Kisah Rumahtangga: Suami Bercinta Dengan JANDA

3


[SOALAN]

SAYA mohon identiti saya dirahsiakan umum kerana saya tidak mahu mengaibkan sesiapa dalam masalah rumah tangga saya ini. Perkongsian ini sekadar untuk meleraikan segala kekusutan di hati yang kian sarat seakan tidak tertanggung lagi.

Saya dan suami telah berkahwin selama dua tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel dan sempurna sifatnya.

Kami berdua terpaksa hidup berjauhan dan tinggal berasingan kerana tuntutan kerja sejak berkahwin. Saya bekerja sebagai kakitangan kerajaan manakala suami bekerja sendiri dengan menguruskan perniagaannya.

Pada awal perkahwinan suami tidak pernah berungut untuk tiap-tiap minggu balik berjumpa dengan saya. Selepas empat bulan bernikah saya disahkan hamil, lalu bermulalah episod hitam dalam hidup saya.

Sepanjang mengandung dan menjaga diri sendiri di fikiran saya suami di sana mencari rezeki untuk kebahagiaan saya dan anak yang bakal lahir nanti. Itu hanyalah kata-kata manis untuk saya memujuk diri dan hati yang derita.

Suami berubah sikap dari seorang yang mengambil berat dan selalu menghubungi menerusi panggilan telefon atau mesej, kini semakin sepi.

Sejak kebelakangan itu dia lupa akan kehadiran saya dalam hidupnya, hinggakan pada suatu hari saya menghantar sms pun dia tidak balas. Kadang-kadang jam 3 pagi saya bangun dari tidur saya akan belek telefon bimbit melihat kalau-kalau ada mesej dan panggilan daripada suami.

ALLAH itu maha adil dan pada suatu hari suami tertinggal telefon bimbit di rumah dan pada masa yang sama ada sms daripada seseorang. Tanpa berfikir panjang saya membaca sms tersebut. Hancur luluh hati saya membaca SMS berbunyi “SEHARIAN U TAK CALL, SMS I, MCM I NI TAK WUJUD DLM HIDUP U”.

Pada malam tersebut saya menangis. Perempuan mengandung sangat sensitif dan perlukan kasih sayang seorang suami. Selepas peristiwa tersebut suami terus membuat kata kunci telefon bimbit dengan alasan tidak mahu saya tahu apa-apa mengenai dia. Saya benar-benar kecewa.

Sewaktu kandungan saya sembilan bulan, saya didatangi perempuan tersebut yang mengakui telah menjalin hubungan dengan suami malah hubungan mereka sudah lebih dari suami isteri.

Menggeletar tubuh yang sarat mengandung ini. Suami saya juga telah pun mengaku dengan alasan kami berjauhan.

Kenapa dia tak beritahu dari awal? Bukankah hubungan kami boleh diselamatkan tanpa perlu dia berlaku curang?

Pada saya, ini hanya alasan suami membenarkan kesalahan yang dia buat. Saya amat kecewa dengan perbuatannya. Saya bersalin seorang diri di hospital. Saya sedih dengan pengorbanan yang tidak dihargai.

Saya tidak minta pengorbanan saya dibayar cukuplah sekadar menghargai. Sering kali saya meminta penceraian daripada suami tetapi bila memandangkan wajah anak kecil, saya jadi kasihan kepadanya yang membesar tanpa seorang bapa. Suami saya pernah berkata tidak akan menceraikan saya selagi saya tidak serahkan anak kepadanya.

Suami sekarang sedang teruskan hubungan dengan janda tersebut manakala saya terlontar sepi seorang diri menjadi ibu dan ayah kepada anak tunggal kami. Saya telah ke pejabat agama mendapatkan nasihat dengan membawa segala bukti-bukti. Alhamdulillah hati sedikit tenang.

Malah saya juga bercadang untuk berpindah tempat kerja agar dapat duduk sebumbung dengan suami.

Tetapi, soalannya adakah suami akan berubah hati? Dan kembali kepada saya dan anak?

Bagaimana saya mahu menambat hatinya semula sedang hati saya sakit? Saya masih sayangkan suami dan rumah tangga ini dan selalu berdoa suami kembali ke pangkal jalan. - Su, Johor.


Apa Kata Pakar oleh Dr HM Tuah Iskandar al-Haj, Motivator

Cari kekuatan diri, tawan suami


Memang benar, apabila berjauhan kebanyakan suami akan ‘terlupa’, apatah lagi jika ia digoda. Dalam kes ini, meskipun suami anda bersalah, janda yang menggoda suami anda itu lebih bersalah. Perbuatan dia menyerahkan diri telah menyebabkan suami anda lebih terlena.

Mungkin juga dia tidak tahu lelaki yang dikenalinya pada masa itu adalah suami orang dan bakal bergelar ayah. Membina sebab ‘luar kotak’ membantu anda positifkan minda, memanglah hati sakit tetapi kita kena cari sebanyak-banyak sebab untuk memujuk hati kita sendiri bukan?

Saat begini siapalah yang akan kisahkan diri kita?

Kalau kita bercerita pada orang pun belum tentu orang itu bersimpati kepada kita, apalagi hendak memberikan pertolongan.

Memujuk hati sendiri dengan mempositifkan minda ini sangat baik untuk kesan kesihatan yang berpanjangan, sebab apabila mental sakit, ia mengakibatkan spiritual turut sakit, akhirnya melarat kepada fizikal turut mendapat kesannya.

Silalah berpindah tempat kerja supaya keadaan dapat dipulihkan sebelum melarat menjadi lebih kronik.

Andainya suami mampu sememangnya anda tidak perlu bekerja pun. Bukankah tugas mencari rezeki adalah kewajipan suami? Islam tidak melarang wanita bekerja tetapi andainya disebabkan bekerja itulah timbul macam-macam masalah, ia bukanlah bijak lagi.

Jika anda tanya bolehkah suami berubah hati, tiada siapa yang dapat menjawabnya secara tepat kecuali diri suami itu sendiri serta ALLAH yang Maha Mengetahui, namun sebagai insan yang mahukan yang terbaik dalam hidup, ia adalah salah satu usaha yang paling utama untuk diberikan perhatian.

Mengikut pengalaman saya menangani kes-kes seperti ini, seseorang suami yang sudah terkalih itu boleh ditawan semula melalui;

- Kembali hidup sebumbung. Maklumlah orang yang sudah terkalih tentulah yang dekat lebih diingatinya berbanding yang jauh walaupun yang jauh itu nyata lebih baik dan lebih cantik. Ini bermakna keputusan anda mengasingkan diri hidup berdua bersama anak adalah silap kerana tanggungjawab membesarkan anak bukan sepenuhnya tertanggung ke atas bahu anda sahaja, suami anda turut bertanggungjawab.

- Bertekadlah memberikan layanan A1. Mengapa agaknya dia terpikat kepada janda berkenaan, tentunya sebab janda itu dilihatnya lebih menarik. Seorang janda tentu sudah hilang seri pada wajah dan bentuk badan, tetapi kelakuan yang manja-manja juga adalah antara sebab-sebabnya mengapa seseorang itu tunduk. Bagaimana anda hendak bermanja-manja jika berjauhan?

- Memang boleh menghantar SMS atau Whatapps suara, tapi tentu tidak sama dengan berdepan sahaja.

- Hubungan seksual yang luar biasa mestilah dipersembahkan dalam setiap proses-proses ‘keintiman’. Seorang suami bukan hanya terpikat oleh apa yang sedia ada pada isterinya, juga bakat-bakat terpendam yang boleh menyebabkannya tersenyum dan riang serta sering teringat-ingat. Saya harap anda faham apa yang saya maksudkan.

- Anak adalah pengikat kasih, jika tinggal satu rumah keletah anak akan membuatkan hati terhibur lantas kasih sayang suami isteri dapat diterapkan. [sinarharian]


Soal Jawab: Hukum Suami Hisap Payudara Isteri?

2



Soalan: Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan si isteri juga menikmatinya. Pada masa yang sama, si isteri menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.

Jawapan: Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.

Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.

Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.

Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka. Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu. Al-Jauhariy menegaskan bahawa kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.

Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab. Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.

Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri. Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.

Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan. Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.


www.panduanintim.blogspot.com

Perkahwinan Adalah Satu Ibadah

1


Perkahwinan Adalah Satu Ibadah

Di bawah ini adalah fadiul-amal ttg perkahwinan berserta hadis Nabi S.A.W tentang perkahwinan.

Suatu ketika Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat, siapakah orang yang paling taat dan takwa kepada Allah? Maka, satu per satu mereka memberikan jawapan.

Ada yang berkata bahwa orang yang paling taat dan takwa kepada Allah adalah orang yang selalu berpuasa setiap hari. Rasulullah menggelengkan kepala. "Aku adalah Rasul Allah, tetapi aku tidak berpuasa setiap hari", begitu kata baginda.

Sahabat yang lain memberikan jawapan berbeza. Menurutnya, orang yang paling taat dan takwa kepada Allah adalah orang yang melakukan sholat terus sampai tak sempat tidur. Rasulullah mengelengkan kepala, sambil berkata: Aku adalah Rasul Allah. Aku menjalankan sholat, tapi juga menyempatkan untuk tidur.

Orang yang ke tiga menjawab berbeza lagi, menurutnya, orang yang taat dan takwa kepada Allah itu adalah orang yang tidak kawin, agar ibadahnya kepada Allah tidak terganggu. Tapi lagi-lagi Rasulullah menggelengkan kepala. "Aku Rasul Allah. Aku beribadah, tapi aku juga tetap melakukan perkawinan"

Begitu banyak orang yang berlebihan dalam beribadah. Sehingga ada yang sampai tidak kawin atas nama ibadah. Maka Rasulullah mengkritik secara halus orang-orang yang berlaku demikian.

Ibadah adalah bentuk ketaatan kepada Allah. Upaya untuk mendekatkan diri kepadaNya. Tetapi jangan sampai keliru sehingga terjebak kepada perilaku melampaui batas. Sebagaimana yang Allah tujukan kepada para rahib Nasrani yang tidak melakukan perkawinan dengan alasan ibadah. Padahal perkawinan itu sendiri adalah bentuk ibadah seorang manusia kepada Allah.

QS. Al Maidah (5): 77
Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus."

Bahkan Rasulullah saw pernah bersabda, barangsiapa tidak kawin, padahal ia mampu, maka ia bukanlah termasuk umat beliau. Begitulah, perkawinan bukan hanya bersifat lahiriah dan sesaat, serta bertujuan jangka pendek, melainkan lebih jauh dari itu. Untuk memberikan berbagai macam kemudahan dan kebahagiaan kepada kita.

Allah tidak menghendaki kesulitan atas hamba-hambaNya. Justru sebaliknya, Allah menghendaki kemudahan dan kebahagiaan buat kita semua. Dan perkawinan adalah salah satu jalan untuk mencapai kebahagiaan. Ketentraman dan kasih sayang.

QS. Ar Ruum (30): 21
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
Kalau kita cermati ayat di atas, kita memperoleh kesimpulan bahwa tujuan perkawinan itu setidak-tidaknya ada 3 hal. Yang pertama, untuk menunjukkan kekuasaan Allah. Ke dua, agar tercipta ketentraman. Dan yang ke tiga, untuk membangun kasih sayang.

Inilah salah satu cara Allah membahagiakan hamba-hambaNya. Lewat perkawinan. Karena itu Rasulullah pernah menyampaikan bahwa rumah tangga beliau itu bagaikan surga bagi beliau. Baiti jannati - rumahku adalah syurgaku.

Bagaimana hal itu bisa terjadi? Sementara kita melihat demikian banyaknya rumahtangga yang menjadi neraka bagi penghuninya. Pertengkaran terjadi setiap hari. Suami jarang pulang. Istri pun membalas menginap di rumah teman. Anak-anak telantar, entah siapa yang menguruskan keperluannya.

Ketika perkawinan tidak dilandasi niat ibadah, biasanya yang muncul adalah keretakan rumah tangga. Muncullah segala masalah.

Ketika kita meniatkan ibadah kepada Allah lewat perkawinan, maka DIA pun menjadikan rumahtangga kita sebagai syurga. Di situlah bakal muncul ketentraman. Disitu pula bakal muncul kasih sayang. Dan di situ bakal tercipta surga dunia. Bagaimana? Kerana Allah sendiri yang bakal menjaga rumah tangga kita dengan kekuasaanNya.

Di ayat lain Allah juga memberikan gambaran bahwa perkawinan bertujuan untuk menghasilkan keturunan yang soleh dan solehah sehingga melengkapi kebahagiaan. Bukan hanya kebahagiaan bersama isteri dan suami tercinta, tetapi bersama anak-anak sang buah hati. Sang buah cinta.

QS. Al Furqaan (25): 74
Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

Jadi, kunci kebahagiaan rumahtangga sebenarnya berada pada niat kita untuk melakukan pernikahan tersebut. Jika kita hanya berniat untuk bersenang-senang secara biologi, maka kita pun hanya akan memperoleh kesenangan sesaat. Karena yang namanya kesenangan biologi itu hanya sementara dan dangkal sifatnya.

Berkaitan dengan waktu. Boleh jadi, satu-dua tahun kemudian kita sudah merasa bosan. Mulalah melihat kiri-kanan, mencari variasi dan alternatif.

Pada saat itu, bahaya mula mengintai. Betapa banyaknya perkawinan selebriti yang gagl, dan hanya bertahan seumur jagung. Karena mereka hanya berorientasikan kepada hal-hal yang bersifat fizik. Sekadar karena kecantikan dan ketampanan.

Padahal kata orang bijak, Beauty is just skindeep(kecantikan hanyalah setipis kulit). Setelah kulit menjadi kedut dan tidak bermaya lagi. Kecantikan akan hilang bertukar ke pada hodoh, dan perasaan akan mula hilang kasih sayang semakin kurang rumahtangga akan goncang bila pasangan mula mencari yang lain.

Jangan mengorientasikan perkawinan hanya karena alasan biologi. Meskipun kita sedar, bahwa kecantikan dan ketampanan merupakan salah satu alasan seseorang menyukai pasangannya.

Nabi pun sangat senang menjaga penampilannya. Beliau selalu menjaga kebersihannya. Rambut selalu tersisir rapi. Kesihatan mulutnya sangat terjaga. Bajunya selalu bersih. Bahkan suka menggunakan pewangi. Karena beliau sangat menyadari bahwa penampilan yang buruk dan tidak bersih bakal mengganggu orang-orang di sekitarnya. Termasuk pasangannya kita sendiri.

Jangan pula meniatkan sebuah perkawinan hanya karena harta benda dan kekuasaan. Karena seperti kecantikan dan ketampanan, harta kekayaan tidak kekal selam-lamanya, kerana dunia ini hanya pinjaman yang kekal adalah akhirat.

Ramai dikalangan orang ramai pada masa sekarang yang berkahwin semata-mata kerana hendak mengejar harta kekayaan. Sehingga rumahtangga mereka hanya berteraskan harta benda. Namun bila kekayaan hilang perkahwinan tersebut bukan lagi seperti yang dibayangkan sebelum ini. Hidup sentiasa di himpit masalah oleh itu mendesak kearah perceraian. Dalam perceraian itu datang pula bersama perebutan pembahagian harta benda. Sungguh mengaibkan. Bahkan suatu masa dulu kita telah di gemparkan dengan satu berita tentang seorang suami yang telah membunuh bekas isterinya kerana tidak berpuas hati dengan pembahgian harta, malah hakim yang mengadili kes mereka juga turut terbunuh. Perkawinan bukan hanya berorientasi pada kekayaan harta benda. Meskipun kekayaan menjadi salah satu daya tarik seseorang untuk melakukan perkawinan.

Perkawinan juga bukan sekadar berorientasi pada kekuasaan. Meskipun kita melihat tidak sedikit orang-orang yang melakukan perkawinan politik. Namun setelah hilangnya kepentingan politik itu maka yang muncul adalah masalah.

Allah menawarkan jalan untuk mendapatkan kebahagiaan dalam perkahwinan . Dimana perkawinan akan menjadi syurga jika kita benar-benar mengikut landasan yang di berikan oleh Allah S.W.T iaitu perkahiwnan sebagai satu ibadah. Sebab fitrah manusia memang adalah makhluk ibadah. Siapa yang tidak beribadah bakal gelisah dan bertemu dengan masalah.

Kerana itu, perkahwinan akan mencapai kebahagiaannya ketika dikembalikan ke fitrahnya. Bahawa perkawinan adalah perintahNya. Bahwa perkawinan adalah ladang untuk berbuat amal kebajikan. Dengan cara membahagiakan isteri dan suami. Dan kemudian memperoleh keturunan anak-anak yang soleh dan solehah.

QS. Adz Dzaariyaat (51): 56
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu.

Barangsiapa tidak beribadah dalam setiap aktivitinya, maka ia akan menemui masalah. Termasuk di dalam kehidupan rumahtangganya.


www.panduansuamisteri.blogspot.com

Soal Jawab: Tuntut Nafkah Suami `Ghaib'

1


Bulan depan genap setahun perkahwinan saya dan suami. Untuk pengetahuan, sudah hampir lima bulan kami tinggal berasingan.

Selepas berkahwin, saya dan suami tinggal di rumah orang tua saya. Suami mula berubah selepas empat bulan berkahwin apabila dia sering balik lewat dan kadang kala tidak balik ke rumah.

Sepanjang perkahwinan, suami tidak pernah memberi nafkah kepada saya kecuali jika saya membuka mulut dan meminta wang, malah semasa meninggalkan saya, dia tidak berusaha mencari dan bertanyakan khabar saya.

Selama setahun ini, saya bersabar melayan sikap dia kerana tidak mahu menjadi isteri yang derhaka dan berusaha memulihkan keadaan rumah tangga kami.

Tetapi nampaknya hanya saya saja cuba pertahankan sedangkan suami lepas tangan dan sibuk dengan aktiviti motosikal.

Kini, tahap kesabaran saya semakin goyah dan ingin memfailkan perceraian.

Saya tidak mampu untuk bersabar lagi dan bertahan dengan sikap lepas tangannya.

Kami sudah berbincang dan menyelesaikan masalah ini secara baik agar proses perceraian berjalan lancar dan tidak membuang masa.

Justeru, saya ingin tahu bagaimana untuk membuat tuntutan nafkah selama perkahwinan kami.

Aiza, Melaka

Jawapan

Nafkah isteri menjadi tanggungjawab dan kewajipan suami sebaik saja sah akad nikah antara mereka.

Rasulullah SAW mengingatkan golongan suami mengambil berat tanggungjawab itu terhadap isteri menerusi sabdanya yang bermaksud: "Takutilah kamu akan Allah dalam urusan kaum wanita, sesungguhnya kamu mengambil mereka (sebagai isteri kamu) dengan amanah daripada Allah dan Dia menghalalkan kamu menggauli isteri kamu dengan perintahnya maka hendaklah kamu menafkahkan mereka dan memberi pakaian kepada mereka dengan cara yang maaruf".

Daripada hadis itu, dapat difahami bahawa menafkahkan isteri adalah sesuatu yang difardukan ke atas setiap suami tanpa mengira keturunan dan kedudukan isterinya, sama ada lebih tinggi atau kaya dari suaminya.

Namun, kadar nafkah itu hendaklah mengikut kemampuan seseorang suami.

Suami yang bertanggungjawab ialah suami yang sentiasa mengambil berat keperluan isterinya dari semua aspek seperti tempat tinggal, makan minum, pakaian, kemudahan pengangkutan dan perubatan.

Sudah menjadi keutamaan bagi suami untuk membelanjakan harta bendanya untuk menyempurnakan tanggungjawab terbabit dengan rela hati tanpa diminta berbuat demikian.

Hak seseorang isteri untuk mendapatkan nafkah suami tidak akan gugur selagi mana wujud ikatan perkahwinan itu dan mahkamah tidak mensabitkan sebagai isteri yang nusyuz. Jika berlaku tunggakan, puan boleh menyenaraikan perbelanjaan pada bulan yang tertunggak dengan bukti pembelian sekiranya ada.

Selanjutnya, puan boleh mengemukakan tuntutan itu ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah pembayaran melalui Mahkamah Syariah. Oleh Datuk Zaidi Zain



www.bicararumahtangga.blogspot.com

Soal Jawab: Suami Suka Pukul Isteri, Tak Peduli Rumahtangga

1


Apakah tanggungjawab suami terhadap isteri. Bagaimana pandangan Islam mengenai suami yang bertindak kasar dan ganas, selalu memukul isteri, tidak mempedulikan rumah tangga, makan minum isteri dan selalu membawa wanita lain serta melakukan perkara yang menyakitkan hati isteri. Harap dapat penjelasan.

_________________________________________________________________________

Alhamdulillah wassolatu wassalam ala rasulillah wabad. Tanggungjawab suami terhadap isteri sangat banyak dan berat kerana suami menerima amanah Allah SWT menjaga keselamatan isteri, memberi makan minum, pakaian, tempat tinggal dan seluruh keperluan hidupnya sehari-hari, zahir dan batin.

Sahabat Rasulullah SAW, Muawiah Haidah menemui Baginda bertanya mengenai tanggungjawab suami terhadap isteri. Baginda SAW menjawab dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud: Tanggungjawab suami terhadap isterinya ialah bila engkau makan, hendaklah engkau beri makan untuk isteri engkau. Bila engkau memakai pakaian, hendaklah engkau beri pakaian untuk isteri engkau. Janganlah engkau pukul isteri engkau di bahagian muka. Janganlah mengeluarkan perkataan yang jahat, iaitu perkataan yang dibenci di depannya. Engkau jangan tinggalkan isteri seorang diri kecuali di dalam rumah.

Sikap suami yang suka memukul, tidak mempedulikan rumah tangga, tidak menyempurnakan makan minum isteri dan selalu membawa perempuan lain adalah suami yang tidak bertanggungjawab dan khianat terhadap isteri.

Sahabat Rasulullah SAW, Umar al-Ahwas al-Jasyami mendengar Rasulullah SAW bersabda ketika mengerjakan Haji Wada (Haji Selamat Tinggal). Sabda Baginda SAW dalam riwayat at-Tirmizi yang bermaksud: Ingat, hendaklah kamu terima pesanan mengenai perempuan. Bergaullah kamu dengan mereka secara baik dan berlemah lembut. Sesungguhnya perempuan itu adalah tawanan kamu. Kamu tidak boleh bertindak sesuka hati terhadap mereka kecuali mereka melakukan kejahatan (penderhakaan) berterus terang. Jika mereka melakukan perbuatan terbabit, maka tinggalkan tempat tidur mereka seorang diri. Dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak memberi bahaya. Tetapi jika mereka berlaku taat kepadamu, jangan kamu melakukan apa-apa tindakan kepada mereka. Ingat, sesungguhnya kamu terhadap isteri kamu mempunyai hak yang tertentu dan isteri kamu pula terhadap kamu mempunyai hak yang tertentu juga. Maka hak kamu terhadap mereka, bahawa isteri kamu tidak menghamparkan tilam kamu kepada orang yang kamu benci dan tidak membenarkan orang yang kamu benci masuk ke dalam rumah kamu. Ingat, hak isteri ke atas kamu ialah kamu berbuat baik terhadap mereka mengenai pakaian dan makan minum dengan cukup dan sempurna.

Salah faham dan kesilapan perkara biasa dalam rumah tangga. Bererti suami tidak berhak untuk menumbuk, menampar dan memukul isteri menggunakan sebarang benda yang boleh mendatangkan sakit yang melampau. Rasulullah SAW bersabda dalam riwayat Ibnu Saad yang bermaksud: Patutkah seseorang kamu memukul isterinya seperti seseorang memukul hamba abdinya, kemudian dia memeluknya pula, tidakkah dia berasa malu.

Begitu juga dalam hadis riwayat al-Bukhari, daripada Abdullah Zamah, Rasulullah SAW bersabda: Jangan memukul isteri kamu seperti memukul seorang hamba abdi, kemudian menyetubuhinya pula pada malam hari.

Sungguh memalukan sekiranya memukul isteri pada siang hari dengan pukulan yang berat, kemudian apabila tiba malam, menyetubuhinya pula. Justeru, kembalilah kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah apabila berlaku masalah seperti disebut dalam surah an-Nisa ayat 34 yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.

Oleh kerana Allah telah melebihkan lelaki (dengan beberapa keistimewaan) ke atas perempuan dan juga kerana lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka, maka perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa juga yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama dengan pemuliharaan Allah dan pertolongan-Nya. Dan perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz), hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil), pulaukan mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajar). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha besar.

Demikianlah, wallahualam.

~ Ustaz Zahazan ~ 


www.panduansuamisteri.blogspot.com