda. Kalau boleh, pada setiap hari dan setiap masa terhadap apapun aktiviti dan perancangan yang ingin dilakukan olehnya.


Jika anda rasakan artikel ini sungguh bermanfaat, kongsikan bersama rakan-rakan anda di Facebook.


www.panduansuamisteri.blogspot.com

10 Cara Yang Dapat Membantu Meningkatkan Isipadu Air Mani

0

Dr Ismail Thamby, pakar sakit tuan menulis 10 Kaedah di dalam Harian Metro. AIR mani ialah campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal, pundi cowpers, pepundi dalam salur kencing, cecair dari pundi epididimis dan sperma dari kilang sperma.
Ada 10 cara yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani, antaranya:

1. Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani lebih mantap.

2. Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.

3. Lakukan senaman secara berkala. Lakukan senaman kegel atau kemut, iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.

4. Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani. Kurangkan makanan pedas dan berempah.

5. Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma. Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek ‘boxer’ dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas.

6. Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormon testosterone.

7. Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertakafur kerana tekanan memberi kesan negatif kepada kesihatan badan.

8. Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isi padu air mani yang lebih.

9. Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani dan bilangan sperma. Kekacang membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang sperma.
Herba Horny Goat Weed atau Epimedium, Tribulus dan extrak standard Tongkat Ali (NU-PREP75) semuanya dapat membantu meningkatkan tahap hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma. Semua ini boleh didapati dari farmasi.

10. Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecergasan pundi yang menghasilkan air mani.
Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga kurang.



www.panduansuamisteri.blogspot.com